Woo , belum lagi PM yang kita sayangi turun ke P.Pinang .. Tokong DAP awal-awal lagi dah sebut pasal janji BN kepada P.Pinang kononnya dijanjikan sebelum ini .
Isu bab Rapid Penang & pembinaan Monorel dijadikan modal utama pemimpin putar belit DAP ini untuk memburukkan kehadiran beliau ke negeri ini .
GPB nak jawab senang je untuk tokong DAP ini .. BN menang sahaja P.Pinang di PRU13 ..rakyat negeri ini akan terus dapat kemudahan perkhidmatan Monorel ini.
Barisan Nasional (BN) negeri merancang membina sistem pengangkutan monorel untuk menangani kesesakan lalu lintas yang semakin serius di negeri ini jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, sistem monorel di bahagian pulau itu di perlukan kerana masalah trafik yang semakin serius.
Katanya, projek monorel itu akan dilaksanakan dengan hab pengangkutan terletak di kawasan Masjid Negeri dan terdapat tiga arah iaitu Paya Terubong melalui Farlim, Tanjung Bungah, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dan pusat bandar.
"Negeri ini memerlukan sistem pengangkutan baru bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dengan lebih menyeluruh dan berkesan dalam jangka masa panjang. "Rancangan ini tidak boleh ditunda lagi, jika tidak, masalah lalu lintas akan bertambah serius terutama pada musim percutian dan musim perayaan," katanya ketika berceramah di sini.
Kalau rakyat negeri ini nak sangat sistem perkhidmatan Monorel pertama di negeri ini , tumbangkan regim DAP dan undi semula BN !
Satu lagi untuk tokong DAP yang syok ungkit pasal janji BN ini , kita nak tanya janji mereka semasa PRU2008 dah ditunaikan semuanya ke belum ??
Tol Sungai Nyior bila nak hapus ??
Kebebasan media yang dijanjikan sebelum ini mana? Melarang berita harian &Utusan membuat liputan itu dinamakan kebebasan media ka ?
Mana pi duit bonus RM6,000 setahun untuk keluarga berpendapatan kurang daripada RM2,000 ?
Mana pi janji nak bela nasib penjaja kecil ?
Mana pi janji hapus caj parkir waktu malam ?
Yang Tokong DAP tahu buat sidang media (hampir) setiap hari untuk memainkan emosi orang ramai dan cuba membuatkan rakyat tidak dapat berfikir secara rasional berkaitan dasar Kerajaan Pusat
Ya ka undi BN dpt monorel? Mcm ni kalu undi DAP tak payah bayar tax kat kerajaan pusat laa. Org pulau bayar tax tapi tak dapat faedah buat apa?
ReplyDelete