Pages

Saturday, December 1, 2012

Amy Search teruja melihat perbahasan #PAU2012




Perhimpunan Agung UMNO 2012 menjadi sejarah kepada lagenda rock tanah air, Suhaimi Abd Rahman yang dikenali sebagai Amy Search apabila beliau buat pertama kalinya menghadiri perhimpunan agung berkenaan. Beliau yang menyertai UMNO pada bulan Mei yang lalu menjadi perhatian umum dan perwakilan yang berada di PWTC petang padi.

 Ketika ditemui, Amy menyifatkan perhimpunan agung UMNO tersebut adalah sesuatu yang cukup menarik apatah lagi ianya dapat melihat secara langsung perbahasan oleh wakil-wakil UMNO negeri yang berucap.

 “Sebelum ini saya hanya melihat Perhimpunan Agung UMNO menerusi televisyen mahu pun akhbar-akhbar yang menyiarkan laporan perjalanan perhimpunan parti UMNO itu.

 “Hari ini saya dapat melihatnya dengan lebih dekat perhimpunan yang cukup besar ini dan saya cukup gembira dan teruja. Perasaan itu tidak dapat dinafikan.. Memang teruja…“ katanya kepada UMNO-Online. Pada bulan Mei yang lalu, Amy bersama Mus May (Mustapha Din) dan Ibnor Riza menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh.

 Menurutnya beliau bertindak sedemikian kerana menyedari hanya UMNO sahaja mampu memberi harapan bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi kepada semua rakyat di negara ini. Ditanya harapan beliau, Amy yang kelihatan ceria mahukan sesuatu yang terbaik untuk seluruh rakyat negara.

 “Saya dalam industri muzik 30 tahun. Harapkan sesutau yang baik untuk rakyat negara ini secara menyeluruh,“ ujarnya. Ketika ditanya mengenai tindakan sesetangah artis yang menyertai parti pembangkang, beliau menyifatkan itu adalah hak masing-masing.

 “Masing-masing punya pemikian dan pandangan. Jadi saya masuk UMNO pun tak cakap pasal orang. Saya masuk UMNO inginkan kebaikan…ingin lihat institusi yang betul-betul teguh,” katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment