TAMADUN peradaban manusia sudah bermula sejak beratus ribu tahun dulu. Bahkan, pelbagai suka duka dilalui sebelum kejayaan besar dikecapi hari ini. Menyingkap kembali sejarah ratusan ribu tahun itu, History Channel (saluran 555) mengambil inisiatif menayangkan siri dokumentari istimewa, Mankind The Story of All of Us.
Menemui penonton dan peminat sejarah bermula 14 November ini, jam 9 malam, 12 episod dalam enam bahagian menarik dipaparkan. Malah, dalam setiap paparan ditayangkan itu pasti membongkar pelbagai misteri sejarah perkembangan manusia bermula alatan pertama digunakan.
Apatah lagi, penggunaan alatan itu ada kaitannya dengan pembinaan piramid, sehingga lahirnya pertanian dan revolusi dalam teknologi ketenteraan. Begitu juga, di samping ketibaan orang Viking di Amerika, penemuan dunia baru, peristiwa kemuncak dalam revolusi industri serta perkembangan dunia moden kini.
Tambahan pula dengan menggabungkan pelbagai bidang sains, Mankind juga menetapkan piawaian untuk peristiwa sejarah penting dan bagaimana ia dialami.

Menerusi geologi, astronomi, meteorologi dan fizik, dokumentari ini turut menyelidiki kuasa semula jadi dan penerokaan keupayaan manusia.
Dalam soal ini, keupayaan manusia ditonjolkan menerusi kejuruteraan, sains dan inovasi untuk menjamin kehidupan mereka. Malah, apa yang menakjubkan ialah perkembangan manusia sebenarnya bukan didorong peristiwa serta aktiviti beratus tahun dulu, tetapi sudah terbentuk sejak beribu-ribu tahun lalu.
Diterbitkan kumpulan penerbitan Nutopia yang pernah menghasilkan dokumentari America The Story of Us dan berjaya memenangi Anugerah Emmy pada 2010 lalu, Mankind yang dihasilkan dua tahun lalu juga adalah siri perdana global yang pertama dalam sejarah History Channel apabila disiarkan serentak di seluruh dunia.
Bersandarkan kos pembikinan yang tinggi, Mankind juga membuka ruang kepada generasi hari ini meneliti keupayaan manusia sejak berzaman dulu. Ditambah lagi dengan teknik janaan imejan komputer (CGI) menakjubkan serta penyusunan peristiwa yang dramatik bagaikan memberi nafas baru pada sejarah manusia.
Diyakini pasti mampu menambat hati penonton, bagi tayangan versi bahasa Malaysia di negara ini, History Channel turut menjalin kerjasama buat kali pertama dengan pelakon terkenal tanah air, Datuk Jalaluddin Hassan apabila beliau dipilih sebagai tukang kisah dokumentari ini kepada penonton tempatan.
Bersua dengan pelakon tersohor itu selepas tayangan pratonton Mankind di GSC Signature, The Gardens Mid Valley kelmarin, beliau tanpa berselindung memaklumkan dirinya memikul tanggungjawab besar dan berat. Malah, akuinya beliau hampir berputus asa kerana kerumitan dihadapi ketika proses memasukkan suara latar (voice over) untuk dokumentari itu.
“Pun begitu, ia pengalaman yang sangat berharga bagi saya. Ternyata, bukan mudah menjadi seorang pencerita kepada dokumentari ini kerana proses memasukkan suara dilakukan begitu rumit. Apa yang boleh saya katakan, ia lebih sukar dan mencabar daripada berlakon. Atas sebab itu, saya hampir berputus asa dan berasa gagal.
“Maklumlah, bagi menyiapkan rakaman memasukkan suara untuk episod pertama saja, saya mengambil masa lima jam. Justeru, saya cukup berasakan yang diri ini gagal melaksanakan tugas dan kepercayaan diberi. Apatah lagi, skrip untuk satu episod saja pun setebal 30 muka surat,” katanya.
Berusia 58 tahun, Jalaluddin berkata, pembabitannya dalam projek itu juga dirasakan amat berbeza daripada pengalaman memasukkan suara untuk iklan komersial dan filem yang pernah dilakukannya sebelum ini.
Menurutnya lagi, barangkali perasaan terganggu dan panik itu dirasakan kerana kerumitan proses memasukkan suara dilakukan berikutan beliau perlu membaca skrip disediakan tanpa menonton visual dokumentari terbabit di skrin.
“Tanpa bimbingan visual, saya hanya perlu peka terhadap penceritaan pada setiap babak itu, di samping perlu menepati masa dan seiring dengan versi suara latar asal tukang kisah di Amerika Syarikat iaitu pelakon Josh Brolin.
“Apapun, bagi episod kedua dan seterusnya saya sudah semakin yakin. Malah, berasakan keadaan diri bertambah baik apabila ia menjadi mudah serta lancar.
Barangkali, saya sudah mampu membiasakan diri serta menggunakan kaedah yang sesuai selepas berupaya menyiapkan beberapa episod,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Kanan Program dan Pemasaran AETN All Asia Networks, Michele Schofied pula berkata, dia sangat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan Jalaluddin. Malah, Michele juga memuji mutu suara pelakon itu walaupun mengakui dia sebenarnya tidak memahami bahasa Malaysia.
Ujarnya, selepas mendengar suara Jalaluddin, dia yakin bintang berbakat besar tanah air itu berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik. Kata Michele, walaupun tidak memahami bahasa Malaysia, dia masih mampu mengenal pasti betapa alunan suara dan teknik penceritaan disampaikan Jalaluddin sangat menarik.

No comments:
Post a Comment