Polis P.Pinang menunjukkan logo kerabat diraja yang palsu dipasang pada sebuah kereta mewah semasa membuat serbuan di sebuah hotel di George Town, P.Pinang, Selasa.
Kereta berkenaan digunakan untuk menghadiri majlis pelantikan Ahli Majlis Pertubuhan Amal Kebajikan Islamiah Malaysia yang dihadiri oleh 120 individu yang terlibat dalam pengurusan pusat hiburan.
Seramai 13 orang yang menghadiri majlis berkenaan ditahan untuk siasatan lanjutan. Pihak polis turut membuat siasatan terhadap penganjuran majlis berkenaan. -BERNAMA
No comments:
Post a Comment