Pages
▼
Wednesday, October 24, 2012
Mengapa rakyat Kelantan ramai minta SPA ??
GPB tidak terkejut dengan fakta dikemukakan SPA mengenai rakyat Kelantan paling ramai memohon kerja kerajaan melalui SPA.
Malah semasa GPB menghadiri temuduga di Putrajaya ada seorang rakan memberitahu bahawa di Putrajaya sendiri adalah lokasi utama rakyat Kelantan memilih untuk ditemuduga .Sebabnya , ramai pegawai besar kerajaan yang menemuduga calon berasal adalah berasal dari Kelantan dan mereka ini akan lebih favour kepada calon negeri asalnya .
Budaya diskriminasi kenegerian ini sepatutnya tidak wajar berlaku kerana ia jelas tidak adil kepada rakyat dari negeri lain .Apakah rakyat negeri lain tidak layak /berhak mendapat peluang bekerja dengan kerajaan ?
Dari segi politik pulak , kejayaan Nik Aziz mencatat rekod cemerlang gagal menambah peluang pekerjaan di negerinya membuktikan pentadbiran PAS gagal . Kalau 10 tahun lagi PAS berkuasa di negeri ini, GPB yakin angka rakyat Kelantan memohon SPA akan meningkat hingga 1 juta !!
– Rakyat Kelantan merupakan yang tertinggi memohon pekerjaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sejak tiga tahun lalu, kata Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam.Beliau berkata, sejak 2009 hingga 2011, seramai 495,000 rakyat negeri itu telah memohon kerja bagi Gred 1 hingga Gred 41.
"Sejak lima tahun lalu pula, seramai 12,831 daripada permohonan itu telah diterima bekerja di sektor kerajaan.
"Saya setuju mungkin faktor kenapa begitu ramai rakyat Kelantan memohon kerja ini disebabkan peluang kerja yang ada di Kelantan adalah sangat kurang dan faktor lain SPA akan buat kajian terperinci,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Interaksi Pengerusi SPA Dengan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Badan-badan Berkanun, Persatuan-persatuan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Zon Timur di sini hari ini.
Mahmood berkata, sejak tiga tahun lalu jumlah pencari kerja di seluruh negara yang memohon melalui SPA seramai 1.2 juta. – BERNAMA
Baru sedar......
ReplyDelete