Pages

Tuesday, October 2, 2012

Khairy malukan lagi Anwar kat Parlimen dengan fakta !



Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak dakwaan bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) menzalimi mana-mana pihak atau negeri yang ditadbir pakatan pembangkang.
  
Ia sebagai respons kepada dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membangkitkan isu kononnya kerajaan persekutuan menzalimi negeri-negeri berkenaan daripada segi bantuan kewangan.
  
"Kerajaan BN tidak menzalimi atau menghukum mana-mana pihak. Ketua Pembangkang (Anwar) kata kena rujuk Kementerian Kewangan. Saya sudah jumpa kementerian terbabit dan minta statistik," kata Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 yang bermula di Dewan Rakyat hari ini.
  
Beliau menguatkan hujahnya dengan memberi contoh jumlah kutipan cukai kerajaan pusat yang diperoleh dari Kelantan pada 2008 adalah RM249 juta.
  
"Kalau ikut semangat federalisme, sepatutnya kerajaan pusat belanjakan sekurangnya-kurangnya RM249 juta dengan apa yang disumbangkan rakyat Kelantan kepada tabung yang disatukan di peringkat persekutuan. Tapi perbelanjaan kerajaan pusat (kepada Kelantan) RM4.3 bilion.

"Kedah pula, kutipan cukai kerajaan persekutuan pada 2008 ialah RM1 bilion. Tapi yang dibelanjakan (kerajaan pusat kepada Kedah), oleh kerana Kedah di bawah pembangkang dan tidak pilih BN, kita belanjakan hampir RM6 bilion.
  
"Macam mana hendak kata kita zalim? Itu Kedah dan Kelantan. Kita faham sebab negeri berkenaan memerlukan perbelanjaan," katanya.
  
Bagi Selangor pula, beliau berkata untuk tempoh sama, kutipan cukai adalah RM13 bilion namun perbelanjaan kerajaan pusat kepada negeri itu mencecah RM14.5 bilion.
  
Jelasnya, bagi Pulau Pinang, cukai yang diperoleh adalah RM16.7 bilion manakala perbelanjaan kerajaan pusat untuk negeri itu mencecah RM20.4 bilion termasuk peruntukan membina lapangan terbang baharu dan jambatan.
  
"Tadi, dengar Ketua Pembangkang kata rezab Selangor meningkat tetapi masalahnya kerajaan persekutuan mengeluarkan berbilion ringgit kerana banyak perkara tidak dapat diselesaikan kerajaan negeri itu.

"Dia (Anwar) bangga rezab Selangor naik tetapi apa guna naik kalau (urusan) sampah pun tidak boleh kutip?" kata Khairy.
  
Ulasan Khairy itu membuatkan beberapa anggota parlimen pembangkang 'panas telinga' dan cuba mengalih perhatian sambil meminta Khairy membuat perbandingan dengan negeri-negeri lain.
  
Hamim Samuri (BN-Ledang) mempertahan Khairy, sambil menegaskan jawapan yang diberikan bertepatan dengan dakwaan Anwar.
  
"Angka-angka yang disebut Anggota Parlimen Rembau datang daripada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan. Kata (kerajaan BN) zalimi negeri-negeri pembangkang. Itu tajuknya (fokus). Saya juga rujuk Kementerian Kewangan dan ia betul. Maknanya, mereka (pembangkang) menghina pegawai-pegawai Kementerian Kewangan," katanya.
  
Khairy turut menyentuh janji-janji pembangkang yang gagal dilaksanakan khususnya di Selangor, termasuk janji memberikan elaun khas kepada wanita tidak bekerja.

"Masalahnya ada yang kata manifesto (pilihan  raya) bukan janji. Kita masih lagi membiayai dan membantu rakyat di negeri-negeri pembangkang kerana kerajaan BN bertanggungjawab dan tidak mahu rakyat ketinggalan disebabkan pemerintahan pembangkang," kata Khairy.
  
Hari pertama sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 itu hampir mencetuskan kekecohan apabila anggota parlimen pembangkang mempertikai tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengehadkan masa perbahasan bagi Ketua Pembangkang.
  
Bagaimanapun, Pandikar Amin menolak dakwaan itu dengan berkata beliau selama ini telah berlaku adil kepada kedua-dua pihak yang diberi peruntukan masa bersesuaian untuk berhujah.
  
"Bilangan sebelah kerajaan ramai dan bukan semua dapat bercakap. Itupun telah saya seimbangkan. Sejak mula saya jadi speaker, saya cuba sebaik mungkin untuk beri peluang kepada kerajaan dan pembangkang.
  
"Saya terlampau beri laluan yang seluasnya kepada semua. Janganlah saya beri betis, minta pula paha...bila beri paha janganlah hendak pijak kepala," tegas beliau. - Bernama

4 comments:

  1. Anuwar. Sembang kedai kopi boleh lah. Membaca dan membuat kaji selidik malas. Sebab tu kenyataannya selalunya umum atau serkap jarang.

    Khairi kerja lebih sikit saja iaitu tahap mengambil data, cukup untuk mengalahkan Anuwar.

    Rugi saja Malaysia (bukan kerajaan Malaysia) bayar elaun beruk malas ni.

    ReplyDelete
  2. terkangkang nuar.. apa kata buat pergulungan bajet kencing manis PR plak.. ada bran..

    ReplyDelete
  3. salam sahabat! hahaha...memang aljub kuat kencing, main tembak merata, dia ingat hancing tu wangian kot? pakat longgok jer angka yang dia suka, kalau dalam ceramah PAS anjing DAP lagi kacau, sampai nak kira pakai kakulator pun tak sempat,unyala banyak rasuah dan penyelewengan Kerajaan, bila dema pulak sampai skrg satu pun belum jawab...

    - dana jet
    - dana bas mewah
    - sedekah terlebih kat talam
    - dana bershit
    - dana gereja terbesar asia dan rank dunia
    - dana kandang babi world rank
    - dana Suanakharam
    - dana NED and Yahudi
    - dana dia melancong merata dunia israel, india, australia dll untuk hina malaysia
    banyak lagi termasuk dana coffee boy, az and wife and wife samarata husband, dana dalam bank luar negara termasuk swiss billion dollar dalam family acc... perghhh tak terkira tapi belum Jawab, itu belum lagi dana one shot at made in china... hehehe,

    belum lagi and the geng... anjing-anjing yg kenyang tulang yahudi....

    ReplyDelete