Pages

Wednesday, September 5, 2012

TERKINI ! Dr Asri tibai rapat Ostazah PAS Abby Abadi tentang ilmu agama ..



Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan penyanyi dan pelakon, Abby Abadi mengkritiknya berhubung soal agama dalam twitter sebagai kebudak-budakan, selain tidak memahami secara mendalam maksud komennya menerusi laman sosial itu.



 Dr Mohd Asri yang juga pensyarah Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia (USM), ahli Majlis Agama Islam Perlis dan Fellow OCIS di Universiti Oxford berkata, menuntut ilmu agama penting sebelum memberi pandangan kepada orang lain.

 “Apabila seseorang itu tidak belajar banyak mengenai agama, dia tidak dapat membezakan orang yang mempertikai hukum Tuhan dengan pendapat manusia. Abby menganggap pendapat manusia itu adalah mempertikai hukum Tuhan. 

 “Apakah seseorang yang ingin menjadi ilmuwan dan ulama hanya mengambil masa sehari untuk belajar agama. Justeru, mereka yang berhijrah seperti artis dialu-alukan tetapi jangan lupa, ilmu agama bukan hanya pada semangat tetapi mendalaminya,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad semalam.

 Pada 29 Ogos lalu, Abby memberi komen terhadap kenyataan Dr Asri yang menulis: “Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, seorang dipotong tangan sedangkan seorang lagi dipenjara kerana berbeza agama?”

 Abby kemudian mencelah, “Maafkan saya Dr, Hudud hukum Allah. Dr belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan? Tanggungjawab kita berat di dunia tapi manis di sana.”

 Komen Abby kemudian dijawab Dr Mohd Asri yang mengatakan: “Seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak bererti dia benar-benar faham Islam. Teliti sebelum komen.”


Komen GPB

Kenyataan Dr Asri memang tepat sangat kepada artis2 PAS yang baru kembali kepada agama & cuba  berlagak menjadi Ostat & ostazah .   Bila orang yang tak ada ilmu seperti Abby , ikut suka dia saja cakap dan  anggap pendapat manusia itu sudah  mempertikaikan  hukum tuhan .

Seperti kata bekas Mufti Perlis ini , nak menjadi ilmuan agama  bukannya ambil masa sehari ..tapi yang GPB dok nampak sekarang ini tiket paling cepat untuk dapat gelaran Ostaz /Ostazah setaraf ilmuan  adalah dengar  sertai PAS dan terus boleh berceramah di merata-rata tempat.

Memang pedih la kenyataan Dr Asri ini kepada  Ostat2 mee segera PAS seperti Bob Lokman , Sham Kamikazi , Ali Setan dan lain lain tu ....hahaha...

2 comments:

  1. habis..selama ni yang ustazah abby ababi duk berzina dgn jantan tu tak nak kena hukum hudud ke ?

    ReplyDelete
  2. abby, perbanyakkan dahulu ilmu agama untuk diri anda sendiri sebelum mengeluarkan pelbagai kenyataan tentang agama

    ReplyDelete