Pages

Saturday, September 8, 2012

Sang Saka Malaya bukan bendera Tanah Melayu - Persatuan Sejarah




“Tiada lambang (bendera) lain kecuali Jalur Gemilang seperti yang dipersetujui sejak dulu lagi dicipta,” tegas Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (PSM), Tan Sri Omar Mohd Hashim.

 Tegas beliau lagi, bendera dikenali Sang Saka Malaya yang dikibarkan pada Himpunan Janji Bersih Khamis lalu bukan bendera asal Tanah Melayu. “Itu bukan bendera Tanah Melayu, memang warna merah dan putih adalah warna lambang rantau Nusantara.

 “Kalau tengok semua bendera negara rantau Nusantara ada warna merah dan putih termasuk Singapura dan Indonesia, malah bendera Majapahit pun pada kurun ke-13 dan 14 menggunakan jalur warna sama,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Tahunan Majlis Persatuan Sejarah Malaysia ke-57 di Wisma Sejarah, di sini, semalam.



 Beliau mengulas dakwaan blogger Singa Selatan yang mengaku membawa Sang Saka Malaya pada perhimpunan itu kerana beranggapan ia adalah simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu. Pada perhimpunan berkenaan, risalah mendesak Jalur Gemilang ditukar kepada bendera tersebut turut diedarkan.

Tindakan tidak bertanggungjawab kumpulan itu menimbulkan kemarahan rakyat negara ini dan beranggapan ia usaha subversif yang menukar Malaysia sebagai sebuah republik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan tindakan sesetengah peserta perhimpunan itu mengibarkan bendera lain bagi menggantikan Jalur Gemilang mempunyai agenda tersirat.

No comments:

Post a Comment