Pages
▼
Thursday, September 20, 2012
Kehebatan Komando GGK bertempur pengganas Serb di Bosnia
GPB memang cukup berminat untuk mengetahui akan kehebatan Askar Melayu kita ini yang bertugas di luar negara terutama dalam misi pengaman rasmi negara atau operasi sulit .
Mujur la ada seorang bekas anggota GGK Komando yang kini bekerja dengan satu office sekali dengan GPB . Beliau berpangkat Koperal dan pernah dihantar bertugas di luar negara seperti Bosnia & Somalia . Daripada pengalaman di sana yang diceritakan , GPB salute sama sekali keberanian askar negara kita yang gagah berani ini . Demi keamanan sejagat , anak-anak Melayu ini rela mempertaruhkan nyawa mereka walaupun bertugas di hujung dunia .
Antara cerita yang menarik perhatian GPB ialah ketika krisis Perang Bosnia 1992 -1995 , Malaysia satu -satunya negara Islam didakwa telah menghantar pasukan elit komando GGK dari 11 RGK (Rejimen Gerak Khas) menyusup masuk ke Bosnia melalui Turki untuk melumpuhkan kekuatan askar Serbia.
Ada antara komando-komando ni menyusup masuk menjadi sebahagian dari askar Bosnia untuk berperang memusnahkan kekuatan askar Serbia. Fakta tentang komando GGK ni adalah ada antara mereka ini merupakan pakar peperangan gerila.
Ketika itu Perdana Menteri Malaysia adalah Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad yang memang terkenal sebagai pemimpin Islam yang menyelamatkan rakyat Bosnia daripada terus dibunuh puak Serb .
ikuti artikel dari sumber blog MOM
11.Sebenarnya ada satu keratan berita dari luar negara yang saya boleh jadikan bukti tetapi saya gagal menjumpainya…keratan berita itu mendedahkan “PASUKAN ELIT KHAS DARI SEBUAH NEGARA LUAR TELAH BERADA DI TURKI UNTUK MEMASUKI BOSNIA HERZEGOVINA”, ia ditulis oleh sebuah agensi berita asing tetapi judul yang tepat tidak saya ketahui.
12. Dan pasukan elit yang dimaksudkan itu, tidak lain dan tidak bukan ialah komando GGK dari Malaysia.
13.Maklumat ini disampaikan oleh seorang bekas penempak tepat dalam pasukan GGK kepada saya beberapa tahun yang lepas semasa saya sedang bersantai-santai menghisap rokok dan tiba-tiba terpancul pula hasrat untuk bertanyakan kepada beliau mengenai misinya ke Bosnia dahulu.
14.Anda kenal mantan Tun Seri Dr Mahathir Mohamad, sesetengah orang yang menuduh pemimpin kita ini sekular, anti Islam dan menolak hudud tetapi lelaki ini mahu mengubah sejarah Eropah.
15 .Jika difikirkan secara logik, bolehke bangsa Melayu mengubah sejarah Eropah? Logik ke? Persoalan ini sebenarnya sudah lama terjawab, memang orang Melayu boleh dan mampu, sejarah zaman dahulu kala sudah membuktikannya.
16.Semasa itu berlaku peperangan etnik di Bosnia Herzegovina, ribuan rakyat termasuk wanita dan kanak-kanak habis mati disembelih oleh pengganas Serbia.
17.Mahathir yang ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia sudah masak dengan taktik kuasa-kuasa barat terutama layanan kelas kedua mereka kepada umat Islam, Mahathir kemudian meminta Angkatan Tentera Malaysia bersiap sedia untuk menghantar komando GGK.
18.Saya tidak pasti jika kesemua yang dihantar itu merupakan anggota GGK atau bercampur dengan unit-unit lain tetapi jumlahnya mencapai 600 orang.
19. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” lebih kurang begitulah dialog Tun yang disampaikan oleh bekas penembak tepat ini kepada saya.
20 .Mereka ini dihantar secara gelap, kalau meninggal dalam pertempuran di Bosnia, memang tidak ada balutan bendera Malaysia pada keranda mereka tetapi kerajaan Melayu yang memerintah negara ini telah berjanji untuk menjaga isteri dan anak-anak mereka, kalau yang bujang itu saya tidak pasti.
21.Maka mereka pun dihantar, kesian, wang yang dibawa pun tidak mencukupi, ialah hendak berperang bukan melancong.
22.Mereka dihantar dengan pesawat awam (MAS) dan kesemua mereka berkhemah di dalam pengkalan tentera Turki di sempadan negara itu dengan kebenaran kerajaan Turki.
23.Bukan apa, cuaca Turki pun sejuk macam Bosnia, jadi, mudahlah komando kita menyesuaikan diri dengan cuaca Eropah.
24.Kerajaan Turki pada masa itu hanya memejam mata dalam membenarkan komando Malaysia ini berada di bumi mereka, pada hal, kalau “terkantoi”, ini akan menyebabkan pelbagai masalah politik antarabangsa kepada Turki dan Malaysia.
25.Ada juga laporan yang menyatakan komando-komando Malaysia dimasukkan ke dalam unit tentera Bosnia melalui Unprofor sendiri, komando-komando ini bagaimanapun dilabelkan sebagai “LARI DARI UNIT TENTERA”, ya komando Malaysia yang melarikan diri dari unit masing-masing sebagai “camoflage” untuk menjalankan operasi ketenteraan terhadap Serb.
26.Sebenarnya Turki dan Malaysia ini tersangat-sangatlah “kamceng” walaupun tidak diheboh-hebohkan seperti “akrabnya” Malaysia dengan Indonesia.
27.Jadi ini menjelaskan mengapa Malaysia sering sahaja menyendeng bahu ke Turki untuk mendapatkan bekalan kereta perisainya mulai dari Adnan sehinggalah kepada kereta perisai terbaru dan pelbagai senjata lain.
28.Penyeludupan komando GGK ke dalam Bosnia ini akhirnya ditarik barik oleh kerajaan ketika itu selepas sebuah agensi berita Eropah berjaya mengesan kehadiran tentera elit ini di sempadan Turki.
29.Selepas dipujuk oleh wakil sebuah negara yang sangat berpengaruh di Timur Tengah, akhirnya Mahathir menarik balik pasukan komando ini balik ke Malaysia tetapi bakinya di hantar sebagai tentera rasmi dalam unit UNPROFOR. KLIK DI SINI SETERUSNYA
Apa ni mana sumpah pahalawan walaupun sudah bersara sumpah mempertahankan rasia dgn seketatnya tetap ujud dann kekal
ReplyDelete
ReplyDeleteTeknologi Android 'bertempur' bersama tentera: Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace ..Baca selanjutnya...
artikel mcm ni sekadar penglipur lara... typical of UMNO mind, always based patriotism n everything on hearsay!! I attended BTN 3x cerita sama tentang Tun Dr M dan sewaktu. Cuba tingkatkan kredibility artikel dgn rujukan sah lagi sahih.
ReplyDeletemak hang! bapak aku ggk dia ada cita pi sana la and last bfor nk pencen p lubnan unifil sedap ja hg kata kan,aku kalau jumpa org mcm hg face to face memang jahanam la! lu apa tau,nk politik jgn babitkan tentera,geram betoi la aku dgn malaun sorang nie harey sunguh la
DeletePakcik aku ggk...dah arwah dah pun. Dia pnh ckp pasal operasi ni tp dia tak ckp detail. Ko kepala taik politik sampai dah nazak nak mati pn ko akan tetap ckp pasal politik sana sini tak betol.
Deletenama pun operasi gelap mana sumber sah dan sahih.hanya cerita dari mulut kita dgr.aptb.
ReplyDeletebtol....benda ni sahih......cerita sebenarnya amerika menghentam dan menyekat bekalan tentera dri masuk ke bosnia.....tun ketika itu berpakat menghantar berpuluh kereta kebal degn brunei......menghantar bekalan dan ratusan tentera juga senjata......ketika itu negara arab sendiri tidak berani menghantar bantuan ketenteraan......atas arahan amerika syarikat yang tidak mahu negara lain masuk campur........tetapi mahathir menghantar pasukan tentera malaysia masuk secara sulit dgn bekalan senjata yg banyak....serta membuka mata negara islam yg lain.......walaupun komando dh bersumpah......tetapi itu melibatkan rahsia negara dan tentera ......ini hanyalah peperangan.....tidak perlu rahsia......bukannnya rahsia yg boleh menyebabkan negara ini diserang pon.....
ReplyDeleteBtl jgn kait kan politik dgn tentera..
ReplyDeleteTentera kita punyaa defender sangup ko ckp begitu..adedehh
Kau yg x thu apa2,jgn nk byk2 mengarang fham,main je tlur2 dlm sluar kau tu sblum tlur kau tu di cabut,dh xda nti bru kau thu,bgaimna nk cri pewaris utk pejuang tnah air kau sendiri berry hijau...
ReplyDeleteOperasi gelaplh ngokkkkk smua org nk kna bgithu ke,utk pgethuan 1 malaysia apa hal nk kna bgithu benda mcm ni dkt korang...green beret
ReplyDeleteCite gelap mcm ni kalau kau nk bgithu smua hbislh kluarga kau biulllll...
ReplyDeleteMalaysia bukan negara Islam cik oi. Agama rasmi Islam dan majoriti penduduk berugama Islam tu baru betul.
ReplyDeleteBuatlah penyelidikan dulu sebelum tulis.
Kalau dah agama rasmi islam bermakna negara islam la bodoh
DeleteBila la malaysia nak jadi negara betul2 islam mcm brunei...islam tinggal nama ja..judi toto,arak dok berjalan lagi...Negaraku Malaysia umpama matahari yg sedang terbenam ke barat..kuasa besar sedang cuba merobeknya dikala pemimpin kami leka..barcakaplah benar wahai sang pemimpin walaupun kebenaran itu pahit...walau sebesar manapun perancangan mereka..tuhan yang menentukan..
ReplyDeleteTunggu imam mahdi kluar
DeleteMalaysia demokrasi
ReplyDeleteMalaysia demokra
ReplyDeleteTuan tadi saya bersembang dengan seorang bekas tentera haji rosli dia ada buka restoran perwira di bandar tasik kesuma seronok dengar dia bercerita kisah kena tawan dengan tentera islam bosnia.. tapi dapat melepas kan diri.. setahun dia di sana .. dia dari kor risik medan. Mujahidin bosnia ingatkan tentera malaysia tentera amerika maklumla bendera macam sama je..
ReplyDeletebuka google maps.. tengok dari sempadan turki nak ke bosnia tu berapa negara nak kena rentas.. bosnia bukan duk sebelah turki tu.. negara yang nak di rentas tu, negara apa pulak? selamba pulak dia bagi tentera asing masuk.. bikin jalan cerita elok skit le..hahaha
ReplyDeletePernah pergi bosnia?
DeleteAku pernah dan aku tahu cara gelap askar mujahidin masuk
Yang masuk ikut peta google hanya travellers
Komando ada la cara dia