Pages

Tuesday, September 18, 2012

Chegubard tak mengaku perbuatan tampal pelekat ABU



Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menegaskan tindakan sesetengah pihak yang menampal pelekat Asalkan Bukan Umno (ABU) di tempat awam adalah salah kerana ia berbentuk vandalisme. Namun menurutnya, beliau tidak mampu menghalang pelekat ini daripada ditampal kerana ia mudah didapati seperti muat turun sendiri dari laman web atau memperolehnya di tempat-tempat ceramah.

 “Kami hanya cetak seribu sahaja sebelum ini, selebihnya dicetak oleh orang lain kerana ABU tiada hak cipta, sesiapapun boleh guna.

 “Selain itu, pelekat ABU ini ditampal di banyak lokasi kerana musim raya yang lalu, mereka menggunakan lebuh raya, sebab itu banyak ditampal di tol,” katanya kepada Sinar Harian. Badrul Hisham, yang juga Ketua Cabang PKR Rembau turut menegaskan, selain pelekat, pihaknya turut mengedarkan risalah dan cakera padat ABU kepada penyokong yang balik beraya.

 “Kempen ABU semakin mendapat tempat, walaupun tidak menyokong (tampal di tempat awam), namun ia memberi gambaran kempen ini semakin mendapat tempat di hati rakyat,” katanya.

 Sebelum ini, media melaporkan di beberapa laluan Touch&Go di lebuh raya bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Duta-Hulu Klang (DUKE), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) dan Lebuh Raya Persekutuan dikesan ditampal pelekat ABU.

 Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, perbuatan pihak-pihak yang menampal pelekat ABU di beberapa tempat akan membangkitkan kemarahan penyokong Umno.

Katanya, ia adalah kerana ABU itu dikaitkan dengan nama Umno dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap pihak yang mengedarkan pelekat dan risalah ABU.

 “Mereka sengaja melakukan provokasi, supaya kami bertindak agar mudah untuk mereka menuding jari. “Bagaimanapun saya yakin ahli Umno sudah matang dan tidak akan bertindak sedemikian,” katanya.

2 comments:

  1. Dari muda sampai tua hidup mamat ini sia sia!

    ReplyDelete
  2. Mamat nih menjadi pecacai Anwar Ibrahim seumur hidup... Tetapi jgn lupa.. Zaid Ibrahim menjadi idola kepada chegu Bart toya nih..

    zoRRo...

    ReplyDelete