Pages

Wednesday, August 8, 2012

Tema Merdeka negeri Pakatan ciplak buku Jabatan Penerangan !!



Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihak pembangkang kini sudah kekeringan ilham sehingga terpaksa 'mencedok' hasil kerja kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk dijadikan sebagai ilham sendiri.

 Mengulas tindakan pembangkang yang tampil dengan tema Hari Kemerdekaan mereka sendiri, beliau berkata tema itu sebenarnya pernah dipakai oleh Jabatan Penerangan dalam buku-buku perpaduan yang diterbitkan pada tahun 2009. Beliau juga menganggap langkah itu sebagai permainan politik pembangkang yang sengaja mahu memperlekeh kejayaan BN di mata rakyat, lebih-lebih lagi tahun ini diramal sebagai tahun yang akan diadakan pilihan raya umum ke-13.

 "Mereka terdesak dan kekeringan ilham. Mereka juga iri hati terhadap kejayaan dan janji yang ditepati kerajaan selama ini. 

 "Oleh itu mereka cedok sahaja apa yang dilakukan oleh Jabatan Penerangan sebelum ini dan anggap ia sebagai ilham sendiri,” katanya kepada Bernama di sini, semalam. 

 Semalam, Pakatan Rakyat mengumumkan negeri-negeri pembangkang akan menggunakan tiga tema berlainan untuk sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, kerana tidak bersetuju dengan tema “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati” yang ditetapkan kerajaan pusat.

 Kerajaan Kedah memilih menggunakan tema “Terus Berbakti”, Kelantan menggunakan “Menerajui Perubahan” sementara kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema “Sebangsa, Senegara, Sejiwa”.

 Mengulas lanjut, Rais berkata tindakan kerajaan negeri-negeri pembangkang untuk menpunyai tiga tema berbeza bagi sambutan penting itu juga jelas membuktikan kedudukan sebenar mereka yang tidak menpunyai kesepakatan. "Ini bukti dalam kalangan mereka pun tidak ada kata sepakat. Saya rasa dari segi ini rakyat juga dapat melihat dan menghakimi sendiri," katanya. Rais berada di sini untuk menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat (Telmin) APEC ke-9.

1 comment:

  1. Ala....ciplak sikit sikit xpa la....maklum la...xda modal la katakan..he..he..

    ReplyDelete