Pages
▼
Wednesday, August 1, 2012
PANAS ! Cina DAP tak puas lagi , terus serang Syed Mokhtar !
Aku nak tergelak dengan laporan berita pasal Guan Eng mintak laporan terperinci apa yang bakal Syed Mokhtar akan buat di Penang Port: Adakah Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd atau Seaport akan berhenti daripada terus berahsia sebaliknya membuat pengumuman berkaitan terma penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang bagi memastikan orang ramai dapat mengetahui kebaikan atau faedah di masa akan datang untuk negeri Pulau Pinang dan ia bukannya satu tindakan yang membabitkan kepentingan umum untuk keuntungan peribadi seorang kroni BN? Berita penuh klik sini
Tak habis-habis si kekasih Rainbow ni nak menyusahkan Tan Sri Syed Mokhtar! Dia nak pertikai niat sebenar Tan Sri sambil menuduh Syed Mokhtar adalah kroni BN. Sedangkan Guan Eng sendiri menipu rakyat Penang dengan memberikan tanah yangs epatutnya menjadi hak rakyat yang susah kepada sayrikat swasta untuk kaut untuk RM90 juta!?
Apa barang ni Guan Eng? Lu mau tipu sama siapa? Lu dok sibuk hal Penang Port padahal lu punya skandal sapu RM90 juta tu tak habis lagi! Semua rakyat dah tahu kau ni kaki penipu. Tanah untuk bina rumah murah lu kasi sama syarikat swasta untuk buat duit kan?
Padahal Syed Mokhtar dah terangkan seperti dibawah ini apa perancangan beliau:
SEAPORT Terminal Sdn Bhd, pembida yang berjaya memperoleh projek penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang menafikan dakwaan pihaknya merancang untuk mengurangkan peranan hub kargo itu, lapor akhbar tempatan semalam. Pengambilalihan oleh Seaport itu mencetuskan kebimbangan bahawa peranan hub perkapalan di utara negara itu akan dikurangkan, dengan lebih fokus kepada pelabuhan milik syarikat yang terletak di bahagian selatan.
Hartawan logistik, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary memiliki Seaport yang turut mengendalikan dua lagi pelabuhan di Johor, iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Pelabuhan Pasir Gudang. “Kami menafikan dakwaan mahu menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai ‘feeder port’ dan tiada juga rancangan untuk memindahkan kren Pelabuhan Pulau Pinang ke Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor seperti yang didakwa,” menurut kenyataan akhbar Seaport yang diterbitkan dalam akhbar berbahasa Inggeris tempatan iaitu The New Straits Times Press dan The Star.
“Kami akan mendalamkan lagi laluan kapal mengikut keperluan pelabuhan itu. Oleh itu, dakwaan tiada kerja mengorek laluan kapal adalah sama sekali tidak berasas,” tambahnya. Seaport berkata, ia dipilih berdasarkan kepada kekuatan dan merit cadangan, dan bidaan telah dibuat pada 2011 lagi yakni selepas mendapat tawaran untuk berbuat demikian.
“Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri Johor dan juga negara. Kami yakin dapat melakukan perkara yang sama di Pulau Pinang,” kata Seaport yang menegaskan ia berdasarkan pencapaian dan kejayaan dalam menguruskan pelabuhan di bahagian selatan.
Kenyataan Seaport itu susulan pengumuman Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) yang mahu membentuk satu konsortium baru sebagai pesaing kepada bidaan. Bagaimanapun, PCCc masih memerlukan kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk meneruskan bidaan itu. Presidennya, Tan Sri Tan Kok Ping berkata, tindakan melepaskan Pulau Pinang kepada Seaport Terminal bertentangan dengan Akta Persaingan Malaysia 2010 dan berpotensi mewujudkan ketidakpercayaan.
Seaport Terminal adalah antara banyak syarikat yang dimiliki oleh Syed Mokhtar, yang dilihat semakin mengembangkan lagi pengaruhnya dalam sektor logistik negara.
Sebelum ini, beliau sudah pun memiliki beberapa pelabuhan dan juga Pos Malaysia. Beliau juga dilaporkan berusaha untuk mengambil alih pengendali perkhidmatan keretapi negara, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kerajaan pembangkang di Pulau Pinang meminta kerajaan Pusat yang diperintah Barisan Nasional supaya mengotakan janji untuk melaksanakan projek pengorekan laluan pelabuhan yang dilihat penting bagi mengembangkan lagi peranan pelabuhan berkenaan.
Pada Jun lalu, Putrajaya mengesahkan Seaport memenangi bidaan untuk penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang, dengan menegaskan syarikat itu perlu menanggung kos kerja mengorek walaupun ia tidak dinyatakan samada kerja pengorekan itu adalah wajib di bawah perjanjian itu.
Kumpulan ahli perniagaan dan pekerja pelabuhan Pulau Pinang menandantangani memorandum bulan lalu yang menolak cadangan untuk penswastaan pelabuhan itu.
Selain itu, bantahan itu diterima daripada Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow yang mengesa kerajaan Pusat mengkaji semula keputusannya untuk menswastakan pelabuhan Pulau Pinang dengan mengatakan banyak kumpulan industri menentang tindakan itu selain berlawanan dengan sentimen rakyat Pulau Pinang.
Sumber: Perak Today
No comments:
Post a Comment