Pages
▼
Thursday, August 2, 2012
Kerajaan regim DAP akur terpaksa buang replika air syaitan !
Akhirnya selepas dibantah pelbagai pihak termasuk blogger Pro UMNO , Malik Kassim terpaksa akur dan mendesak pihak pusat membeli belah mengeluarkan segera replika arak sempena Syawal Ceria ini .
Tapi ada satu blogger pencacai PR yang syok sendiri bila mana selepas tindakan ini dibuat , dia melabel blogger UMNO dikecewakan . Apa kejadahnya kami nak kecewa pulak dan bila replika arak ini dibuang menandakan suara bantahan ini sampai ke Komtar .
Jangan ingat umat Islam di P.Pinang mudah diperkotak-katikan dan dihina ....
Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim berkata, sebaik menerima laporan, pihaknya menghubungi pengurusan pusat membeli belah berkenaan dan mengambil tindakan segera.
Beliau berkata, pihak pengurusan pusat beli belah terbabit bersetuju membuat ubah suai segera dan memindahkan struktur pameran dan botol minuman keras berkenaan.
“Perkara ini bukan disengajakan oleh pihak pusat beli belah itu kerana struktur yang mempamerkan botol arak itu adalah satu binaan lama. “Binaan replika sempena sambutan hari raya Aidilfitri itu pula baru dibuat di depan struktur botol arak. Oleh itu, ia dilihat seolah-olah dipromosikan bersama apabila kita mengambil gambar sedangkan pihak pengurusan berkenaan tidak berniat sebegitu,”
>> “Perkara ini bukan disengajakan...
ReplyDeleteTak disengajakan? Tereksiden ke hingga tiba2 botol arak tu tersusun indah dan menarik minat siapa yang melihat? Tersilap brand arak ke? Tahniah sebab nak ambik hati DAP lebih kuat dari nak jaga hati orang Islam.
>> ...struktur yang mempamerkan botol arak itu adalah satu binaan lama...
Malik Kassim ni baru jadi orang Penang ke? Atau baru jadi orang Islam sejak pegang EXCO Agama? Orang PAS tak boleh tegur ke kalau binaan ni dah lama?
Statement Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim yang tak reti buat kerja tapi masih mau berdolak dalih.
PAS Penang nampak silap orang saja, berani tegur salah orang saja. Kalau depan Guan Eng, mata tengok karpet saja.