- Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman akan mengakhiri zaman dudanya hari ini apabila bakal diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati, kira-kira jam 10.30 pagi ini.
Gadis bertuah itu merupakan pemenang rancangan realiti Gadis Melayu musim ke-2, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23.
Zainal Abidin, 52, sebelum ini kehilangan isteri, Datin Shazarina Shamsuddin yang meninggal dunia pada 22 Disember 2010 lalu akibat barah hati dan paru-paru.
Kedua-dua mereka yang dikenalkan melalui kenalan rapat itu menyulam cinta selama setahun sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan ke jinjang pelamin.
Siti Nur Syafiqa, anak sulung dari lima beradik, baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Mikrobiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Majlis pernikahan kedua-dua pasangan berkenaan akan diadakan di kediaman keluarga sebelah pengantin wanita di Taman Seri Semarak, Parit Buntar, Perak.
Selamat pengantin baru dato non.
ReplyDeletesemoga bahagia dan selamat berjuang.
amin.