Pages

Wednesday, July 11, 2012

Polis telah kenal pasti suspek hantar Imam Mahdi !



Polis telah mengenalpasti individu yang bertanggungjawab menghantar seorang lelaki dan seorang wanita di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lepas sebelum mereka mengamuk. Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata individu tersebut dikesan melalui siasatan polis sejurus selepas kejadian itu.

 Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan."Kita sekarang sedang mencari pemilik kenderaan yang menghantar pasangan itu. 

Kita juga turut menyiasat latar belakang lelaki dan wanita yang mengamuk itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Pada hari berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mengaku dirinya "Imam Mahadi" dan pasangannya yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM di Putrajaya.

 Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama. - Bernama

2 comments:

  1. Petikan dari blog Jaya Negara yang ternyata menyanjungi Mantan PM.:
    "Dr Mahathir pernah dikafirkan semasa mengusulkan pendapat supaya Alquran diubahkan kepada banyak bahasa supaya mudah dipelajari. Hariini cuma ada terjemahan kebahasa-bahasa lain. Terjemahan tidak sama. Itu bukan yang Dr Mahathir maksudkan. Ia berbeza dengan kitab Injil telah lama diubah dan Wal hasilnya Kristian dianuti lebih dari 2.2 bilion penduduk Dunia. Penat orang tua ni menjawap. Dr Mahathir satu-satunya manusia berjiwa besar yang aku temui diMalaysia hingga hari ini. Jika dia masih mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia pasti aku amat-amat bersetuju."

    ReplyDelete
  2. his..komen org yg jiwa kacau dan mental problem..buang karan aje membacanya.

    ReplyDelete