Pages
▼
Saturday, July 7, 2012
Jamil Khir mengamuk pasaraya jual arak guna istilah Ramadhan Sale !
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menyelar tindakan sebuah pasar raya di ibu negara yang mengeksploitasi istilah 'Ramadhan Sale' untuk jualan minuman keras. Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh mengambil tindakan terhadap premis berkenaan mengikut peruntukan yang ada.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas penyiaran di internet gambar jualan murah minuman keras sebuah pasar raya tertera perkataan 'Ramadhan Sale', selepas menyampaikan amanat khas kepada warga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Kompleks Pusat Islam di sini hari ini.
Sementara itu, difahamkan Bahagian Hab Halal Jakim telah memeriksa premis berkenaan semalam dan tanda harga 'Ramadhan Sale' di pasar raya tersebut telah ditanggalkan.
Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata cadangan jawatan mufti dinaik taraf setara dengan Exco kerajaan negeri bakal meningkatkan tahap profesionalisme jabatan agama di negara ini. "Proses menaik taraf jawatan Mufti itu akan diuruskan di peringkat negeri dan dilaksanakan sebaik mendapat perkenan Sultan serta Yang Dipertua Negeri masing-masing," katanya. April lalu, Jamil Khir mengumumkan cadangan supaya timbalan mufti negeri-negeri dinaikkan ke gred S54 berbanding pelbagai gred ketika ini sama ada S44, S48 dan S52 seperti yang diputuskan pada mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).- Bernama
No comments:
Post a Comment