Pages

Sunday, July 22, 2012

Guan Eng perlu minta maaf kepada rakyat

GEORGE TOWN – Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mendesak kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP supaya memohon maaf kepada seluruh rakyat negeri itu berhubung penjualan tanah Majlis Perbandaran Pulau Pinang bagi Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini kepada pihak swasta.

Ketua Pemuda BN negeri, Oh Tong Keong berkata, kerajaan negeri telah berbohong kepada rakyat Pulau Pinang apabila mendakwa penjualan tanah itu dibuat kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sewaktu mentadbir negeri ini tidak pernah meluluskan tanah tersebut untuk membina rumah rakyat.

“Kerajaan BN terdahulu sebenarnya telah berbincang dan meluluskan tambahan satu blok di tanah berkenaan dalam mesyuarat Exco pada 29 April dan 26 Jun 2003.

“Justeru kami menggesa kerajaan negeri berhenti membohongi rakyat dan berterus-terang atas apa yang berlaku kerana rakyat perlu diberitahu dengan jelas mengapa kerajaan negeri sanggup menjual tanah yang sepatutnya membina rumah rakyat kepada syarikat swasta,” katanya pada satu sidang media di sini.

Dalam pada itu, Tong Keong berkata, Pemuda BN Pulau Pinang turut mendesak kerajaan negeri membuka fail-fail permohonan merancang dan tender penjualan tanah berkenaan.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu berbuat demikian untuk membuktikan mereka benar-benar mengamalkan ketelusan dan membolehkan rakyat membuat penilaian berhubung perkara tesebut.

“Kita juga mahu fail permit pelan perancangan dibuka. Kami mahu dokumen lengkap termasuk sampul dengan minit-minit semua. Jadi, baru kita tahu sama ada wujud sebarang penipuan atau tidak,” katanya lagi.

Baru-baru ini, BN negeri mendedahkan tanah seluas 0.45 hektar yang sepatutnya dibangunkan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) fasa kedua itu dijual kepada syarikat swasta untuk pembinaan bangunan setinggi 30 tingkat.

1 comment:

  1. Semua tanah dijual pada sykt swasta...
    Bila rakyat bising depa kata nie semua masa bn memerintah... Sebab senang jea nak memperbodohkan rakyat... Guna nama bn semua masaalah selesai...
    Sampai bila la rakyat penang akan diperbodoh kan....!

    ReplyDelete