Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan ahli-ahli UMNO yang dalam perjalanan pulang selepas turut serta dalam sambutan ulang tahun UMNO ke-66 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Mangsa yang terkorban dalam kemalangan tersebut ialah Roha Abdul selain penumpang yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan bas yang dinaiki di KM 258.8 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala selatan berhampiran Plaza Tol Rasah di Seremban, awal pagi tadi.
“Oleh kerana mereka ini dalam perjalanan selepas bersama-sama dalam sambutan ulang tahun UMNO, jadi saya memohon maaf atas apa yang berlaku dan saya doakan agar roh beliau akan ditempatkan bersama ahli orang-orang yang beriman,” katanya kepada UMNO-Online selepas sidang media yang diadakan di Pusat Media, tapak karnival Hari UMNO, Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
Beliau turut mendoakan agar mereka yang cedera dan sedang dirawat di hospital agar segera sembuh dan dapat kembali ke kampong halaman masing-masing. – MediaUMNO
kalau lah ini terjadi kepada bas bas yang membawa ajen pembangkang yang tentulah umno yang di katakan sabotaj perjalanan mereka.salam takziah kepada mereka yand di timpa musibah.inna lillah hi wa inna ilai hirajiun wa lufli khairan minha.
ReplyDelete