Pages
▼
Wednesday, May 16, 2012
UMNO disalahkan kerana Tunku Aziz letak jawatan ?
“Saya tidak akan terkejut sekiranya selepas ini DAP dan pihak pembangkang akan terus menerus menyalahkan UMNO dalam hal ini kerana itulah skrip pembangkang yang tidak henti-henti mahu memburuk-burukkan kerajaan serta parti kita”, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.
Namun beliau yakin rakyat di negara ini lebih matang dan dapat menilai sendiri sikap sebenar DAP termasuklah tindakan Naib Pengerusinya, Tun Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang bertindak keluar dari parti itu.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri seterusnya menyifatkan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang keluar parti dan melepaskan jawatannya dalam DAP sebagai insan yang berpegang kepada prinsip serta bersikap jujur dan ikhlas.
Semalam, pemimpin Melayu DAP itu yang dikecam hebat pembangkang kerana mengkritik perhimpunan pada 28 April lepas, mengumumkan keluar dari parti dan meletak jawatan dalam parti itu. Tunku Abdul Aziz dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP apabila menyertai DAP pada 2008. Walaupun cuba dipujuk Setiausaha Agung DAP agar terus kekal dalam DAP namun Tunku Aziz menegaskan sebagai seorang ahli politik yang berprinsip, pendirian beliau untuk meninggalkan DAP dibuat berdasarkan pertimbangan rasional tanpa dipengaruhi emosi.
ORG PAS YG KONON ADA PRINSIP ITU SANGGUP BERBUAT MCM TAA? TAK ADA SETAKAT INI MALAHAN SANGGUP JD PAK TURUT, BALACI, KAMBING DAN LEMBU DICUCUK HIDUNG HATTA AGAMA SENDIRI TERGADAI
ReplyDelete