Pages
▼
Friday, May 11, 2012
Tsunami Gelombang Merah lebih hebat dari Bershit 3.0
Gelombang Merah mula tawan Stadium Bukit Jalil. Begitulah gambaran yang boleh diberikan apabila dijangka lebih 80,000 membanjri Stadium Bukit Jalil malam ini.
Malam ini merupakan acara kemuncak sambutan ulang tahun UMNO ke 66 yang bermula 1 Mei lalu menerusi Larian Bendera UMNO di seluruh negara.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan menyampaikan amanatnya pada jam 9 malam dan seterusnya menyampaikan Anugerah Tokoh Melayu Terbilang kepada dua penerima.
Sebelum upacara menaikkan bendera UMNO satu upacara penyerahan bendera “Sang Saka Bangsa” akan diadakan di mana Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahud Hamidi akan menyerahkan bendera UMNO kepada Datuk Seri Najib.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan menyampaikan ucapannya
Majlis malam ini akan diakhiri dengan upacara memotong pulut kuning dan persembahan bunga api.
Semalam satu majlis tahlil dan bacaan yassin serta doa kesyukuran telah diadakan di Surau Ar Rahman PWTC.
Sambutan ulang tahun UMNO ke 66 akan diteruskan hingga 13 Mei ini di Stadium Bukit Jalil dengan pelbagai acara menarik diadakan seperti Karnival Kerjaya, Sambutan Hari Ibu, Seminar Motivasi, Futsal, Paintball, Konsert, Pameran Robotik dan pelbagai acara lagi.
Hebat dan memang hebat
ReplyDelete