Pages

Wednesday, May 9, 2012

Misteri Burung Cenderawasih Tanah Melayu ...




GPB  selalu mendengar al  kisah tentang   burung Cenderawasih ini yang cukup cantik bulunya hinga terdapat pihak tertentu yang mempercayai burung cenderawasih kononnya berasal dari kayangan…


Malah ia tidak pernah menjejakkan kaki ke bumi sepanjang hidupnya melainkan untuk mati. Pelbagai cerita mistik dan misteri diceritakan mengenai cenderawasih dan ia disebarkan menerusi lisan sehingga ramai berasa taksub apabila mendengar keajaiban burung tersebut.

 Lebih membingungkan adalah bangkai burung itu dipercayai tidak akan reput…Seluruh badanya pulk termasuk isu perut dan bulunya mempunyai khasiat misteri untuk perubatan  . Malah bulu pelepahnya dapat dijadikan pelaris menyebabkan ramai pihak sanggup membayar ribuan ringgit untuk memdapatkan bangkai hidupan itu…

Benarkan dakwaan ini ??

GPB ada membaca satu buku dan beliau telah merungkai satu teori yang mungkin boleh dijadikan panduan kita.  Menurut penulis berkenaan  dakwaan bahawa cenderawasih berasal dari kayangan dan syurga adalah karut kerana burung itu boleh didapati di dunia ini !

Di mana lokasinya ? Menurut kajian penyelidik , burung ini berasal dari kawasan hutan tropika iaitu di Australia Timur , Irian Jaya , Kepulauan Maluku ( Makasar ) dan Papua New Guinea .

  Malah kat Taman Burung KL pun ada dipamerkan 3 ekor cenderawasih dari spesies Paradise Apoda tahun 2001. Kajian juga mendapati cenderawasih dikelaskan kepade 43 jenis spesies yang berbeza mengikut beberapa ciri…antaranya saiz dan warna bulunya…spesies cenderawasih paling besar berukuran 44 sentimeter panjang manakala paling kecik 16 sentimeter panjang.

 Cenderawasih jantan didapati lebih cantik kerana memiliki warna bulu yang lebih menarik dan kembang…mereka juga akan melakukan satu gerakan tertentu bagi memikat burng betina dalam tempoh mengawan…ia mampu bertelur antara 1 hingga 3 biji sebelum mengeramnya dalam tempoh 14-16 hari. Dakwaan bahawa cenderawasih memakan embun syurga juge didapati tidak berasas  kerana burung itu hidup dengan memakan buah, telur semut, cengkerik dan labah-labah.

Mengenai  dakwaan  mengatakan cenderawasih yang telah  mati tidak reput sebenarnya tidak berasas  kerana bangkai haiwan itu sebenarnya  didapati  telah  diawet dengan cara menyalainya sebelum kaum pribumi  menghadiahkan kepada penjajah British .

Apabila penjajah melihatnya sebagai ajaib dan pelik , maka bermulalah cerita songsang ini hingga disebarkan begitu meluas ke Tanah Melayu .





ada orang menyatakan bulu di tengkolok diraja dipakai  Sultan Abd Hamid 
adalah dari burung cenderawasih .


6 comments:

  1. org kite mmg byk percaya benda2 khurafat takut terpesong akidah ler huhu...

    ReplyDelete
  2. cenderawasih tidak reput sebab faktor pemakanan..brung ini dikatakan hanya makan buah buahan..

    ReplyDelete
  3. Yg pasti sultan ini bukan ori..dan tengkolok itu bukan dia yang empunya..sultan boneka british selepas menghancurkan kerajaan merong.

    ReplyDelete
  4. OMG! There are two cenderawasih. The real bird is known as the Bird of Paradise and is found in Papua New Guinea. This is a real bird, with real feathers. There is nothing magical about this bird - no magic stone etc This bird will die like any other bird. Burung in akan mati dan reput saperti burung yang lain.
    The legendary Cenderasih (Cenderawasih legenda) is the Phoenix. This is a magical bird of fire (bulu berapi). When the phoenix dies, it will burst into flames and burn to ashes (jadi abu). After a few days, the phoenix rises again (reborn) from its ashes...
    Cenderwasih/Bird of Paradise is a real bird found in Papua New Guinea. Cenderawasih/Phoenix is a mythical (mitos) bird NOT A REAL BIRD!

    ReplyDelete
  5. Salam sje nk.share...aku bru sje blik dr kelantan...tak di sangaka rezeki balik kelantan membuahkn hasil rezeki..dimana aku dapat sehelai bulu burung cendrawaseh...ia..ujud dan benar...dan bangkai nye elok dan tidak reput...aku rasa..semua ni kuasa tuhan...ia menghidupkn dan ia mematikn..so tak perlu la kita fikir ngetif...apa yg aku dapt tu pun dah kira bersyukur..tak kisah la ia cerita dongengan ke apa ke janji aku dapat benda yg tak pernah aku dapt...zaman sekarng serba moden...dan ramai yg tak tau sejarah lama ..dan sebagainye...so tanyalah org yg mahir tentg burung nie...kadang2 fakta nie auta je bnyk sebb kajian ni bnyk melencong dr yg betoi

    ReplyDelete
  6. Orang melayu ni kuat mendongeng,biasa lah karut marut ni suka dipercayai

    ReplyDelete