Pages
▼
Monday, May 28, 2012
DAP nak bolot jawatan PM kerana Melayu berpecah @dzainalabidin
Perpecahan Melayu adalah punca Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berani menyuarakan tuntutannya secara terbuka memperjuangkan bukan Melayu memegang jawatan Perdana Menteri.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, menyifatkan Karpal menyedari tuntutannya itu tidak logik kerana Melayu adalah kumpulan majoriti di negara ini. Bagaimanapun, Karpal berani bersuara mahukan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri selepas mengetahui kedudukan politik Melayu tidak kuat di negara ini akibat perselisihan pendapat dan pergelutan kuasa.
“Tidak mungkin Karpal boleh bercakap macam itu melainkan Melayu di negara ini berpecah dan beliau jelas tahu apa yang disebutkannya kerana kedudukan politik Melayu tidak macam dulu.
“Cadangan Karpal itu tidak mustahil dan sememangnya boleh berlaku jika Melayu terus bercakaran sesama sendiri dan sejarah sudah pun membuktikannya,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Penyelenggaraan Flet Mutiara Idaman 1 di Jelutong di sini, semalam.
Akhbar sebelum ini melaporkan Karpal sebagai berkata, beliau akan terus berjuang untuk memastikan bukan Melayu memegang jawatan Perdana Menteri dengan alasan tiada undang-undang menghalang orang bukan Melayu memegang jawatan itu, tetapi mengaku tersasul apabila menyatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng harus dilantik sebagai Perdana Menteri.
Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, Fiji adalah contoh terbaik di mana Perdana Menterinya dilantik daripada kalangan kaum minoriti disebabkan perpecahan penduduk asal negara itu kepada 18 kumpulan. Zainal Abidin berkata, UMNO tidak mahu perkara yang sama terjadi di negara ini dan meminta orang Melayu supaya bersatu di bawah parti itu sekali gus memastikan semua orang terbela.
Komen GPB
Selama lebih 54 tahun kita merdeka diperintah 6 PM berbangsa Melayu , kini DAP mahu mencipta sejarah baru nak bolot jawatan berkenaan . Adakah negara akan aman ,makmur seperti dinikmati hari ini jika diperintah bukan Melayu seperti yang DAP mahu ??
Orang Melayu harus membuka mata , setiap undi anda kepada Pakatan akan membawa PADAH kerana bukan Anwar akan jadi PM sebaliknya DAP lahanat ini !!! Anwar sebenarnya akan diterajang keluar DAP ini bila saja mereka dapat kuasa...
Guan Engk nak jadi PM boleh, tapi kena la SUNAT dulu...
ReplyDelete