Pages

Thursday, May 31, 2012

Permatang Pauh lebih baik tanpa Anwar - Part 2


Selama 4 tahun Anwar menjadi wakil rakyat Permatang Pauh , apa yang beliau bantu Sek Agam Rakyat (SAR)  di Permatang Pauh ??   Tak pernah rasanya aku tengok dia pergi beri sumbangan kepada SAR pun.

Yang kerajaan DAP tak habis-habis dok bangga kononnya mereka lah paling hebat beri bantuan kepada SAR di negeri ini . Malah dalam muka surat 5  Buletin Mutiara Haprak , Malik Kassim bukan main lagi gah mendakwa peruntukan kerajaan regim disumbangkan adalah sebanyak RM 1.75 juta setahun . Ia disalurkan untuk meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran di sekolah .





 
Di sini GPB agak musykil bagaimana DAP boleh dok sembang deraih  kononnya peruntukan SAR bertambah  . walhal  SAR Abu Bakar Ass Siddiq di Taman Guar Perahu  dibantu Pemuda UMNO yang datang menghulurkan  3 projektor  untuk kemudahan  pembelajaran .

Ini menampakkan jumlah  peruntukan berkenaan untuk sekolah agama rakyat yang melebih 100 buah di P.Pinang tak mencukupi .  Bila nak agih peruntukan  ke setiap sekolah , berapa la sangat yang  dapat ...

Tambah-tambah sekolah SAR Taman Guar Perahu ini bukan dikuasai puak-puak PAS  ,dan mereka hanya control kariah masjid saja di taman berkenaan .


Kapal terbang terbesar dunia Airbus A380 Malaysia Airlines di KLIA





Ketibaan Airbus A380 dilihat sebagai permulaan baharu dan lembaran kejayaan bagi Malaysia Airlines (MAS).
Pasukan MAS yang terdiri daripada eksekutif tertinggi mereka sehingga kaki tangan dan anak kapal berdedikasi telah berkerja 24 jam untuk menerima penghantaran pesawat penumpang terbesar dunia ini.
Pada 3.55 pm, pesawat itu akhirnya tiba di KLIA, dengan sambutan meriah pekerja MAS.
Ketua pegawai eksekutif kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya, yang mengetuai penerbangan pertama superjumbo itu selepas menerimanya daripada pengeluarnya di Toulouse, Perancis berkata kehadiran kumpulan pesawat A380 akan memberi MAS laluan kukuh untuk menawan semula hari-hari kegemilangannya.
"Kumpulan A380 akan menjadi yang terbaharu di rantau ini. Kami juga akan memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang kami percaya adalah lebih baik daripada pesaing kami," kata beliau ketika ditemubual dalam pesawat itu dalam perjalanan pulang.
"Kami sangat mahu menjadi yang terbaik di rantau ini lagi dan kami sedang berusaha keras dengan kedua-dua inisiatif jangka panjang dan jangka pendek, untuk mencapai objektif ini," katanya.
Dengan objektif yang telah diatur, Ahmad Jauhari, dengan pasukannya mengambil waktu yang panjang untuk memeriksa pesawait itu bagi memastikan semuanya sempurna.




Menurut laporan Bloomberg awal minggu ini, tempat duduk kelas pertama MAS adalah lima inci lebih besar daripada Singapore Air.Ini bermakna penumpang MAS yang memilih tempat duduk itu akan mempunyai ruang yang lebih besar daripada tilam katil seorang, dengan tempat duduk sebesar40 kali 87 inci.
Pengurus Kawasan UK & Ireland MAS Yuzrizal Mohd Yousuf berkata laporan itu sebagai salah satu daripada inisiatif untuk meletakkan kembali kedudukan pesawat itu sebagai pendahulu dalam pasaran premium.
"Dengan A380 baharu itu, kami menjangka sekurang-kurangnya 3,000 tempat duduk tambahan akan dijual pada tempoh Julai/Ogos. Permintaan bagi tempat duduk pesawat A380 adalah tinggi, dan kini, dengan hanya satu bulan sahaja lagi, angka kami menunjukkan bahawa 80 peratus daripada tempat duduk yang ditawarkan telah dibeli," katanya.
"Ini adalah petanda bahawa pesawat baharu ini akan meningkatkan reputasi MAS yang telahpun dipandang tinggi oleh pasaran UK sebagai salah satu pembekal perkhidmatan penerbangan terbaik," tambah beliau.
Beberapa hari akan datang adalah amat penting bagi A380 itu kerana ia akan menjalani latihan penuh dengan ratusan kakitangan dan anak kapal MAS akan terlibat dalam program penyesuaian dan penerbangan ujian yang akan merangkumi semua aspek penerbangan daripada daftar masuk sehingga ketibaan.
Pesawat ini akan kembali ke Toulouse untuk kemasan terakhir pada 6 June, dengan warna dan hiasan korporat MAS yang baharu dan semua perkara teknikal akan diselesaikan.Kemunculan komersil pertama superjumbo itu ditetapkan pada 1 Julai dengan perkhidmatan KL-London tiga kali seminggu (MH002/MH003) sebelum memulakan penerbangan harian pada Ogos.
Malaysia Airlines akan turut memperkenalkan A380 pada laluan Sydney-Kuala Lumpur mulai 25 September pada perkhidmatan harian MH122/123, bagi menggantikan jadual semasa menggunakan pesawat Boeing 747-400. - BERNAMA


Komen GPB : Cantik ...harap suatu hari nanti dapat naik ..hehe

Wednesday, May 30, 2012

PANAS ! Nizar disiasat polis akta Hasutan kritik Sultan Johor !




Polis Johor berkata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin akan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan berkenaan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor.

Polis Johor menubuhkan satu pasukan petugas untuk menyiasat selepas lima laporan dibuat di negeri itu berhubung perkara berkenaan sejak semalam.
Laporan The Star menyebut, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan bahawa pasukan petugas telah memulakan siasatan.
“Kami akan menyiasat perkara ini secara telus dan profesional. Marilah kita menjalankan tugas tanpa sebarang tekanan yang tidak wajar untuk memastikan keadilan dilakukan untuk kedua-dua pihak,” katanya.

Kelmarin, Nizar mengkritik mengenai bidaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar untuk mendapatkan WWW 1, menerusi akaun Twitter beliau.
Sultan Johor membida nombor itu pada harga RM520,000.
Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsul Bari Jamali menambah, Nizar sepatutnya perlu meneliti fakta sebelum membuat sebarang komen.
Beliau berkata, kerabat diraja  Johor sentiasa bermurah hati untuk menderma kepada Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim bagi membantu pembangunan negara dan memperbaiki hidup rakyat.
Dalam mesej Twitter lewat kelmarin,  Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.
"Kerabat diraja Johor tidak ambil wang kerajaan. Sejak era Almarhum Sultan Ibrahim," titah baginda menerusi mesej Twitter lewat semalam.
Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai kerajaan negeri.
Dalam mesej itu, baginda juga bertitah bahawa wang yang diperuntukkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dan baginda sendiri dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.
"Tujuan yayasan-yayasan ini ialah untuk membantu rakyat dan untuk membantu Kerajaan Negeri Johor," kata Tunku Ismail sambil menambah, baginda sendiri, sejak menjadi Raja Muda, tidak mengambil "satu sen pun daripada kerajaan, sehingga ke hari ini."
Laman web jabatan Pengangkutan Jalan (www.jpj.gov.my) semalam mengatakan Sultan Ibrahim  sebagai pemenang dan mengalahkan 9998 orang yang membida no plat WWW1 dengan tawaran kemenangan sejumlah RM520,000.

Tuesday, May 29, 2012

Bukti Azmin korup, Anwar salahguna kuasa arah BPR tutup kes !







Tudia ...Anwar -Azmin rupanya  taik rasuah sejak dalam kerajaan lagi . Kekayaan luar biasa Azmin - Shamsidar adalah  hasil bantuan bosnya iaitu  Anwar Ibrahim yang ketika itu berkuasa semasa menjadi TPM  .  Azmin diselamatkan oleh Anwar daripada diteruskan siasatan oleh BPR .


Lagi salahgunakuasa oleh Anwar ketika menjadi TPM  untuk menutup isu rasuah orang kanannya termasuk lah buah hatinya Shamsidar .  Hari ini Anwar tuduh UMNO dan BN rasuah tapi sebenarnya dia lah bapak segala rasuah !




AIDCNews – 29/05/12 – Satu kenyataan daripada pengawai penyiasat BPR didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) di dalam lamannya hari ini menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung memberi arahan kepada Ketua Pengarah BPR Datuk Shafee Yahaya supaya menutup kes rasuah Azmin Ali.

Siasatan kes itu berlaku pada tahun 1995, di mana ketika itu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Azmin Ali adalah Setiausaha Sulitnya.

Kenyataan pegawai BPR yang asal :

Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995.

Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku.

Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.

Disini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pesgawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia.

Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.Kronologi KesSiasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang di tandakan sebagai Lampiran A).

Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam. Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.

Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lapiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke?

Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya di keluarkan di bawah seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada Azmin Ali. Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan biasa, bukan setakat Notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk siasatan BPR.

Knowing how BPR’s style of work. Besar atau tidak pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalu bukan Anwar Ibrahim) dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.Now, what is the legal implication when Azmin voluntarily declare his asset?

Meaaning to say he is not bound for any criminal prosecution under Prevention Corruption Act and Penal Code if the Public Prosecutor satisfy as to how Azmin having an unexplain excessive property.Diketika itu, kami yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.

Namun saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya bagi memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (limat minit No. 2 bertarikh 20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk memeriksa pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at para 6 of the minutes).

Usaha mendapatkan Notis Berjaya dan lihat Minit-Minit bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei 1996.

Rujuk m init 10, lihat bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada TPM dengan minitnya bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu di bawah pimpinan beliau yang mana Datuk Shafee sering menekankan integrity di kalangan kami.

Akhirnya lihatlah minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh Dato’ Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu.

Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin adalah diluar kemampuannya.Dramatiknya selepas itu, Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk Shafee atas arahan Anwar Ibrahim.

Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has violated a law when personally instructed this investigation to be closed.

Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16) “Telah maklumkan kepada YAB TP” dan beliau menulis “KUS”. Perkataan KUS bermakna Kemas Untuk Simpan. Ia adalah terminology yang digunakan oleh BPR dan Polis apabila suatu siasatan itu telah siap dan tiada tindakan lanjut.Perbuatan Datuk Shafee ini melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya.

Namun oleh kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own agency dan terutamanya Rakyat Malaysia.Di bawah ini tuan-tuan bolehlah tatapiu pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995 Datuk Shafee telah hilangkan Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali.

Pengisytiharan harta secara secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan baca daripada Fakta kes pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran D. Jangan tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar sahaja ketika itu sudah melampaui RM7 juta lebih.

Seorang sururumah tangga amat kaya dan dikayakan oleh Anwar.Sebab itu apabila Anuar Shaari memberi dokumen-dokumen pemilikan saham Shamsidar dan Azmin untuk siasatan lanjut, apakah ,masyarakat buta? Saya dapat download dokumen-dokumen itu melalui website dan silalah baca sendiri.

Orang seperti Datuk Shafee telah merendahkan martabat BPR dan lihat peyamun yang diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka kepada Negara. Banyak kerosakan telah dilakukannya. I need not to explain more about this.

Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti Datuk Shafee.Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas Azmin Ali Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsida (hanyalah seorang surirumah) pada tahun1995.

Siasatan dibuat ke atas Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak hasil daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa memegang jawatan Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut. Ketika Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia.

Berdasarkan maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan telah dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji Azmin hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah iaitu rumah pertama:double storey banglow di Setapak harga RM284,118 dengan deposit sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75.

Manakala rumah kedua:rumah berkembar di Taman Melawati harga RM210,000 dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM1,110.35. Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah sebanyak lebih kurang RM4,500.00. Ini sahaja dan menunjukkan hutang Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin mendapat wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini??

Bukan itu saja, tak mungkin semua gaji Azmin di gunakan untuk membayar hutang rumah?? Bukankah ini sahaja dah mencukupi menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira lagi dimana Azmin mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah-rumah tersebut.Siasatan yang dijalankan oleh BPR juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu BMW no plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 dimana bayaran deposit sebanyak RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan.

Kereta kedua pula Proton Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700. Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar. Mana tak nya klu dilihat gaji setiausaha sulit TPM pun pada masa tu baru RM2 ribu lebih.Saham yang dimilik oleh Azmin dan isterinya juga umpama seorang bisness man.

Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham di dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta. Itu tak termasuk baki-baki didalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah RM300 ribu lebih. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup dengan sedemikian??

Tetapi perkara yang paling membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan memang jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta yangberlebihan yang tidak setimpal dengan pendapatannya.

MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?? ADAKAH ORANG YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT


Untuk makluman, pada waktu itu Ketu Pengarah BPR adalah Dato Shafee Yahya. Dengan nyata skali KP BPR telah membuat satu keputusan yang tak relevan bilamana menghentikan siasatan ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika kita tunjukkan perkara ini kepada budak sekolah pun mereka dapat menilai bahawa tak mungkin dengan gaji RM 2 ribu legih sebulan mampu mempunyai gaya hidup mewah seperti Azmin.

TEETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan siasatan ini? ADAKAH kerana bersengkongkol? Favouritism? Mengikut telunjuk pemimpin seperti Kerbau dicucuk hidung?

Ataupun sama dah NYANYUK????????Kite cube renung-renungkan kembali berkaitan dengan perkara ini dan lihatlah lampiran-lampiran yang diupload bersama. Ingatlah hidup ini hanya perjalanan yang sementara sahaja. Jangan ingat kita terlepas untuk selama-lamanya.SETERUSNYA 














Gaji Nazmi Faiz di SC Beira Mar RM 300K sebulan ??







JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.



Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

“Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.

sumber : http://hannsays.blogspot.com/





Plat WWW : Nizar tak puas hati, persoal wang itu wajar bantu Melayu Johor !


Apa lagi lahanat wal musibat bernama Nizar boneka DAP  ini tak puas hati pasal no Plat WWW 1 yang dimenangi  secara tender  itu oleh DYMM Sultan Johor ?

Apabila didedahkan kebenaranya dari mana datangnya wang untuk memenangi tender ini oleh TMJ semalam di twitternya , Nizar seperti tak mahu kalah & enggan mohon maaf . Hari ini beliau persoalkan lagi bahawa  wang sebanyak RM 520K itu boleh bantu rakyat Melayu Johor .


Adakah Nizar tahu  bahawa  YDP Agong juga membina no plat WWW  ini yang berharga RM 220K ? No plat yang dimenangi baginda ialah WWW 5 . Apakah Nizar juga mengkritik bidaan oleh  YDP Agong sekali ?

Sebenarnya  duit yang dimenangi ini pun masuk ke poket kerajaan juga menerusi JPJ  dan seterusnya kepada kemudahan rakyat .

GPB berharap rakyat boleh menilai perilaku juak2 pembangkang yang jelas cukup biaDAP sama sekali dengan Raja-Raja Melayu . Mereka ini tak layak langsung  memimpin negara ini !


Monday, May 28, 2012

Beza Kerajaan BN & DAP bela peniaga & penjaja kecil @NajibRazak


Semalam di Dataran Merdeka , dia depan ribuan penjaja &  peniaga kecil  Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan berita gembira kepada golongan peniaga dan penjaja kecil iaitu

1 )  menetapkan yuran pendaftaran kali pertama serta pembaharuan lesen cuma RM50 bagi tempoh lima tahun. Kadar tersebut adalah istimewa berbanding bayaran sedia ada antara RM150 hingga RM300.

2)  Bayaran kompaun bagi kelewatan pendaftaran dan pembaharuan lesen juga dikurangkan kepada 50 peratus dan ia akan dilaksanakan untuk tempoh enam bulan bermula 1 Jun hingga akhir tahun ini.

3)  Bagi menjaga kebajikan peniaga dan penjaja kecil   sewajarnya, kerajaan akan meletakkan tanggungjawab itu di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.




“Ini pemberian istimewa untuk golongan terbabit yang dianggarkan berjumlah lebih satu juta orang daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).


“Salah satu rungutan peniaga adalah soal pendaftaran perniagaan. Namun, ia (pendaftaran) adalah proses yang memberi keuntungan kepada peniaga dan penjaja kecil. Jika ada data lengkap, kita mampu memberikan bantuan sewajarnya.


“Sebab itu kita nak kemaskini pendaftaran supaya satu skim insurans berkelompok dapat kita sediakan. Butiran-butiran ini kita akan teliti dan maklumkan kemudian. Jika peniaga jatuh sakit, mereka tidak ada skim perlindungan dan ia membebankan. Maka kita kena fikirkan skim perlindungan," katanya. DS Najib Tun Razak 

Ia berbeza sekali dengan regim DAP di P.Pinang yang jelas menggunakan kuasa diktator mereka menindas peniaga dan penjaja kecil di negeri ini terutama orang Melayu .

Ini lah padahnya bila kuasa diberikan kepada   DAP & Pakatan Rakyat memerintah .




 penjaja kecil di Queensbay 


 penjaja kecil di Bertam  

 kedai motor milik anak muda Jelutong 


gerai peniaga Melayu Taman Pelangi 


Lagi video Bangkang Dari Longkang sindir Pakatan !




Lagi satu video Bangkang dari Longkang yang tepat kepada muka pakatan haram iaitu PKR -DAP-PAS . Memang sindiran tajam giler kepada pembangkang . hahaha... 

" Kita main belakang dulu " ...kalau ada sapa-sapa video kan game kita, kita cakap bukan kita main " 


 Puak2 taksub confirm  mengamuk lagi la kat Johan ....hahaha ..memang itu lah kisah sebenar Pakatan yang hanya berpakat untuk tumbangkan kerajaan BN .

 

DAP nak bolot jawatan PM kerana Melayu berpecah @dzainalabidin




Perpecahan Melayu adalah punca Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berani menyuarakan tuntutannya secara terbuka memperjuangkan bukan Melayu memegang jawatan Perdana Menteri. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, menyifatkan Karpal menyedari tuntutannya itu tidak logik kerana Melayu adalah kumpulan majoriti di negara ini. Bagaimanapun, Karpal berani bersuara mahukan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri selepas mengetahui kedudukan politik Melayu tidak kuat di negara ini akibat perselisihan pendapat dan pergelutan kuasa.

“Tidak mungkin Karpal boleh bercakap macam itu melainkan Melayu di negara ini berpecah dan beliau jelas tahu apa yang disebutkannya kerana kedudukan politik Melayu tidak macam dulu.

 “Cadangan Karpal itu tidak mustahil dan sememangnya boleh berlaku jika Melayu terus bercakaran sesama sendiri dan sejarah sudah pun membuktikannya,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Penyelenggaraan Flet Mutiara Idaman 1 di Jelutong di sini, semalam.

 Akhbar sebelum ini melaporkan Karpal sebagai berkata, beliau akan terus berjuang untuk memastikan bukan Melayu memegang jawatan Perdana Menteri dengan alasan tiada undang-undang menghalang orang bukan Melayu memegang jawatan itu, tetapi mengaku tersasul apabila menyatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng harus dilantik sebagai Perdana Menteri.

 Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, Fiji adalah contoh terbaik di mana Perdana Menterinya dilantik daripada kalangan kaum minoriti disebabkan perpecahan penduduk asal negara itu kepada 18 kumpulan. Zainal Abidin berkata, UMNO tidak mahu perkara yang sama terjadi di negara ini dan meminta orang Melayu supaya bersatu di bawah parti itu sekali gus memastikan semua orang terbela.


Komen GPB 

Selama lebih 54 tahun kita merdeka diperintah 6 PM berbangsa Melayu , kini DAP mahu mencipta sejarah baru nak bolot jawatan berkenaan . Adakah negara akan aman ,makmur seperti dinikmati hari ini jika diperintah bukan Melayu seperti yang  DAP mahu ??

Orang Melayu harus membuka mata , setiap undi anda kepada Pakatan akan membawa PADAH kerana bukan Anwar akan jadi PM sebaliknya DAP lahanat ini !!!   Anwar sebenarnya akan diterajang keluar DAP ini bila saja mereka dapat kuasa...

Video Debat Anwar - Umie di Lembah Pantai lagi hebat !



TU DIA UMMI BELASAH ANWAR! Sampai terkeluar perkataan Sial la, wei penyokong pakatan pokemak yang hati sudah hitam, Ummi cabar depan-depan pun si juburi ni tak berani nak saman dia. 

Mana otak korang ni? 

Kepada Ummi, aku salute kau Ummi, kau memang berani gila! Kalau kau tak yakin aku gerenti kau tak akan berani macam ni punya! Hidup Ummi!


Anak bapak dah muka macam SYAITAN!



Ingat ya semua, Hal Ummi dan Anwar adalah peribadi, tak ada kena mengena dengan UMNO tapi menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk bongkarkan siapa sebenarnya dajjal bernama Anwar ni!

Kenapa Anwar tak saman Ummi? Ummi dah belasah dia tahap babi dah ni, sampai terkeluar perkataan Sial dari mulut anwar. Aku tahu Anwar cukup marah dengan Ummi, kalau ikut hati dia mau saja dia kenakan Ummi semacam mana dia kenakan musuh dia yang lain.

Tapi dia takut sebab kita semua tahu, apa saja jadi kat Ummi sekarang ni, Anwar lah dalangnya. 

BARANGSIAPA YANG MASIH MENYOKONG ANWAR IBRAHIM LAGI, MAKA DIA MEMANG ANAK HARAM!

Kredit to   ParpuKari


Komen GPB 

Nampaknya debat  Umie dengan Anwar di Lembah Pentai    lagi hebat dari KJ dengan Rafizi . Sampai Anwar bengang panggil SIAL !  hahahaha....

Sampai sekarang Anwar tak berani  saman Umi Hafilda  walaupun beliau terang-terang tuduh Anwar berzina dengan Shamsidar bini Azmin . 

Kalau betul tak salah ..saman la seperti dia buat kepada orang lain ...






Shabery kesal pembangkang politikan kemalangan di Hari Belia Negara #HBN2012





Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berharap tidak ada pihak mempolitikkan kes kemalangan yang berlaku ketika acara perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia di sini, tengah malam tadi.
"Kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Kalau tak berlaku di sini, tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain.
"Program ini melibatkan lebih 500 acara dan membabitkan berjuta pengunjung, dan kes sebegini tidak seharusnya menenggelamkan semangat para belia bersukan, bergiat dan melibatkan dalam aktiviti yang sihat," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan di Hospital Putrajaya.
Dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, seramai 17 orang cedera dan empat daripadanya parah, apabila sebuah kereta dalam perlumbaan tersebut terbabas sebelum melanggar penonton yang berada di luar kawasan dibenarkan.
Mangsa yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 20, kerana mengalami sedikit pendarahan di kepala, hati serta limpa, dan Ami Nakim, 27, yang retak kedua kaki dan tangan kiri akibat kemalangan itu.
Mangsa lain, Muhamad Fairuz Jalaludin, 27, sedang menjalani pembedahan ketika lawatan itu manakala seorang lagi dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah.
Ahmad Shabery berkata beliau akan berunding dengan semua pihak yang berkaitan untuk kebajikan mangsa kemalangan tersebut.
"Setakat ini, dari segi perubatan akan dikendalikan oleh pihak hospital dan pihak kami sedia untuk memberi apa jua bantuan kerana yang penting sekali adalah untuk mereka sembuh, jadi kalau ada kos tambahan dan sebagainya, kita akan berunding dengan pihak hospital," katanya.


Sementara itu, keluarga mangsa tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kejadian tersebut dan menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir.
"Nak kata kecewa tu (memang) kecewa, tapi benda dah berlaku, nak buat macam mana, kuasa Allah. Cuma kita berdoa supaya dia cepat sembuh," kata Nakim Bahari, 57, yang merupakan bapa Ami.
Nakim, seorang peneroka dari Gemencheh, Negeri Sembilan berkata beliau juga tidak akan menghalang anaknya meneruskan minat dalam bidang itu selepas ini, dan semuanya bergantung kepada yang empunya diri.
"Nanti kalau kita larang, mereka memberontak, lain jadinya, jadi bergantung pada diri sendirilah," katanya.
Shaari Bujang, 59, bapa Muhammad Iskandar Rasiq pula berkata acara itu merupakan sukan kegemaran anaknya yang sanggup ke mana sahaja semata-mata untuk menjadi penonton.
"Saya menerima panggilan sekitar jam 1.30 pagi tadi (yang memaklumkan kejadian ini). Dia datang ke sini pun saya tak tahu. Memang tak dapat tidur dan resah memikirkan apa yang menimpa anak saya.
"Nak kata marah, tak bolehlah, sebab benda ini dah kesukaan dia. Benda ni pun berlaku bukan kehendak kita, dah takdir. Bukanlah nak mengatakan penganjur tu salah, yang menonton pun lebih kurang sama," katanya. BERNAMA




Komen GPB 


Semoga cepat sembuh adik-adik belia ini .... 

Pandangan Belia : Tak perlu tukar kerajaan, BN terbaik tadbir negara !



Pembangkang mendabik dada mendakwa perhimpunan yang disokong mereka yang bertukar ganas pada 28 April lepas disertai oleh sebahagian besar orang muda yang berumur bawah 40 tahun dan dengan mudah pula mengandaikan kononnya generasi muda menyokong mereka. Benarkah dakwaan dan andaian itu? Banyak pemerhati berpendapat ia tidak benar dan jauh daripada tepat, bahkan andaian itu mengambil mudah dan pukul rata berdasarkan jumlah kehadiran yang didakwa melebihi 300,000 orang sedangkan yang hadir hanya sekitar 22,000 orang. Jadi, apakah alasan untuk belia khasnya pengundi muda dan pengundi pertama kali pada pilihan raya umum ke-13 ini untuk menyokong pembangkang?

 Bagi David Choong, 28, tiada alasan untuk menyokong pakatan pembangkang kerana kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah melayani setiap masyarakat dengan baik tanpa mengira kaum, malah membuka peluang dalam pelbagai bidang kepada orang Melayu, Cina dan India.

 “Apa yang penting ialah awak berusaha sendiri dan mengejar peluang itu dan bukannya menyalahkan orang lain. Percayakah awak kepada janji-janji yang mustahil dibuat contohnya hapuskan tol?” katanya yang mengusahakan perniagaan jual beli emas terpakai milik keluarganya di sini.

 “Saya berani bercakap bahawa kekayaan di negara ini dikongsi semua bangsa sama ada Melayu, Cina dan India atau pribumi lain. Awak lihat senarai orang yang terkaya di Malaysia. Ini meliputi semua bangsa. Ini bukan soal perkauman,” katanya.

 “Kenapa asyik komplain kerajaan. Kerajaan kita bukanlah sampai ke tahap ekstrim sehingga membunuh rakyatnya sendiri,” tambahnya, yang tidak mahu memperjudikan masa depannya dengan membuat pilihan yang salah berdasarkan emosi. Malah, banyak belia berpendapat kerajaan hari ini memberikan tumpuan besar kepada golongan belia dan ini dilakukan secara berterusan.

 Contoh paling ketara ialah Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya dari 23-27 Mei yang merupakan penghargaan besar kerajaan terhadap belia, menyediakan 500 program yang pelbagai, bagi menampung minat mereka dan memberi peluang mereka berekspresi.

 “Tidak pernah ada negara lain di dunia ini yang berani menyerahkan pusat pentadbirannya kepada golongan belia bagi menjalankan aktiviti berfaedah untuk menghargai usaha dan bakat mereka,” memetik kenyataan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Jadi, jika difikir secara mendalam, perlukah belia yang mewakili 45 peratus penduduk Malaysia dengan membabi buta menolak kerajaan yang ada seperti yang dilakukan kumpulan tertentu dalam masyarakat yang mungkin didalangi pembangkang?

 Najihah Amney, 28, seorang graduan Universiti Malaysia Sarawak berkata sokongan kepada kerajaan perlu diberikan untuk meneruskan dan menentukan hala tuju yang betul selepas 54 tahun merdeka di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN). Beliau memberikan analogi seorang ayah yang sudah berpuluh tahun berpengalaman memandu kereta tentulah lebih diyakini oleh anak-anak untuk perjalanan jauh berbanding anak sulung yang baru sebulan mendapat lesen, tambahan lagi perjalanan bagi Malaysia dan generasi mudanya masih jauh dan panjang.

 “Apatah lagi kerajaan BN terbukti berjaya mentransformasi Malaysia sehingga menjadi maju seperti sekarang, tentunya kita tidak bijak jika menggadai masa depan sendiri hanya kerana janji-janji manis yang belum tentu ditunaikan,” katanya.

 Katanya walaupun BN mungkin ada kealpaan atau terlepas pandang dan memang terdapat rakyat yang hidup lebih susah daripada yang lain tetapi keadaan itu bukannya ditentukan oleh kerajaan, tetapi lebih kepada rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

 “Orang yang susah di Malaysia tidaklah hidup sampai kebuluran. Maknanya, dengan bantuan yang kerajaan hulurkan, kita perlulah berusaha menggunakan peluang yang ditawarkan. Jadi kita perlu faham dengan situasi ini,” katanya yang kini menguruskan sebuah rumah anak yatim.

 Pengurus syarikat swasta, Shamsul Idham Abdul Iahad, 38, berkata kenapa rakyat perlu memperjudikan nasib memilih kerajaan yang baharu sedangkan kerajaan yang sedia ada iaitu BN sudah membuktikan bahawa mereka adalah kerajaan yang baik dan menjaga kebajikan rakyat.

 “BN juga memacu negara kepada hala tuju dan membangunkan negara seperti yang rakyat mahukan. Bagaimanapun ketelusan di dalam kerajaan juga satu perkara penting dan perlu diberi perhatian,” katanya. Shamsul berkata cita-cita pakatan pembangkang perlu ditolak kerana mereka sesama sendiri pun tidak mempercayai satu sama lain dan gabungan itu hanyalah untuk kepentingan masing-masing pada masa-masa tertentu sahaja.

Sunday, May 27, 2012

Guan Eng berang kenyataan Tun M,tuduh BN yang lakukan keganasan !

Ah Beng DAP sudah bersuara dan memfitnah BN kononnya yang akan cetuskan keganasan di PRU 13 ini nanti.

Siapa yang sebenarnya yang cetuskan keganasan bila PRU ? Lupakah Guan Eng bahawa parti DAP lah parti yang cetuskan perarakan perkauman hingga mencetuskan tragedi 13 Mei 1969 ?

Lu punya bapak itu nasib baik hidup lagi kerana ehsan kerajaan Perikatan ketika yang isytihar darurat .

Hari ini dia tuduh BN pulak nak bertindak ganas kononnya terdesak pertahankan kuasa .

Perusuh Bersih yang merusuh di Dataran Merdeka hingga memukul polis dan wartawan itu sudah menjadi bukti pakatan rakyat yang cetuskan keganasan jika kalah PRU 13 seperti mana ramalan dan firasat oleh Tun Mahathir

PANAS! Tun Mahathir dedahkan lagi modus operandi Pakatan jika kalah PRU 13 !



Firasat Tun Mahathir memang ditakuti juak-juak Pakatan kerana mereka bimbang rancangan jahat mereka ini diketahui rakyat.  Demontrasi ganas memang rancangan mereka sepertimana BERSIH 3.0 di mana mereka jelas merusuh hingga mencederakan polis ,wartawan dan harta benda awam .

Saifuddin Nasusion iaitu orang kanan Anwar  cuba putar belit kenyataan Tun Dr Mahathir dengan dakwa maksud bekas PM ini adalah  kerajaan yang kalah iaitu BN yang akan buat keganasan .

Anda boleh baca sendiri  artikel terkini Tun M di bawah ini ...ternyata kita lihat siapa yang tipu dan putar belit sebenar .


1. Kita sudah merdeka selama 55 tahun dan telah mengadakan 12 Pilihan Raya Umum. Walaupun parti-parti bukan dari Perikatan atau Barisan Nasional telah berjaya menawan dan mendiri Kerajaan dibeberapa negeri di Semenanjung dan di Sabah, tetapi Perikatan dan Barisan Nasional tidak pernah kalah di peringkat Pusat. Perikatan dan Barisan Nasional terus menjadi Kerajaan diperingkat Pusat, peringkat yang paling berkuasa di Malaysia.
2. Memang pada 1969 Perikatan hampir kalah tetapi kuasa kekal di tangan Perikatan dan akhirnya beberapa parti lawan telah menyertai Perikatan untuk menubuh Barisan Nasional yang terus memerintah.
3. Barisan Nasional menghadapi beberapa masalah dalaman tetapi berjaya mengatasinya dan mengekal kuasanya di Peringkat Pusat. Serpihan dari UMNO yang diusahakan oleh Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim tidak berjaya mengalahkan Barisan Nasional.
4. Pada 2008 kebencian terhadap pemerintahan Abdullah menyebabkan ramai dari penyokong UMNO dan parti-parti komponen lain mengurangkan sokongan kepada Barisan Nasional sehingga lima buah negeri dapat ditawan oleh parti-parti bukan Barisan Nasional. Di peringkat Pusat majoriti Barisan Nasional menurun sehingga tidak dapat menguasai 2/3 dari kerusi Parlimen. Namun Barisan Nasional masih dapat mendiri Kerajaan di peringkat Pusat.
5. Kemenangan yang berturut-turut sejak merdeka melumpuhkan semangat parti-parti bukan Barisan Nasional. Percubaan oleh Anwar Ibrahim untuk menyeludup masuk ke dalam UMNO supaya dapat merebut kuasa dari dalam juga gagal.
6. Yang terpaksa diakui oleh semua pihak, semua rakyat Malaysia dan juga pemerhati asing ialah sehingga kini proses pilihanraya tidak dapat menjatuhkan Barisan Nasional. Majoriti rakyat Malaysia tetap memberi kemenangan kepada Barisan Nasional. Kenapa tidak. Semua terpaksa terima hakikat bahawa Kerajaan-Kerajaan Barisan Nasional telah membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat. Barisan Nasional berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada Negara Malaysia. Tiap seorang dari rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang lebih mewah dan lebih bahagia di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Segala percubaan oleh parti-parti lawan untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap Barisan Nasional dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya.
7. Memandang kepada sejarah Malaysia merdeka dan keputusan- keputusan pilihanraya, parti lawan tentu kurang yakin mereka akan menang PRU 13 dan mendirikan Kerajaan Pusat. Cara demokrasi tidak boleh menjayakan mereka. Melihat penggulingan Kerajaan di Negara-negara Arab, tentulah terlintas di hati pemimpin-pemimpin parti lawan bahawa cara-cara demonstrasi ganas dan berpanjangan lebih mungkin memberi kejayaan kepada cita-cita mereka.
8. Tetapi mereka perlu menunjuk kepada rakyat, dan lebih utama kepada dunia luar bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Malaysia adalah zalim dan menindas rakyat seperti Kerajaan-Kerajaan kuku besi Negara Arab.
9. Maka diciptalah Bersih. Kononnya pilihanraya di Malaysia ditipu oleh Kerajaan Pusat, walau apapun bukti bahawa di Malaysia parti lawan boleh menang dan telah menang berkali-kali jika rakyat menyokong mereka dan sebaliknya di Negara Arab bukan sahaja Kerajaan yang digulingkan tidak pernah kalah tetapi pilihanraya memberi kemenangan 99% kepada pemerintah, masih juga didakwa Pilihan Raya Umum ditipu oleh Kerajaan Malaysia.
10. Kerajaan bertindak untuk meneluskan lagi proses pilihanraya mengikut kehendak parti lawan. Tetapi masih juga dituduh yang Kerajaan menipu.
11. Banyaklah lagi tuduhan kezaliman dan kemungkaran yang dilempar kepada Kerajaan semata-semata untuk memburukkan imej Kerajaan.
12. Tunjuk-tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU 13 jika parti lawan gagal memenanginya. Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihanraya ditolak dan satu Kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan. Kemudian mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihanraya sekali lagi yang boleh dimanipulasi oleh mereka.
13. Sudah tentu sebelum Kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara akan diserang bertubi-tubi dengan demo ganas dan huru-hara. Perancangan dan perusahaan akan diganggu mungkin dengan mogok di sana sini anjuran parti lawan.
14. Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan.
15. Kuasa-kuasa asing akan mengecam Kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemo. Malaysia akan dicap sebagai Police State.
16. Malaysia yang telah memberi banyak nikmat dan kebahagiaan kepada rakyatnya, yang telah diiktiraf sebagai Negara yang termaju di antara negara membangun, Malaysia yang bangun dengan pesatnya akan bertukar menjadi negara yang tidak lagi stabil dan maju, dan tidak lagi memberi kebahagiaan dan rahmat kepada rakyatnya. Mereka tidak percaya dengan demokrasi maka akan hilanglah hak rakyat untuk memilih Kerajaan.
17. Negara ini akan menjadi miskin dan Wawasan 2020 tidak akan menjadi kenyataan. Inilah yang akan berlaku kerana parti bukan Barisan Nasional kecewa tidak dapat ke Putrajaya. Jika dengan cara ganas mereka, mereka berjaya merebut kuasa, percayalah demokrasi akan dihapuskan dan nasib yang buruk akan menimpa Negara tercinta ini.

Saturday, May 26, 2012

Anwar bidas Karpal , label dirinya PM sebenar jika PR menang !



Karpal Singh dari DAP  cakap tetap mahu pejuangkan PM adalah dari bukan Islam  dan kemungkinan Guan Eng akan ditabalkan jawatan berkenaan .  KLIK DISINI

Selepas PAS mengecam kenyataan Karpal semalam menerusi  Dewan Ulama PAS ( klik sini ) serta Nik Aziz yang melabel Pengerusi DAP itu sebagai orang tua.  Hari ini Anwar pulak  cakap dan mendakwa   dirinya adalah PM sebenar jika Pakatan menang di PRU 13 .

Nampaknya sebelum nak tawan Putrajaya lagi , Pakatan yang sebenarnya tak berpakat ini dan bergaduh semata-mata nak berebut  jadi PM .

 DAP mahu Guan Eng , PKR mahu Anwar manakala PAS mungkin mahu Hj Hadi ...  Macam ini ka parti yang hendak kita pilih untuk menerajui Malaysia ini ?

Lingkup habis negara ini ...itu baru jawatan PM pun depa berebut , belum lagi masuk bab siapa nak jadi Menteri Kabinet ...hahaha ..

Percayalah ....Masa depan negara akan GELAP jika puak-puak ini perintah Malaysia...






Irshad Manji mengamuk bukunya diharamkan kerajaan Malaysia !




JAKARTA 26 Mei - Aktivis liberal warga Kanada, Irshad Manji semalam mengecam tindakan Malaysia yang mengharamkan buku penulisan terbarunya berjudul 'Allah, Liberty and Love' dengan menyifatkannya sebagai menghina generasi muda di negara itu.

 "Malaysia mengharamkan buku penulisan saya kerana tidak mahu golongan muda di negara itu terpengaruh dengan isi kandungannya," katanya kepada The Jakarta Post. Karya penulisannya yang berjudul 'The Trouble with Islam Today' sebelum ini turut diharamkan di Malaysia. - AGENSI



** Syabas dan tahniah kepada JAKIM ,kerajaan Malaysia terutama Menteri DS Jamir Khir Baharom bertindak tegas dalam isu buku penulis lesbian Irshad Manji ini yang dijual di negara kita .

 Ini membuktikan kerajaan Malaysia diterajui BN sentiasa peka tentang kegiatan LGBT yang bukan saja mengembangkan aktiviti songsang mereka malah cuba  memesong akidah umat Islam terutama generasi muda .





Kerana Nazmi Faiz, penyokong Malaysia tubuhkan kelab penyokong SC Beira Mar

Adakah kerana Nazmi Faiz bermain di SC Beira Mar di Liga Portugal tertubuhnya kelab penyokong SC Beira Mar ?  jawapannya Ya dan ramai peminat yang menjadi LIKE di fan pages akui kerana bangga anak muda Melayu pertama mewakili negara bermain di sana .

Sebelum ini tak ramai peminat bola sepak Malaysia ini mengenali SC Beira Mar atau Liga Portugal ..tapi kini   kerana Nazmi Faiz ..kelab ini sudah meniti di bibir kaki bola dah .

VIVA NAZMI FAIZ !



Friday, May 25, 2012

Dalang baling batu ceramah Anwar dikenalpasti !


Pemuda UMNO yang jadi Mangsa keganasan PKR di Lembah Pantai semasa ceramah Anwar dan Nurul Izzah


oleh : Politik Harian

Pendedahan ini dibuat oleh Joe Pisang melalui laman blog beliau...

Saya berada di ceramah Ummi Hafilda malam tadi di Pantai Permai, Pantai Dalam yang bersebelahan dengan khemah ceramah PKR yang turut dihadiri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah.

Semasa kedua-dua ceramah berlangsung, tiba-tiba Anwar Ibrahim tak pasal-pasal menjerit "Pemuda UMNO SIAL!"

Tak tipu. Anwar memang cakap macam itu. "Pemuda UMNO Sial" kata Anwar.

Rupa-rupanya dia menuduh Pemuda UMNO baling batu ke kawasan ceramahnya.

Sebenarnya yang baling batu ialah orang PKR sendiri! Lihat bukti seorang pemuda UMNO yang memakai baju Gelombang Merah menjadi mangsa keganasan PKR yang membaling batu ke khemah UMNO malam tadi. Adik ini kena 7 jahitan.



Bukan dia saja yg kena, tetapi pendengar ceramah PKR sendiri turut jadi mangsa


Rupa-rupanya di sebelah PKR pun ada yang terkena balingan, seperti yang dilapor di Malaysiakini.

Saya tak dapat memastikan dengan tepat siapa yang baling. Joe Pisang tak suka menuduh tanpa bukti tepat, bukan macam orang Pakatan Rakyat.

TETAPI!

Sebenarnya, ada beberapa eye-witness yang menyaksikan objek-objek terbang pada datang dari kawasan samseng-samseng AMK berkumpul.

OBJEK TERBANG INI BUKAN SAJA MENGHALA KE KAWASAN UMNO TETAPI JUGA KE ARAH PENYOKONG MEREKA SENDIRI.


REPEAT. ADA SAKSI YANG NAMPAK OBJEK TERBANG DATANG DARI TEMPAT PKR KE ARAH TEMPAT PKR YANG LAIN.

DAN

Takkan lah ada pemuda UMNO yang nak duduk tercongok celah-celah gerombolan AMK!!!!

Ini twit-twit dari eye-witness yang nampak objek berterbangan semasa kejadian.

dari Azrilbangsar:



Tweet semasa time kejadian


dari Zuhri Aziz



Lagi saksi yang nampak objek dibaling dari gerombolan PKR!


Ingat Bersih 2.0, di mana ada seorang yang sengaja berlakon mati, dan kemudian menghilangkan diri apabila dikesan ia hanya satu lakonan. Tetapi penyokong PR percaya habis beliau mati, dan kata polis kejam.

Sama lah dalam kes ini. Mereka baling sendiri, lepas tu letakkan kesalahan pada UMNO. Sedangkan perangai baling-membaling batu, tendang polis, terbalikkan kereta polis, bergaduh ini bukan budaya UMNO. Ia adalah budaya politik baru yang DIAMALKAN PKR DAN KINI DILIHAT SUDAH MENULAR DI KALANGAN UNIT AMAL PAS!.

Berhati-hatilah dengan apa yang anda baca di Malaysiakini. Tolong sebar cerita sebenar ini!