– Hampir 20,000 pengunjung mengunjungi karnival BN Youth Job Fair sempena ulang tahun UMNO ke-66 di perkarangan stadium Nasional Bukit Jalil yang bermula Menurut beliau pesta kerjaya kali ini cukup berlainan berbanding sebelum ini yang mana ianya diadakan sempena ulang tahun UMNO ke-66 dan mempunyai beberapa kelainan lain.
“Oleh kerana kawasan yang terhad, ruang kita pun terhad kepada beberapa syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang hadir sepanjang tiga hari dua malam karnival ulangtahun UMNO ke-66 ini.“
Cuma apa yang kita harapkan orang ramai terus-menerus datang ke karnival ini yang bukan sahaja terdapatnya karnival pekerjaan, malah pelbagai program lain yang saya nampak cukup menarik ,” katanya.
Sementara itu, seorang pelajar daripada Hulu Langat Nurhazirah Rusli, 22 yang mengikuti pengajian jurusan kewangan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) melihat karnival berkenaan cukup baik yang memberi banyak peluang kepada para pelajar untuk mencari bidang pekerjaan yang sesuai dengan jurusan mereka.
“Saya amat menyokong penuh program seperti ini kerana ianya membuka ruang dan peluang kepada pelajar seperti saya untuk mencari kesesuaian bidang pekerjaan yang sesuai dengan jurusan yang diambil. “Kadangkala kita pun tidak tahu skop apa yang diperlukan dan bidang mana yang ada keperluan serta apa kelebihan kita untuk menceburi bidang-bidang pekerjaan tertentu terutama dalam persaingan hari ini.
“Jadi amat bertepatanlah program ini diadakan dan mahasiwa serta para graduan seharusnya mengambil peluang ini untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai khususnya bertepatan dengan bidang pengajian,” katanya.
Sementara itu seorang graduan ketika ditemui pada karnival berkenaan, Ahmad Zairi Azhar turut menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh Pemuda BN itu kerana membuka peluang kepada graduan menganggur untuk mencari pekerajaan.Beliau yang baru menamatkan pengajian pada tahun ini daripada UiTM Sekudai seterusnya menambah karnival seumpama itu perlu diperbanyakkan kerana banyak peluang yang disediakan oleh syarikat yang terlibat.
“Kalau boleh setahun ada empat atau tiga kali pun ok……Ianya memberi banyak faedah kepada golongan seperti saya untuk mencari pekerjaan.
Saya sangggup datang daripada Seremban semata-mata untuk merebut peluang yang disediakan oleh syarikat yang terlibat.
No comments:
Post a Comment