Pages

Saturday, April 21, 2012

Penyerang Arsenal pun lakukan transformasi ...





ROBIN van Persie mengakui dia tidak begitu yakin mampu beraksi sebagai penyerang utama tetapi kini percaya mampu menjadi lebih berbahaya di depan gol.

Kapten Arsenal, Van Persie kini menjadi antara penyerang paling digeruni dunia dan dijangka mencapai angka 40 jaringan untuk kelab dan negara�nya musim ini.

Bintang Belanda berusia 28 tahun itu hanya mula mengetuai jentera serangan Gunners hampir tiga tahun lalu selepas pengurus, Arsene Wenger menjual Emmanuel Adebayor ke Manchester City.

Sebelum itu, Van Persie beraksi sebagai penyerang kedua, tugas yang sering disandang rakan senegaranya, Dennis Bergkamp di kelab itu.


“Itulah perancangannya sejak hari pertama,” kata Van Persie.

“Saya tidak pernah terfikir akan menjadi penyerang utama. Saya tidak pernah menggalas tugas itu sebelum ini. Saya pernah bermain di posisi itu beberapa kali ketika remaja tetapi ia bukan sesuatu yang istimewa.

“Kami hanya mencubanya selepas Adebayor meninggalkan kelab ini,”katanya.

“Pengurus tidak mencari pemain lain kerana yakin saya mampu melakukannya.

“Saya langsung tidak yakin mengenai tugas itu. Saya tidak pasti kerana saya jarang bermain di posisi ini.

“Kemudiannya dalam kempen pra-musim, kami mempunyai perlawanan menentang Inter MIlan. Saya bermain dengan baik dan menjaringkan gol kedua dan beliau memberitahu saya semua yang dirancang akan menjadi.

“Itulah langkah pertama untuk menjadi penyerang utama.

“Kadang kala anda bertanya kepada diri sendiri sama ada anda tidak bagus di posisi itu. Jawapannya hanya datang kemudian.

“Saya kini yakin mampu beraksi sebagai penyerang utama. Saya tidak tahu dan kini percaya. Lihat saja ke mana akhirnya. Lihat bagaimana saya boleh memaksa diri untuk mencapai peringkat maksimum.”

Kehebatan Van Persie menjadikannya pilihan utama untuk bergelar Pemain Tahunan PFA, Ahad ini.

Dia juga menjadi antara penyerang yang mendapat tumpuan dunia dengan kelab seperti City, Barcelona dan Real Madrid turut dikaitkan dengannya.

Van Persie hanya mempunyai baki setahun daripada kontraknya di Arsenal dan mengakui tidak akan membuat keputusan mengenai masa depannya sehingga akhir musim ini.

Penyokong Gunners pastinya khuatir mengenai kehadirannya di hotel pasukan Barcelona menjelang perlawanan Catalan menentang Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara.

Dia dilihat berbual dengan pemain senegara, Ibrahim Afellay dan mungkin bertemu dengan bekas rakan sepasukannya di Gunners, Cesc Fabregas.

No comments:

Post a Comment