Pages
▼
Thursday, April 12, 2012
PANAS ! Jirat Cina pun jadi port line clear untuk melampiaskan nafsu ...
Sepasang kekasih yang kemaruk bercinta sanggup memilih jirat Cina untuk melampiaskan nafsu kerana beranggapan kawasan itu adalah tempat paling selamat tanpa sebarang gangguan.
Malangnya, anggapan itu meleset apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) menyergah pasangan berusia awal 20-an tersebut serta diarahkan beredar ketika melakukan serbuan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di sini awal pagi semalam.
Tindakan yang sama turut diambil terhadap sepasang kekasih lain yang sedang leka melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah kereta Perodua Myvi yang diletakkan di tepi padang kawasan rekreasi tersebut.
Pasangan berusia awal 20-an itu didapati bercumbuan sebelum cermin gelap kereta berkenaan disuluh oleh pegawai penguat kuasa Jaipk menggunakan lampu suluh.
Sewaktu sesi soal siasat dijalankan teman lelaki pasangan terbabit memberi alasan dia mahu menghantar gadis tersebut pulang ke rumah selepas habis waktu kerja.
Bagaimanapun, pasangan itu diarahkan meninggalkan kawasan terbabit selepas diberikan amaran lisan oleh pegawai Jaipk yang bertugas.
Sementara itu, Pengarah Jaipk, Mohd Yusop Husin berkata, seramai 10 pegawai penguat kuasa Jaipk yang menaiki dua van melakukan rondaan cegah maksiat di sekitar taman rekreasi tersebut sehingga jam 3 pagi.
Menurutnya, rondaan berkumpulan itu tidak hanya dilakukan pada waktu hujung minggu atau cuti umum malah turut membabitkan hari biasa.
“Kami memandang serius aktiviti maksiat yang dilakukan remaja Islam di sekitar kawasan tumpuan awam.
“Berikutan itu kami sentiasa kerap melakukan rondaan dan operasi rambang pada setiap masa bagi mengelakkan gejala tidak bermoral itu daripada terus berleluasa.
“Selain itu, kami juga turut melakukan tindakan berdasarkan aduan orang ramai bagi memastikan golongan remaja dan belia terhindar dari aktiviti yang menghampiri zina,” katanya.
No comments:
Post a Comment