Pages
▼
Monday, April 16, 2012
Hang Tuah adalah wujud , berasal dari Sulawesi ??
GPB kagum dengan artikel oleh blogger otai Mahaguru 58 yang berjaya merungkai mengenai asal usul Hang Tuah yang didakwa oleh Khoo Kay Kim tidak wujud dan tiada rekod
Mahaguru 58 menggunakan satu sumber yang paling bersejarah untuk bangsa Melayu di Nusantara ini iaitu Sejarah Melayu atau Salatus Salatin karya Tun Sri Lanang .
Dimukasurat ke 103 dan 104 manuskrip itu disebut dengan jelas akan asal usulnya Hang Tuah itu! Ini saya terbitkan semula akan intipati maklumat yang tertera disana:
~@~
Maka sembah Seri Bija Pikrama, "Tuanku, yang kegemaran paduka adinda itu, jikalau ada budak laki-laki yang baik rupanya dan sikap serta dengan beraninya, itulah yang kegemaran paduka adinda."
Maka titah raja di Gowa, "Budak-budak bagaimana itu? Anak orang baikkah? Atau sebarang orangkah?"
Maka sembah Seri Bija Pikrama, "Jikalau boleh, anak orang baiklah, keraeng."
Setelah baginda mendengar kata Seri Bija Pikrama itu, maka titah raja di Gowa kepada juak-juaknya, "Pergi engkau semua carikan aku, anak daeng baik, anak hulubalang baik; barang yang baik rupanya dan sikapnya engkau ambil."
Maka segala juak-juaknya pun pergilah mencari anak orang, daripada segala kampung dan dusun dicarinya tiada dapat olehnya. Maka didengar nya ada anak raja Bajung yang terlalu baik rupanya dan sikapnya, bapanya sudah mati.
Maka segala juak-juak itu pun pergilah ke Bajung. Setelah sampai, dilihatnya sungguh seperti khabar orang itu, lalu diambilnya, dibawanya kembali mengadap raja di Gowa dipersembahkannya.
Maka oleh raja di Gowa, ditunjukkannya pada utusan itu. Maka titah baginda, "Budak ini berkenankah saudaraku di Melaka, orang kaya?"
Maka dipandang oleh utusan kedua itu, terlalulah ia berkenan dengan gemar nya. Maka sembah Seri Bija Pikrama, "Demikianlah tuanku, yang dikehendaki paduka adinda."
Maka titah baginda, ''Jika demikian budak inilah Orang Kaya, aku kirimkan kepada saudaraku raja Melaka, ia ini anak raja Bajung, daripada tanda muafakat, serta dengan kasihku akan saudaraku raja Melaka, maka aku berikan."
Maka sembah Seri Bija Pikrama, "Sebenarnya lah titah tuanku itu; yang titah paduka adinda pun demikian juga, tuanku. "
Adapun anak raja Bajung itu Daeng Merupawah namanya; umur nya baru dua belas tahun. Diceriterakan orang yang empunya ceritera, sudah dua ia membunuh, mengembari orang mengamuk di negeri.
Setelah keesokan hari, maka utusan kedua itu pun naiklah mengadap Raja Mengkasar, didapatinya raja di Gowa telah pepak dihadap orang.
Maka Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun duduk menyembah. Maka oleh raja di Gowa utusan kedua itu dipersalini dengan sepertinya. Maka keduanya menyembah.
Maka titah raja di Gowa, "Katakan kepada saudaraku, Orang Kaya, akan Daeng Merupawah ini petaruhku Orang Kaya kedua kepada saudaraku, Raja Melaka. PerHamba ia baik-baik, dan kalau ada sesuatu yang dikehendaki oleh saudaraku, Raja Melaka, dalam Mengkasar ini menyuruh ia kepada aku." Maka sembah utusan kedua itu, "Baiklah tuanku."
Setelah itu maka kedua utusan itu pun bermohonlah, lalu turun. Maka surat dan bingkisan pun diarak oranglah dengan selengkap alatnya, dengan segala bunyi-bunyian.
Setelah datang ke perahu maka surat serta bingkisan itu disambut oranglah, disirupan. Maka segala yang menghantar itu pun kembalilah; maka Daeng Merupawah serta dengan Seri Bija Pikrama, maka kedua buahnya itupun belayarlah kembali.?*
Hatta berapa lamanya di jalan, maka sampailah ke Melaka. Maka dipersembahkan orang kepada Sultan Mansur Syah, mengatakan Seri Bija Pikrama telah datang.
Maka baginda pun keluarlah, semayam dihadap segala Orang Besar-besar dan hulubalang sida-sida, bentara, biduanda, Hamba raja sekalian. Maka surat itu disuruh baginda sambut dengan istiadatnya. Maka Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun bersama sama baginda, serta membawa Daeng Merupawah.
Setelah sampai ke balai, maka surat disambut bentara dipersembahkan ke bawah duli baginda; maka disuruh baca kepada khatib.
Setelah sudah dibaca, maka Sultan Mansur Syah pun terlalu sukacita mendengar bunyi surat Raja Mengkasar itu.
Maka Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun naik menjunjung duli, lalu duduk mengadap kepada tempatnya sedia itu; maka Daeng Merupawah pun dipersembahkan ke bawah duli dengan segala pesan raja Mengkasar itu semuanya dipindahkannya.
Maka Sultan Mansur Syah pun terlalu suka, serta berkenan baginda memandang rupa dan sikapnya Daeng Merupawah itu. Maka titah baginda, "Bagaimana maka Raja Mengkasar berkirimkan anak raja Bajung ini? Dilanggarkah raja Bajung maka anaknya tertawan ini?"
Maka sembah Seri Bija Pikrama, "Tiada tuanku, Raja Mengkasar bertanya kepada patik akan kegemaran duli tuanku maka patik katakan gemar akan budak yang baik rupa." Maka semuanya perihal ehwalnya habis dipersembahkannya ke bawah duli Sultan Mansur Syah.
Maka baginda pun suka, serta Seri Bija Pikrama dipuji baginda. Maka Daeng Merupawah itu dinamai baginda Hang Tuah, itulah asal Hang Tuah; maka dipeliharakan oleh baginda dengan sepertinya, terlalu kasih baginda akan Hang Tuah, maka dianugerahi akan dia sebilah keris terupa Melaka dengan selengkap perhiasannya.
Adapun Hang Tuah selama ia di Melaka, tiada lain kerjanya, hanya berguru akan ilmu hulubalang. Barang siapa yang lebih tahunya dimasukinya; adalah kepada zaman itu tiadalah dua orang-orang muda sebagainya.
Adapun "Perhangan" ke bawah duli Sultan Mansur Syah yang setelah sudah pilihan delapan orang, iaitu Hang Jebat, dan Hang Kasturi, dan Hang Lekir, dan Hang Lekiu, dan Hang Ali dan Hang Iskandar, dan Hang Hassan, dan Hang Hussin; dan tua-tuanya Tun Bija Sura, menjadi sembilan dengan Hang Tuah.
Sekaliannya berkasih-kasihan, muafakat, sama berilmu, tetapi kepada barang main tewas semuanya oleh Hang Tuah. Demikianlah diceriterakan oleh yang empunya ceritera.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Demikianlah terteranya maklumat berkenaan Datuk Laksamana Hang Tuah yang berasal dirinya dari Makassar dan bernama Daeng Merupawah, putera Raja Bajung.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kenapa tidak diadakan kajian yang sempurna mengenai asal usul pahlawan Kesultanan Melayu Melaka ini dan dibiarkan orang mempertikaikan kewujudannya?
Apa guna kita mempunyai segala macam jabatan dan kementerian serta perbadanan muzium itu dan ini jika perkara sepenting ini yang melibatkan jatidiri dan maruah orang2 Melayu terbiar diperkotak-katikkan orang sebarang?
Apakah tidak terasa terhina bilamana disangsikan tentang pernah wujud ke tidak pahlawan Melaka yang terbilang itu dan dikatakan cuma mitos tidak berasas sama sekali?
Sekiranya tidak mahu dikatakan bahawa Hang Tuah 5 sahabat itu berasal dari Negara China dan terdiri dari sebahagian rombongan Puteri Hang Li Po, maka bersegeralah wahai pihak yang berkuasa berkenaan melakukan kajian secara terperinci akan apa yang terakam didalam manuskrip Salatus Salatin dan jalankan kajian tentang apa yang diceriterakan didalam manuskrip berkenaan bahawa Hang Tuah itu asalnya adalah bernama Daeng Merupawah, putera Raja Bajung!
Raja Gowa yang diceriterakan didalam Hikayat Salatus Salatin itu memang Wujud dan Istana Kesultanan Gowa itu kekal sehingga kehari ini.
SETERUSNYA
ramai yg mempertikaikan status HANG TUAH sebab tak mau cari info dgn lebih mendalam...
ReplyDeleteapa2 pun aku hidup dgn memegang prinsip SEMANGAT JEBAT...
pejuang hamas...
Nak percaya bolih,tak percaya pun bolih.Yg pentingnya apadia amalan kebajikan yg telah dilakukan olih tokoh tersohor itu.
ReplyDeletekalau mat saleh percaya ada santa claus .. tooth fairy dan bagai... tapi satu dunia pon percaya (bukan islam je percaya) tetapi maksud aku kenapa cina lahanat yg mengaku diri dia pakar sejarah.. nak ubah kenyataan seperti hang tuah tak wujud la bagai...pergi mampos sama dia .. apa yg nak aku ceritakan pada anak aku bila dia dah besar... kalau aku pergi melaka pon kubur hang jebat pon kat belakang rumah cina ... macam sial... aku tak pernah salahkan kerajaan atau menteri, kerana nasib melayu atau nasib rakyat... apa yg aku nampak melayu mudah dilaga-lagakan..mudah menjual tanah mak bapak pada org cina...melayu ngan melayu mudah bergaduh... ada persatuan pon kalau gaduh ngan cina settle open table(penakut)bahasa isyarat pon diambil masa zaman menentang jepun.. bahasa isyarat yg diajar oleh cina.. bukan dicipta melayu. kalau pegawai yg pegang purcahser pulak kalau tak da rasuah x dapat... sampaikan aku nampak org cina india je di suka bagi.. pegawai swasta & kerajaan sama je. kalau bab meniaga kalau boleh semua nak jual.. kalau ada melayu lain meniaga.. nak bunuh perniagaan org melayu lain.. takda sikap bersaing secara sihat secara bantu membantu..butohh laa duduk malaysia .. kalau melayu perangai cam haram.. BAIK UMNO PAS PKR SEMUA NYE BANGANNG bergaduh mcm budak2 .. belajar tinggi2 tapi benganp. dap dari dulu pendirian tak nak negara islam dan hudud..tapi PAS sikit pon tak melawan.. yg si PKR pulak dalam quran dah cakap..tak bole ambil pemimpin yg berzina tapi diangkat juga.. Si umno pulak asik nak berlagak... bini x pakai tudung.. berlagak vip..sekali sekala low profile sikit. kita melayu semua diperkuda oleh si cina kafir harbi dan si keling yg suka toron budak melayu dan bunuh jutawan melayu.
ReplyDelete:)
ReplyDeletesalam hormat kepada tuan empunya blog,
ReplyDeletedan
salam hormat juga kepada anonymous April 16, 9:59AM,
duhai tuan yang bijaksana,
begitu dada rasa berapi,
atas benci yang memakan diri,
begitu dada eluap api,
kelak musnah tiada harga diri,
yang dibicarakan di atas adalah bicaranya Kekanda Tuah yang namanya harum mekar selewat Isyak hingga sehabis Subuh sampai dinihari,
ucapan ribuan dan jutaan terima kasih daripada kami bagi pihak Kekanda Tuah berucap salam penuh kasih dan sayang keatas ingatan tuan penulis yg masih sudi berbicara akan hal dan perihalnya Tuah; selawat dan salam juga yang terutamanya kepada Baginda Muhammad dan ahli keluarga Muhammad serta seluruh sahabat Nabi Muhammad dan para anbiya yang terdahulu,
saudara kami anonymous April 16, 9:59AM,
usahlah saudara lari bertindak seakan mahu lari dari ibu pertiwi, kelak kami tiada lagi rakan sepersaudaraan seperti saudara di samping kami,
melayu punyai bahsa isyarat-nya yang tersendiri,
melayu punyai adab sopan dan peradaban yang tinggi,
melayu punyai jati diri yang tinggi,
se-awal 'Bismillahirrohmanirrahim', pukul di angin terpagar diri musuh meraba-raba tercari-cari!
~THE LOST TRIBE OF BANI JAWI
CCBJ Kuala Gula, PERAK.