Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri yang baru, Teng Chang Yeow yakin akan dapat memenangi semula sokongan rakyat di negeri ini terhadap BN.
Chang Yeow berkata, walaupun tugas berkenaan dilihat sukar dan penuh cabaran namun dia akan sedaya upaya mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada BN.
"Saya bukan sahaja kena berhadapan degan Ketua Menteri,Lim Guan Eng malah saya juga perlu berdepan dengan parti pembangkang yang lain.
"Namun cabaran itu akan ditempuh bersama dengan rakan-rakan dalam Barisan Nasional yang lain agar kami dapat semula mentadbir negeri ini,"katanya ketika ditemui media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa Kerja BN disini semalam.
Dalam pada itu, Chang Yeow berkata,hanya beberapa perubahan kecil sahaja yang akan dilakukan didalam jawatankuasa kerja BN memandangkan jawatankuasa sedia ada yang dipimpin oleh Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan telah mantap dan mempunyai semangat pasukan yang kukuh.
Menurutnya,beberapa jawatankuasa kerja baru akan ditubuhkan bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
"Apa yang saya akan lakukan adalah memperjelaskan lagi skop tugas jawatankauasa kerja supaya kerja-kerja lain dan peranan-peranan lain akan dapat diperkukuhkan misalnya dari segi publisiti dan teknologi maklumat.
"Perkara ini akan diberi perhatian oleh jawatankuasa ini agar kita dapat memberikan tumpuan yang jelas terhadap setiap perkara terutamanya dalam menghadapi pilihanraya," katanya.
Komen GPB
Bakal CM baru P.Pinang dah sedia untuk berdepan Guan Eng dan regim DAP
No comments:
Post a Comment