Pages
▼
Saturday, March 17, 2012
Kereta Proton P3-21A guna ciri Eropah & sentuhan pakar BMW !
- Kereta terbaharu Perusahaan Otomobil Nasional Bhd. (Proton), P3-21A memiliki sentuhan pakar yang pernah terlibat dalam proses menghasilkan kereta BMW iaitu Dr. Wolfgang Karl Epple.
Beliau merupakan Pengarah Projek Kanan Proton dan mengetuai proses pembangunan model baharu tersebut yang dijangka mula dijual kepada umum hujung bulan ini.
Menurut Epple, walaupun penghasilan P3-21A tidak menggunakan teknologi yang sama seperti pengeluaran kereta BMW, tetapi penekanan terhadap konsep kerja dan idea adalah sama dengan syarikat pengeluar kereta dari Jerman.
Beliau yang pernah menjawat jawatan pengarah projek BMW di pelbagai negara memberitahu, P3-21A boleh disifatkan sebagai model Proton yang sangat mengutamakan keselamatan, prestasi, keselesaan dan reka bentuk.
"Model ini mengambil ciri-ciri kereta Eropah, berbanding model sebelumnya yang mengambil konsep kereta Jepun," katanya kepada pemberita di Pameran Automotif Proton, POWER OF 1, di sini hari ini.
Epple mempunyai pengalaman selama 25 tahun bersama BMW dan pernah terlibat sebagai Pengarah Projek dalam penghasilan beberapa model BMW 3 Series (E90) dan 5 Series (E39).
Jelas beliau, bagi P3-21A, tempoh penghasilan dari peringkat awal sehingga pengeluarannya memakan masa selama 21 bulan, malah reka bentuk awalnya di dilakukan oleh pereka terkemuka dari Itali.
"Saya juga meletakkan kereta ini (P3-21A) sekelas dengan model Ford Focus, Toyota Altis dan Honda Civic.
"Beberapa cirinya dari segi keselamatan dan keselesaan juga telah dipertingkatkan berbanding model Proton yang terdahulu," katanya.
Model yang berharga di antara RM62,000 hingga RM72,000 sebuah itu membabitkan 90 peratus kandungan tempatan.
nyesal aku baru pakai alza...
ReplyDeletemaybe masih ada peluang untuk aku beli keta ni bila bleh bt full settlement alza ni...
TAK TAHAN BRO...
pejuang hamas...
Pegi mabuk lah kete nih...
ReplyDeleteKaau rakyat kena loan 9 tahun, makna harganya mahal dan rakyat tak mampu... nak bagi nampak macam mampu tu yang kena loan lama giler tu...
Sepatutnya buat kete kat ni harganya berpada pada lah siket... paling lama kena loan 2-3 tahun aje...
Boikot aje kete nih...
kepada Anonymous
ReplyDeleteMarch 17, 2012 7:56 AM lu tak mau beli lu punya pasal... lau lu nak buat loan 2-3 tahun lu buat la.... nk murah buat kete sendiri la.... lau tak mau kuar duit, jln kaki......