Pages

Wednesday, March 14, 2012

Anwar tergamam Khairy londehkan sokongan mutlaknya terhadap Israel !



Percubaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk 'membersihkan' dirinya berhubung isu Israel menjadi 'senjata yang memakan diri' apabila kupasan seorang Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sebaliknya menyifatkan Anwar sebenarnya menyatakan sokongan mutlak kepada rejim zionis itu.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang mencelah ucapan Anwar ketika membahas titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini berkata, fakta itu boleh dilihat sekiranya kenyataan Anwar dalam temu bual dengan akhbar Wall Street Journal itu dibaca sepenuhnya dan bukan setakat petikan tertentu sahaja.

Beliau kemudiannya membaca dua petikan kenyataan Anwar iaitu :"I support all efforts to protect the security of the state of Israel" dan kenyataan kedua berbunyi :"...stated that any change to the status quo would remain contingent on Israel recognising the aspirations of the Palestinians".

"Saya faham soal 'contingent' itu tetapi saya hendak tanya kenapa Yang Berhormat Ketua Pembangkang tidak baca sepenuhnya paragraf temu bual dengan Wall Street Journal itu sebab kalau dibaca sepenuhnya, maknanya berbeza.

"Maksudnya kenyataan ini ada dua bahagian. Apabila Yang Berhormat sebut "I support all efforts to protect the security of the state of Israel", itu tidak ada 'contingent', maknanya sokongan itu adalah 'blanket support', sokongan mutlak yang tidak ada syarat kepada kerajaan Israel," katanya.

Berdasarkan laporan WSJ mengenai temu ramah dengan Anwar dalam laman webnya berbunyi: "Dalam temu ramah Anwar menjawab kepada soalan sama ada beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan Israel dengan menyatakan 'sokongannya' untuk 'usaha melindungi keselamatan negara Israel' manakala pada masa yang sama menyokong 'hak sah rakyat Palestin'.

Beliau berhenti sejenak dan berkata akan menjalin hubungan diplomatik dengan kedua-dua negara dan berkata sebarang perubahan status quo akan kekal bergantung kepada Israel mengiktiraf aspirasi rakyat Palestin."

Pertanyaan Khairy itu menyebabkan persidangan dewan yang tenang bertukar kecoh apabila kedua-dua Anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah.

Anwar walaupun nampak tenang menghadapi 'pukulan' itu, cuba membuat serangan balas dengan melontarkan tuduhan-tuduhan liar kepada Khairy.

"Inilah Ketua Pemuda yang boleh berniaga dengan Israel, yang boleh berkawan dengan tokoh-tokoh Yahudi, yang boleh pertahan Apco, yang boleh sokong Perdana Menteri tulis surat kepada Perdana Menteri Israel," katanya yang enggan memberi laluan seterusnya kepada Khairy untuk berhujah.

Keadaan itu menyebabkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta masing-masing bertenang dan duduk.

Terdahulu, Anwar dalam hujahnya mendakwa media kerajaan digunakan untuk menyebarkan fitnah terhadapnya dengan menyentuh pelbagai isu termasuk isu Israel dan kenyataan kontroversinya dalam temubual dengan BBC mengenai isu undang-undang homoseksual.

Persidangan dewan bersambung esok (Hari Ini).-BERNAMA

9 comments:

  1. Ha ha ha ha ha ha.... Itulah pemimpin PR... Bila dah kantoi... Dia akan maki hamun pemimpin BN... Kah kah kah kah...

    ReplyDelete
  2. bagus tindakan KJ

    ReplyDelete
  3. selagi ada PR nak buat undang2 untuk rakyat pun susah... semua kerajaan buat di cemuh tapi pakatan buat yang terang2 kotor kata bersih

    ReplyDelete
  4. Dasar Pee Arrr ... kencing Arrr terhadap org ramai

    ReplyDelete
  5. dah tak boleh nak defend diri sendiri, dia koner kot lain pulak. ha ha cakap saja gah habuk pun tarak.

    ReplyDelete
  6. anwar ni bangkai yg menyerupai manusia yg merosakkan denyut nadi dan iman umat islam di malaysia. hanya allah swt shj yg tahu knp umur dia dah 66 dipnjangkan lagi bg menghadapi penghinaan & aib di atas perbuatannya sndri..air mukanya sudah mmberitahu bahawa jiwanya sakit dn penuh dendam hingga melanggar apa shj di dpn matanya tnpa iman. bau bangkai tdk boleh ditutup..hati manusia yg tertutup pd kebenaran shj yg masih mengangkatnya sbg pemimpin sdgkan dia tidak layak brgelar pemimpin utk umat islam di malaysia..dia menyokong israel utk dpt laba besar utk musnahkan kita rakyat malaysia dlm pru13. jom ramai2 tolak puak2 dajal ini dlm pru13 nnti..aman rakyat malaysia tanpa mereka..

    ReplyDelete
  7. Aww...Inilah dia si chameleon atau sesumpah yg kelentongnya dah tak menjadi!...rakyat dah tahu Anwar telah dikuasai pelobi Zionis-Neocon yg gunakan Anwar sbg budak caturnya mengabui mata rakyat dan pemimpin islam yg masih terpesona dan terpedaya dgn tipu muslihat Anwar!...mereka akan bentuk politik Islam pluralisme-libralisme yg tlh menular di Indonesia dan kini menyusup pula ke Malaysia!...mereka nak bentuk sistem pemerintahan Barat yg terbuka kpd sekularisme-pluralisme agama dgn amalan seks songsang spt gay dan lesbian!... tahniah KJ !...kpd rakan taulan berhati2lah sebelum terlambat dan berwaspada sebelum kecundang!

    ReplyDelete
  8. ikuti apa dia org kata:
    1. mr karpal singh:" anwar ibrahim is created enough trouble
    for the country, anwar ibrahim harus bertaubat!
    2. datuk nalla: "anwar seorang biseksual dan tidak layak
    jadi PM!"
    3. majalah the economics: label anwar sbg chameleon-sesumpah
    4. ds mohd shafiee abdullah: pemimpin yg menjalani kehidupan
    spt "jekyl and hyde"

    ReplyDelete
  9. kata dr chandra muzaffar mengenai anwar pula "Disaster if anuwar is PM!"...kalu sebuah jam omega pun tak leh selamatkan camna nak selamatkan jutaan rakyat Malaysia?...huruhara adalah!

    ReplyDelete