Pages

Friday, February 10, 2012

Boyfriend Eli Wong lari pi Batam ,mengapa lelaki Arab Saudi hina Rasulullah sembunyi di Malaysia ?







Bodoh juga laki tak Arab ini rupanya..  beliau ingat negara Malaysia tempat selamat ke  untuk melarikan diri dari ditahan pihak berkuasa negara mereka .  Kalau boyfirend Eli Wong pun sanggup  melarikan diri dan bersembunyi di Indonesia dari ditangkap PDRM , inikan pulak lelaki yang menghina Nabi Muhammad nak mai ke Malaysia .  


Adakah tok arab ini ada kaitan aliran Islam liberal  dan kini cuba dikembangkan   di Malaysia ? 


Memang masuk lubang buaya la bila beliau menjejak kaki ke negara ini iaitu di KLIA . Orang yang hina Islam dan Nabi ini tak akan selamat hidup mereka .  Lari la ke hujung dunia pun , orang akan jumpa juga dengan kuasa Allah . 


- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang kolumnis akhbar Arab Saudi, Hamza Kashgari, yang dikehendaki oleh kerajaan negara itu kerana dilaporkan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Sumber Interpol memberitahu Bernama hari ini, lelaki itu ditahan polis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang semalam setelah melarikan diri dari negara itu.

Kolumnis berkenaan dilaporkan telah mengeluarkan satu laporan yang menghina Islam melalui twitternya, yang menyebabkan kemarahan rakyat Arab Saudi.

Difahamkan, pihak kerajaan Arab Saudi menunggu penghantaran pulang Hamza ke negara itu.

Menurut laporan media Arab Saudi, Hamza mengeluarkan laporan itu pada hari sambutan Maulidur Rasul minggu lepas dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW dan seolah-olah kedua-dua mereka adalah
sama taraf.

Hamza turut menyatakan ada sifat Nabi Muhammad SAW yang disukai dan tidak disukainya.

Media negara itu melaporkan susulan laporan Hamza, sebanyak 30,000 entri twitter yang marah dengan laporannya dibuat dalam tempoh kurang 24 jam. - Bernama

No comments:

Post a Comment