Seorang pakar arkeologi, pada Jumaat mempertahankan kewujudan Hang Tuah berdasarkan bukti arkeologi.
"Saya percaya tokoh ini wujud. Nama Hang memang sudah wujud di alam Melayu. Panggilan Hang ada di Padang Lawas Sumatera, Indonesia.
"Tetapi nama yang empat orang lagi itu (Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu) mungkin boleh dikaji lagi," kata Yang Dipertua Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.
Beliau berkata meskipun tiada kajian khusus dijalankan, namun kajian arkeologi membuktikan terdapat beberapa penemuan daripada tinggalan seramik atau tembikar yang menunjukkan kesan pada abad ke-15.
"Kajian khusus tidak ada, tetapi kalau makam, ia ada walaupun nama tidak tertulis padanya," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Beliau diminta mengulas mengenai pendapat ahli sejarah Prof Tan Sri Khoo Kay Kim bahawa Hang Tuah tidak wujud dan lebih merupakan tokoh mistik.
Beliau berkata tiada bukti dan rekod tentang kewujudan Hang Tuah begitu juga dengan Puteri Hang Li Po dari China yang dikatakan telah berkahwin dengan Sultan Melaka di abad ke-15. - BERNAMA
Kalau Koo Kay Kim cakap Hang Tuah tak wujud , ini
kubur sapa di Melaka ??
Timbalan Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (Iksep) Melaka, Datuk Dr. Mohd Jamil Mukmin memberitahu, apa yang terkandung dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah bukan berpaksikan khayalan semata-mata.
Menurutnya, watak-watak yang disebutkan di dalamnya adalah catatan dan ingatan terhadap peristiwa yang berlaku pada zaman dan persekitaran zaman itu. Selanjutnya, ia terkesan dalam masyarakat sehingga akhirnya ia direkod secara bertulis oleh penulis hikayat.
“Selain daripada dua kitab itu, di Melaka, makam Hang Tuah juga sudah ditemui dan dibuka untuk kunjungan awam di Tanjung Kling. Begitu juga dengan penemuan sebuah perigi di Duyong.
“Mengapa masih ada yang tidak percaya mengenai jejak Hang Tuah?,” soal Mohd. Jamil yang melahirkan rasa kurang senangnya terhadap golongan yang mahu menafikan kebenaran Hang Tuah.
Apatah lagi dokumentasi hidup Laksamana Hang Tuah dalam hikayatnya bukan sahaja tersimpan baik di dalam negara, malah salinannya mendapat tempat di perpustakaan terkemuka di London dan Belanda sebagai naskhah rujukan dunia Melayu.
“Bukankah setiap catatan yang bertunjangkan kisah ketuanan Melayu dan Islam sering menjadi sasaran perubahan yang dirancang?
“Laksamana Hang Tuah bukan sahaja pahlawan dunia Melayu negara ini, malah seorang tokoh yang diagungkan di seluruh gugusan Melayu Nusantara ketika abad ke-15,” rumus Mohd. Jamil.
Walau bagaimanapun, kisah Hang Tuah seakan hilang jejak selepas Sultan Mahmud Shah dari Melaka berundur ke Johor.
“Sejak itu, nama Hang Tuah tidak dikaitkan dengan sebarang sejarah pembentukan dan perkembangan negeri ini,” kata Timbalan Pengarah Yayasan Warisan Johor, Mohd. Ismail Jamjam.
Menurut pemilik nama pena Zam Ismail itu, walaupun negeri Johor tidak memiliki apa-apa sokongan atau bukti sejarah mengenai kewujudan Hang Tuah, kewujudan pahlawan terbilang itu suatu masa dahulu tetap diyakininya.
“Keraguan tentang benar atau tidak Hang Tuah wujud berpunca kerana kita tidak memahami secara mendalam tentang pensejarahan Melayu.
“Memanglah ada antaranya yang dicedok daripada cerita-cerita lisan namun tidak bermakna kandungannya langsung tidak boleh diberi peluang untuk dinilai semula,” katanya.
Ismail berpendapat, ketika Tun Sri Lanang menulis Sejarah Melayu, tiada orang Melayu lain yang lebih arif untuk merekod apa yang berlaku pada zaman tersebut. Maka, itu adalah sumber paling hampir.
Ismail walau bagaimanapun tidak menafikan tentang perubahan jalan cerita, versi penceritaan dan kecenderungan untuk menokok-tambah dalam pengkisahan cerita lama.
Memandangkan dokumentasi antara penulis hikayat sedunia dahulu kala saling berkait akibat kerancakan aktiviti perdagangan laut, maka pertindihan fakta tidak dapat dielakkan hingga boleh mengelirukan.
Jalan keluarnya adalah dengan menjalankan kajian yang terperinci supaya kedudukan Hang Tuah lebih kukuh dalam pemikiran dan penilaian generasi semasa dan akan datang.
“Panglima Awang yang dianggap dongeng oleh masyarakat kita misalnya, diangkat sebagai figura penting dunia Melayu oleh penulis Barat. Mereka mencatatkan bahawa dia seorang yang berketurunan Orang Laut,” katanya memberi contoh.
“Sebarang usaha memutarbelit cerita tentang laksamana itu sebenarnya didorong oleh keinginan untuk merendahkan ketuanan Melayu di negara ini hingga membuatkan masyarakat Melayu berasa lemah.
“Tindakan memperlekeh ini tidak boleh berterusan,” tegas Ismail yang juga tidak dapat menerima idea yang mengatakan Hang Tuah itu berketurunan Cina. MYNEWS HUB
satu lagi bukti ujudnya Hang Tuah adalah keris Taming Sari milik pahlawan Majapahit yang dianugerahkan oleh Raja Majapahit kepada Hang Tuah kerana kehebatannya dapat mengalahkan pemilik keris tersebut.
ReplyDeleteMenurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.
ReplyDeleteAndaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Winsdtedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.
teirma kasih di atas maklumat ini ...
ReplyDelete