Pages

Friday, January 13, 2012

Asrama roboh ,bukti PKR musnahkan masa depan anak Melayu !

Selepas kerajaan Pas Kedah nak merobohkan Madrasah untuk tujuan komersial , kerajaan regim PKR juga tidak kurang hebatnya menerusi Yayasan Selangor yang mahu merobohkan sebuah asramanya di Kampung Pandan , Kuala Lumpur.

.
Lagi satu bukti kezaliman kerajaan Pakatan yang jelas menghina perjuangan pendidikan anak Melayu.

Di mana suara Adam Adli ,Safwan Anang dan SMM yang selalu menjerit kebebasan akademik ?

AMK PKR tak kan tengok je ? Ini kerajaan diperintah PKR sendiri yang sedang dalam usaha nak musnahkan masa depan pelajar Melayu dengan nak robohkan asrama mereka .





Penyelaras Gerakan Saya Anak Yayasan Selangor (GSAYS), Badrulzaman Baharuddin berkata, tatkala yayasan di setiap negeri berlumba-lumba memperjuangkan kepentingan pendidikan untuk anak Melayu, Yayasan Selangor pula mengambil langkah ke belakang apabila mahu merobohkan sebuah asrama yang telah banyak berjasa.

Katanya, tindakan tersebut bukan sahaja `membunuh’ masa depan anak-anak Melayu di kampung yang mengimpikan pendidikan di sekolah-sekolah terbaik sekitar Kuala Lumpur, malah menyusahkan ibu bapa pelajar.

“Asrama berkenaan tidak lagi mengambil pelajar baru dan mereka yang masih berada di situ adalah yang menuntut di tingkatan tiga, empat dan lima.

“Tiada masalah dengan pelajar tingkatan lima kerana mereka berada pada tahun akhir persekolahan. Namun begitu, nasib pelajar tingkatan tiga dan empat masih kabur sama ada akan terus belajar di sekolah sama atau terpaksa berpindah ekoran rancangan merobohkan asrama berkenaan.

“Ia bukan sahaja menyusahkan pelajar, tetapi juga ibu bapa. Saya sendiri menerima banyak rungutan daripada ibu bapa yang tidak puas hati dengan rancangan berkenaan. Tindakan merobohkan asrama itu menggambarkan pihak yayasan tidak serius memperjuangkan pendidikan untuk anak Melayu di Selangor,” katanya ketika ditemui selepas melawat asrama berkenaan di sini, hari ini.

Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1979 bertujuan memberi peluang kepada pelajar dari kawasan kampung di Selangor melanjutkan pelajaran di sekolah terpilih di sekitar Lembah Klang.

Asrama tersebut terdiri daripada Asrama Tun Dr. Ismail yang menempatkan pelajar lelaki, manakala Asrama Toh Puan Norashikin untuk pelajar perempuan.

Kebanyakan mereka dihantar ke Sekolah Menengah (SMK) Aminuddin Baki, SMK Victoria, SMK Convent Bukit Nanas dan SMK Methodist.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Asrama Yayasan Selangor, Mohd. Zaidi Barkis berkata, rata-rata ibu bapa pelajar tidak bersetuju dengan rancangan merobohkan asrama berkenaan.

“Sekarang ini, Asrama Toh Puan Norashikin telah ditutup untuk dirobohkan dan pelajar-pelajar perempuan perlu menetap di Asrama Tun Dr. Ismail dengan pelajar lelaki.

7 comments:

  1. Kesihan anak2 melayu anak aku juga menjadi mangsa.

    ReplyDelete
  2. Gila celaka punya PKR. Sepatutnya roboh dan bina asrama baru yang lebih canggih dan boleh menampung lebih ramai pelajar.
    CELAKA BETUL KHALID SAMPAH NI.


    lebai Bertuah

    ReplyDelete
  3. Gila celaka punya PKR. Sepatutnya roboh dan bina asrama baru yang lebih canggih dan boleh menampung lebih ramai pelajar.
    CELAKA BETUL KHALID SAMPAH NI.


    lebai Bertuah

    ReplyDelete
  4. tertanya gak mana pegi penghuni asrama yayasan rupanya nak kena roboh. gagap mati esok bakal menimpa azab siksaan dasyat ..amin

    ReplyDelete
  5. kalau ada rezeki, mati besok gagap ni dpt rasa anak cucu kencing atas kubur dia.

    ReplyDelete
  6. Dari FB Alumni Yayasan Selangor
    http://www.facebook.com/groups/adlboys/

    Berikut adalah sms dr sdra Ilham Marzuki (Pengurus Besar Yayasan Selangor) kepada bapa kepada seorang pelajar Asrama Yayasan Selangor yang dicadang utk dirobohkan di Kg Pandan..

    1st sms pada seorang bapa kepada pelajar asrama Yayasan selangor:

    "Masa memohon masok YS; berbudi bahasa, lembut gigi dari lidah. Masa minta pindahkan anak tetapi masih dalam YS, tunjuk biadap & angkuh. Tidak mengenang budi. You're neither Urban nor Rural poor but rich idiots, NOT even eligible in the first place to be considered, let alone be given a place! Ungrateful idiots. Let it be known that you had denied 2 places which rightly belong to 2 rural/urban poor!...Sigh! If you have any "maruah" left, please get out of our sight."
    cc RAS,BAM,ZZ,RI,RA,AI,Nora,Linda,PUU,ARM,ARA,Ros,ZM,AMT

    2nd sms pada seorang lagi bapa pelajar:

    "Dear ...... I've been informed that you shouted and demanded YS management to resigned. I now put it you that if you do not have confidence in us, please get out of our sight. You're not poor and your child was not eligible to be considered let alone given a place in YS...sigh!
    Do you need a sworn statement from YS staff who attended the Majlis which turned to a "Monkey Galore" that you were the trouble maker nombor Wahid in addition to Aina and the unruly Alumni bunch? I'm ashamed of you idiot lots! ..."

    Kepada Dato' Khalid Ibrahim MB Selangor, kebetulan saya adalah bekas pelajar asrama Yayasan Selangor merasa AMAT terhina dgn kenyataan seorang Pengurus Besar yang tidak memiliki akhlak serta PR yg baik seperti Ilham ini.. Rakyat Selangor TIDAK memerlukan pemimpin GLC yang celupar seperti beliau. Tolong beri amaran keras.. dan tolong singkirkan beliau yang kurang ajar ini.

    Pengerusi KITA Selangor
    By: Azmi Othman

    ReplyDelete
  7. Semua ni propaganda BN.ada sebab mengapa asrama ini di robohkn.jgn trlalu prcaya dakyah BN.x prcaya sila berjumpa dgn MB Selangor.

    ReplyDelete