Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada pihak-pihak yang cuba memutar belit kenyataannya berkenaan Israel dalam satu wawancara bersama Wall Street Journal, kelmarin semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya beliau "mengkhianati aspirasi rakyat Palestin."
Ketua Pembangkang menegaskan, pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi dan kenyataannya juga tidak berbeza daripada pendirian dasar luar Malaysia dalam isu Israel-Palestin.
"Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut, malah pastinya digilap dan diperkukuh," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan lewat petang ini - beberapa jam selepas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Laporan Bernama awal petang tadi memetik Muhyiddin berkata beliau meminta Anwar tampil memberi penjelasan tentang komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemu ramah akhbar Wall Street Journal.
Timbalan Perdana Menteri bertanyakan sama ada kenyataan Ketua Umum PKR itu bermakna beliau mementingkan Israel dan menidakkan hak rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi itu.
"Adakah dia (Anwar) lebih mengutamakan Yahudi dan Israel daripada Palestin? Adakah ini pendirian sebenar Pakatan Rakyat, sedangkan kerajaan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel," katanya kepada pemberita di Muar.
Dalam kenyataannya, Anwar berkata, "saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin."
"Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.
"Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati," katanya lagi.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pendiriannya ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan PKR yang menjunjung tinggi prinsip keadilan sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.
"Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara.
"Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27 September 2011 di New York," katanya.
Oleh itu tegas beliau, ternyata dari kenyataan Menteri Luar, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.
"Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.
"Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin," katanya.
Komen GPB
Anwar hormati hak dan keselamatan rakyat Israel !!!..
macam sial la anugerah tuhan PKR ini ! Yahudi laknat yang dok bunuh rakyat Palestin perlu dibela ...
Apa yang penting sangat sampai negara Yahudi ini dibela? Ramai lagi rakyat di Permatang Pauh yang beliau perlu bantu dan bela bukannya Yahudi.
Kalau Anwar nak marah dantuduh orang putar belit kenyataannya , sila lah saman media WSJ . Jangan hanya berani saman Utusan je ...
Biarlah.Takpe.Sayangku ini akan tetap disokong PAS walau apapun yang berlaku.
ReplyDeletejika benar anwar pemimpin besar dan terhormat diluar negara , kenap dia tak desak israel keluar dan berundur dari tanah Palestin yg diduduki secara haram ?
ReplyDeletekenapa mesti palestin mengiktiraf wujud dan hak israel sedangkan israel itu sendiri adalah sebuah negara haram !
kenapa anwar tak kata , israel kena penuhi permintaan palestin terlebih dahulu sebelum meminta palestin mengiktiraf israel ? kerana israel yang menceroboh tanah palestin , bukan palestin yang mengambil hak israel !
anwar memang pandai memutar kata , penipu dan pembelit paling menang ! yg nyata anwar pro israel , sokong israel , iktiraf israel , tanpa sokongan rakan2 yahudi dan zionisnya diluar negara , anwar tak akan mampu menampung perbelanjaan parti PKR pada PRU ke 12 yg lepas ,
anwar kena sokong zionis dan israel demi kelangsungan hayat parti PKR , anwar terhutang budi dengan yahudi dan zionis US !
Bodo sibangsat tua ni! Ko ngn yahudi ko g mmpus la! Ko ckp byk twist kn?! Dasar syaitan bertopengkan islam!
ReplyDeletedia memang bapak syaitan malaysia dan dunia , bahaya dia niii...
ReplyDeletekita berdoa agar ALLAH turunkan BALA didunia ini juga supaya puak2 bodoh yg sokong dia tu insaf dan sedar dan melihat kebenaran....
ReplyDeleteJgn sbarang cakap klu x da ilmu..klu Allah turunkan bala smua akn terima. Istighfar dan banyakkan muhasabah diri. Buatlah apa yang kita mampu untuk menegakkan agama dlm diri sendiri, seterusnya menegakkan lagi syiar agama Islam di dunia ini sebelum malaikat izrail jemput kita kembali kepada Maha Pencipta. Wallahua'lm..
ReplyDelete