Pages
▼
Saturday, January 21, 2012
Adam Adli bangga bergelar budak jahat sejak sekolah rendah
'Api' dalam diri Adam Adli Abdul Halim sudah berputik sejak dari usia 12 tahun lagi, apabila dia berjaya meyakinkan kira-kira 40 rakannya untuk menyertainya memboikot persekolahan selama seminggu.
Aktivis pelajar berusia 22 tahun itu mengimbas kembali bagaimana
Sekolah Kebangsaan Brickfields, tempat dia menamatkan pendidikan sekolah rendah, memaksa kanak-kanak menduduki peperiksaan akhir tahun selepas menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
"Selepas UPSR, pelajar Islam perlu menduduki peperiksaan Sekolah Agama... peperiksaan ini biasanya diadakan selepas UPSR.
"Selain itu, kita sepatutnya menduduki peperiksaan akhir. Jadi, saya bercakap dengan beberapa pelajar dan kami mengambil keputusan untuk tidak pergi ke sekolah selama seminggu," kata Adam dalam satu temubual dengan Malaysiakini.
Sambil ketawa, Adam berkata pihak guru mengadu kepada bapanya, yang ketika itu merupakan yang pertua persatuan ibu bapa dan guru sekolahnya
"Mereka memberitahunya apa yang saya telah buat, tetapi ayah saya hanya ketawa dan berkata kepada saya - pada usia ini, kamu telah buat sesuatu yang orang berusia 30 tahun pun, mungkin tak boleh buat."
Jadi, katanya, apabila dia digantung pengajian oleh pihak universiti baru-baru ini, ia dapat diterima oleh ibu bapanya.
Dan ketika itulah, dia sedar bahawa "ini adalah betul-betul... bukan hanya syok sendiri".
Pada 9 Januari lalu, Adam - pelajar semester kelima pengajian Ijazah Pendidikan dalam Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) - digantung pengajiannya selama 18 bulan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Jawatankuasa disiplin universiti itu menggantung pengajian Adam kerana dituduh menjejaskan nama baik institusi tersebut selepas mengambil bahagian dalam protes menuntut kebebasan akademik dan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada 17 Disember tahun lalu.
Komen GPB
Perangai budak mahasewel Adam Adli sama seperti bapanya iaitu jenis orang yang degil dan keras kepala . Cakap dia saja yang betul ...
itu yang GPB serba sikit tahu tentang latar belakang anak bekas pemandu lokomotif ini.
Dapat BAPAK pulak perangai macam lahanat... sejak kecil lagi dah diajar anak memberontak
ReplyDeleteBak kata pepatah bagaimana acuan begitulah bentuknya, sikap anak tidak akan jauh berbeza dari perangai ibubapa, kita lihatlah disekolah rendah kalau perangai anak yang kurang hajar begitulah sikap bapanya datang sekolah tanpa usul periksa terus balun cikgu pada hal anak dia pencuri.Memang tak salah dah perangai anak ikut perangai bapak...terimalah kenyataan.
ReplyDeleteibu bapanya nanti jangan terkejut jika satu hari nanti dia akan jadi anakku sazali...kerana mengikut dan berlepas tangan dengan sikapnya yang perlu ditegur.
ReplyDeletekenapa menteri pendidikan tinggi ~~ khalid nordin tak buang terus ajer budak adam adli nie. tak payah gantung2 semester dia..suroh dia berhenti saja...budak kurang ajar macam adam adli tak layak jadi saorang guru nanti rosak anak2 kita nanti.
ReplyDeleteBetul tu bro.
DeleteBetul tu bro.
DeleteAku pelik kenapa UPSI masih nak simpan budak ni? Gantung 3 semester saje ?? patutnya dah kena buang dah
ReplyDelete