Pages

Wednesday, December 28, 2011

Sebab utama Adam Adli dan SMM nak berdemo di UPSI didedahkan !

Patut la nak dibuat himpunan haram 16 jam oleh SMM pada 31 Jan ini. Rupanya budak biadap ini takut sangat dengan Jawatankuasa Tatatertib UPSI .

Hal ini kerana , kesalahan dilakukannya ini boleh menyebabkan beliau digantung dan dibuang terus dari universiti.

Memang wajar pun tindakan dikenakan sebab sudah la buat salah memalukan semua mahasiswa, selepas itu tak mahu mohon maaf pulak kepada PM.





Mahasiswa yang terlibat dengan sebarang kegiatan pelampau di luar universiti akan dikenakan tindakan gantung pembelajaran ataupun gugur taraf sebagai seorang mahasiswa.

Timbalan Penasihat Kanan Pejabat Perundangan Universiti Sains Malaysia (USM), Khirul Anuar Che Azmi berkata, hukuman yang dijatuhkan bergantung kepada peraturan yang sedia ada.

“Seorang mahasiswa, Adam Adli yang bertindak menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri, boleh dijatuhkan hukuman dibuang daripada universiti atau digantung pembelajaran selama dua semester.

“Contoh kes itu dipandang sebagai satu kes yang serius dan ia bergantung kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar di universitinya untuk hukuman,” katanya.

Katanya lagi, semua mahasiswa yang ditahan atas kesalahan disiplin akan diadili di peringkat universiti di mana mahasiswa ini akan dibicara dahulu oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar. - UTUSAN


3 comments:

  1. Kesian Pelajar U yg diperalat oleh orang Politik.

    ReplyDelete
  2. terlajak perbuatan tak dapat ditarik lagi , sesal dulu pendapatan , sesal kemudian tak ada gunanya !

    kenapa tak berfikir dalam2 sebelum bertindak menurunkan bendera pemimpin negara ? kenapa tak fikir 20 kali sebelum ceroboh tempat orang?

    mahasiswa , hanyalah pelajar Universiti , esok keluar belum tentu dapat kerja , Adam yang rela diperanjingkan oleh PKR adakah memikirkan semua ini? kata mahasiswa bijak bistari ..bijak kepala otak Adam la !!

    patutnya Adam habiskan study dahulu , lepas tu nak sertai pkr ke apa ..nak sertai DAP ke , lantak ikut suka hati kaulah ! syaratnya habiskan study dulu .

    sekiranya Adam dibuang dari UPSI , pastikah PKR akan menanggung segala hidup Adam ? pastikah DAP akan bantu keluarga Adam ? hutang piutang PTPTN adam adakah mereka akan tolong langsaikan ?

    inilah bahana bila ikut hati muda , ikut hati mati ! orang lama dah pesan sejak dulu , kenapa tak ingat?

    saya sokong sekiranya Adam dibuang dari UPSI , tak guna menyimpan orang sebegini , esok dia jadi guru habislah jahanam anak bangsa dia ajar ajaran sesat , agen barah kepada bangsa ini baiklah ditebas awal2 dan buang kelaut !!

    ReplyDelete