Pages
▼
Saturday, December 3, 2011
Pengacara No 1 Malaysia Aznil Nawawi beri sokongan kepada Najib & UMNO ?
Sempena PAU 2011 , begitu ramai artis terkenal Malaysia hadir ke himpunan parti Melayu terbesar yang berlangsung di PWTC . Petang tadi GPB dan rakan blogger Mat Kilau Penang dalam dok merayau di dalam dewan merdeka , terserempak dengan Pak Nil a.k.a Aznil Hj Nawawi .
GPB tak sangka ikon pengacara No 1 Malaysia ini pun hadir PAU 2011 yang mana hari ini merupakan penggulungan oleh Presiden UMNO iaitu YAB DS Najib Tun Razak .
Adakah Aznil menyokong parti UMNO ?? Sedangkan ucapan Najib ini disiarkan live di TV ke seluruh negara dan sudah tentunya beliau boleh menonton di rumah .
Jawapannya hanya ada pada Pak Nik sendiri ... apapun GPB ucap terima kasih kepada beliau yang sudi hadir ke himpunan keramat orang Melayu ini
Kenyataan media Presiden UMNO selepas berakhir PAU 2011
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO 2011, yang berakhir hari ini, mencapai empat objektif yang ditetapkan dan meletakkan anggota parti dalam keadaan siapsiaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dalam ucapan penggulungannya, Perdana Menteri berkata para perwakilan telah mengarap dengan baik empat objektif yang ditetapkan beliau pada permulaan perhimpunan itu.
Objektif pertama ialah beliau mahukan perhimpunan itu menggambarkan UMNO satu parti yang ampuh dan bersatu serta menyakinkan berjuta rakyat dan pengundi bahawa UMNO adalah sebuah keluarga dan sebuah organisasi politik serta teras politik tanah air dalam keadaan kukuh dan padu.
Objektif kedua pula, beliau mahukan perhimpunan itu membuktikan UMNO sebagai sebuah parti bermaruah dan berada dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya.
“Objektif ketiga, saya ingin supaya melalui perhimpunan ini kerajaan mendapat sokongan gagasan kita untuk membawa perubahan yang besar kepada negara kita yang kita gagaskan sebagai pelan transformasi nasional,” katanya.
Katanya tujuan perhimpunan itu juga adalah bagi mendapat mandat sepenuhnya daripada perwakilan untuk menjayakan pelan transformasi berkenaan.
Dalam objektif keempatnya, beliau mahukan perhimpunan itu menjadi pengisian dan memberi isyarat serta mesej yang jelas bahawa 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyatMalaysiaboleh meletakkan keyakinan bahawa UMNO akan membawa negara dan rakyatnya ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
Najib berkata perhimpunan kali ini juga telah mencipta satu sejarah apabila ia diakhiri dengan satu ikrar atau bai’ah yang diketuai oleh timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk sumpah setia dan taat kepada parti dan pemimpin.
Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan kekalahan UMNO pada pilihan raya lepas adalah disebabkan oleh anggota yang mengkhianati parti.
“Seperti yang disebut dalam ucapan Muhyiddin, kita perlu ada semangat berpasukan sebab bila kita analisa kekalahan dulu (pilihan raya umum 2008) kita kalah kerana ada orang UMNO yang mengkhianati partinya sendiri, betul tak?”, kata beliau dan disambut laungan daripada semua perwakilan dan pemerhati yang mengiyakan kata-katanya itu .
Beliau berkata jika semua anggota UMNO taat dan setia kepada parti, BN akan menang pada bila-bila masa kerana kekuatan dan perpaduan anggotanya.
“Bila balik ke kawasan kelak, janganlah meluat tengok muka Ketua Bahagian dan Ketua Bahagian pun bila tengok muka timbalannya, jangan pula ingat dia nak ambil jawatan ketua bahagian,” katanya.
Najib berkata semua anggota parti haruslah insaf dan sedar bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana jika UMNO tewas dan tersungkur, maruah agama dan bangsa juga turut binasa.
“Ini tanda transformasi besar parti telah bermula, pada detik saat ini, ketika bersejarah ini dalam dewan ini, ambillah seruan Allah (swt).
“Hendaklah kita bersiap sedia dengan segala kekuatan yang ada, lengkap diri masing-masing, turun kemedanjuang sebagai satu saf yang padu, pasukan yang kukuh, barisan yang kuat dan jemaah yang ampuh”, katanya.
No comments:
Post a Comment