Pages

Wednesday, November 30, 2011

Pemuda sedia jadi Panglima di barisan depan menentang pembangkang



Menyahut pengiktirafan sebagai 'panglima dan hulubalang', Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan melaksanakan satu gerak kerja khas untuk pilihan raya hingga ke peringkat pusat daerah mengundi pada Disember ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin menegaskan pada sidang media selepas perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011 bahawa program khas itu akan segera dilaksanakan dan melibatkan semua jentera pemuda.

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa berucap merasmikan perhimpunan Agung sayap-sayap parti itu pada malam Selasa memberi pengiktirafan pada sayap pemuda sebagai 'panglima dan hulubalang' bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurut Khairy, “rangka dan strategi itu sudah siap, saya akan pastikan apa yang menjadi cabaran bagi pemuda tadi akan dilaksanakan dan dilunaskan dengan baik dan sempurna.”

Menjawab pertanyaan bagaimana pemuda akan realisasikan penganugerahan itu, Khairy berkata, “ianya satu pengiktirfan bukan untuk kita seronok, bukan untuk kita syok sendiri dengan penganugerahan dan pengiktirfan panglima itu tetapi sebenarnya satu amanah, ada kerja yang akan dimulakan selepas sahaja perhimpunan agung ini.”

“Kita akan adakan kursus khas untuk tugas gerak kerja pilihan raya dan ianya melibatkan setiap bahagian meliputi setiap peti undi, mereka akan tahu tugas masing-masing,” tambahnya.

Khairy juga menganggap pengiktirafan itu merupakan satu cabaran dan amanah sekaligus telah mengangkat taraf dan juga darjat pemuda.

Katanya, “kalau suatu ketika dahulu mungkin kita ini sebagai soldadu biasa yang hanya menaikkan bendera, tampal poster dan sebagainya tetapi apabila diberi pengiktirafan sebagai panglima dan hulubalang, kalau dalam istilah perang atau ketenteraan adalah mereka yang ada tanggungjawab yang besar dengan tugas yang berat untuk memerintah pasukan perang atau bala tentera.”

“Kita terima ini secara positif dan ini juga pengiktirafan bahawa kita bukan lagi pelakon-pelakon sampingan tetapi sebenarnya adalah diberi tugas dibarisan hadapan untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya akan datang,” tambahnya.

Beliau juga menyifatkan pengiktirafan itu adalah hasil dari kerja-kerja pemuda selama ini untuk memastikan bahawa BN dan UMNO dapat diterima dan menjadi pilihan orang muda.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO menyambut baik ucapan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muyiddin Yassin terutamanya penekanan yang telah diberikan mengenai perjuangan UMNO untuk agama, bangsa dan negara yang masih lagi relevan.




Katanya, “apa yang dibangkitkan ialah isu-isu yang menimbulkan kerisauan dikalangan orang Melayu kerana beliau nak ingatkan generasi muda terutamanya pemuda dan puteri bahawa UMNO perlu terus hidup dan perjuangan UMNO mesti kita teruskan supaya bangsa kita terus dibela.”

“Ini adalah satu peringatan pada kita bahawa warisan perjuangan keramat ini sebenarnya terletak di atas bahu kita sebagai generasi muda dalam UMNO dan kita ada satu tanggungjawab yang begitu besar untuk memastikan kelangsungan perjuangan ini dapat diteruskan,” katanya.

Katanya lagi, “bagi saya satu amanah yang besar dan juga sepertimana amanat Presiden yang banyak sentuh tentang persiapan untuk pilihan raya. Ini adalah isyarat yang jelas kepada setiap sayap untuk berada pada tahap siapsiagaan yang tinggi bagi menghadapi pilihan raya akan datang.”

Sementara itu Naib Ketua Pergeakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Razali Ibrahim mahu setiap pemuda termasuk dirinya sendiri yang mendengar ucapan Timbalan Presiden itu supaya tidak melupakan pesanan tersebut apabila keluar dari dewan persidangan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang sikap sesetengah perwakilan yang mendengar kemudian melupakan segala amanat yang diucapkan oleh pucuk pimpinan parti.

Saya percaya perkara itu adalah perkara yang sering bermain, saya ingin menyeru kalau ada yang berhasrat untuk mendengar dan melupakannya kita tidak boleh halang tapi biarlah yang mendengar dan melupakan itu bukan kita,” kata Razali yang ditemui selepas preasmian perhimpuan agung tersebut.

Katanya, “setiap seorang kena janji, kita tidak boleh kuasai orang lain tapi kita boleh kuasai diri kita maka saya harap mereka berjanji dan saya berjanji pada diri saya biarlah apa orang nak cakap dan apa orang nak buat, yang boleh kita kuasai adalah diri kita dan kita pastikan kita bukan tergolong dikalangan orang yang mendengar tadi dan lepas balik kita lupa.”

Tambah beliau, “kita adalah orang mendengar dan balik ini kita bekerja dan janji pada diri adalah janji yang paling besar kalau kita mungkiri.”

Mengulas pengiktirafan yang diberikan Timbalan Presiden UMNO, Razali berkata, “apabila digelar sebagai panglima perang maknanya kita perlu berada di barisan hadapan yang mungkin tidak terfikir pandangan dan harapan pucuk pimpinan malah kalau boleh saya ambil sebagai arahan pucuk pimpinan untuk kita sebenarnya berada di barisan hadapan tanpa kita rasa segan silu atau rasa gusar kerana bila tiba waktunya memang tidak ada lain yang boleh diharap kecuali kepimpinan pemuda.”

Katanya, “perkara ini perlu segera dilaksanakan bukan sahaja diperingkat pusat tetapi diseluruh peringkat sehingga di bahagian dan juga di cawangan. Ini sebenarnya satu amanah walaupun ada yang mengatakan satu pengiktirafan tetapi tanggungjawab, amanah dan tugas yang diberikan itu sangat besar, sudah tentu dalam perhimpunan pemuda esok saya mengharapkan para jurucakap dapat mengariskan yang mana perencanaan dan harapan tersebut dapat kita laksanakan.”

Beliau berkata, “saya seronok dan bangga dengan keberanian ucapan Timbalan Presiden untuk menyatakan apa yang benar, tidak ada siapa pun yang cuba beliau pertahankan dan tidak ada apapun yang beliau cuba sembunyikan selain menyatakan situasi sebenar yang berlaku dalam negara antara realiti dan persepsi.”

“Keberanian ini kita sahut dan saya harap semua yang mendengar akan dapat berfikir sejenak tentang apakah peranan kita dan sudah tentu sebagai ahli parti pemuda UMNO akan menyahut dengan gerak kerja yang lebih tersusun dan kita akan dekati seluruh rakyat generasi muda bagaimana kita dapat yakinkan bahawa keikhlasan kita itu adalah benar, kita tidak buat hanya untuk kepentingan politik hanya untuk mempertahankan kuasa.” ujarnya.



Komen GPB

Ayahanda Muhyiddin sudah  arahkan semua Abang Long  menjadi Panglima di barisan depan menentang musuh di PRU 13   untuk pastikan ini Putrajaya & kuasa politik Melayu  dipertahankan ..

GPB tak  sabar pulak nak tunggu amanat Ayahanda besar kepada semua ahlinya ..

1 comment:

  1. SALAM BRO, CANTEK!!! TAPI JANGAN SEORANG BERDUA JER, TEMAN SOKONG BIAR SEMUA PARA PEMUDA MENJADI HULUBALANG.

    ReplyDelete