Pages
▼
Thursday, November 3, 2011
Apek tak sentuh arak,muka merah kerana panas disebabkan ramai orang
“Saya tak sentuh benda itu (arak). Muka saya merah kerana suasana dalam tu (pesta hari jadi) panas, ditambah pula dengan keadaan sesak dengan orang ramai.”
Itu kata penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau Apek mengulas kontroversi terbaru membabitkan dirinya selepas tersebar dua gambar di laman portal hiburan tempatan dengan satu daripadanya memaparkan beberapa wanita dengan botol arak di atas meja.
Menerusi gambar dipaparkan dalam portal hiburan itu, Apek duduk di sebelah Dahlia Teck serta rakan-rakannya yang berpenampilan seksi dalam satu pesta hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Walaupun wajah Apek tidak kelihatan pada gambar kedua, kehadirannya pada majlis itu menyebabkan peminat mengesyaki kemungkinan dia mengambil minuman keras kerana turut berada di lokasi sama.
Portal itu turut menyiarkan nasihat kepada Apek kerana tidak mahu kerjayanya yang sedang berada di kemuncak, merudum disebabkan gosip kurang menyenangkan itu, selain gambar botol arak yang berada di depan, seelok-eloknya dipindahkan terlebih dulu.
Difahamkan, dua gambar berkenaan dikirimkan seorang pembaca menerusi e-mel sebelum ia tersebar.
Mengulas lanjut mengenai gambar itu, Apek berkata, dia tidak tahu siapa merakam gambar berkenaan.
“Dalam majlis itu itu, saya duduk dengan orang yang saya kenal dan ada juga orang yang saya langsung tidak kenal. Jadi saya tidak tahu siapa yang mengambil gambar berkenaan.
“Bila saya tengok gambar itu pagi tadi (semalam) selepas dimaklumkan seorang rakan, saya pun terkejut. Tetapi ingin saya tegaskan bahawa saya tiada kaitan dengan benda itu (arak) seperti dalam gambar,” katanya yang dihubungi ketika membuat pemeriksaan kesihatan di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.
Menurutnya, sebagai individu dikenali, dirinya sentiasa menjadi perhatian umum, selain ada yang mahu bergambar dengannya.
“Ke mana saya pergi, pasti akan bertemu dengan peminat yang mahu merakamkan gambar dan itulah situasi pada majlis berkenaan apabila ada yang ingin bergambar dengan saya.
Bagaimanapun, Apek berharap perkara itu tidak diperbesarkan kerana tidak mahu ia menjejaskan prestasi permainan dan persiapannya menjelang Sukan Sea 2011 di Indonesia.
“Saya mahu memberi tumpuan kepada Sukan Sea dan tidak mahu terlalu memikirkannya kerana dah dekat (perlawanan). Selepas perlawanan selesai, saya akan berikan penjelasan kepada media dan buat apa yang patut,” katanya.
Komen GPB
Kalau benar beliau tak sentuh benda haram itu , harap Apek dapat jelaskan gambar kontroversi ini secepat mungkin .
padan muko ko, dilu bertunang dgn perempuan skrg berkepit dgn betina
ReplyDelete