Pages
▼
Wednesday, November 30, 2011
Pemuda dedahkan formula 6 Jahanam Pakatan Haram hancurkan negara
GPB tertarik sekali ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO , Khairy Jamaluddin yang membongkarkan tentang formula 6 Jahanam pembangkang untuk jahanamkan negara ini . Isu dan faktanya memang mudah difahami dan Pemuda telah kotakan janji mahu fokus PRU 13 .
Memang kena pada masanya formula 6 Jahanam ini dibongkarkan dulu bagi kita waspada strategi puak2 pakatan haram ini menjelang PRU 13 .
formula "Enam Jahanam" pembangkang itu ialah menjahanamkan sistem demokrasi, menjahanamkan sistem pentadbiran, menjahanamkan maruah negara, menjahanamkan sejarah negara, menjahanamkan jati diri bangsa dan menjahanamkan kemakmuran ekonomi negara. Ikut video ucapan KJ ini
Pemuda sedia jadi Panglima di barisan depan menentang pembangkang
Menyahut pengiktirafan sebagai 'panglima dan hulubalang', Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan melaksanakan satu gerak kerja khas untuk pilihan raya hingga ke peringkat pusat daerah mengundi pada Disember ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin menegaskan pada sidang media selepas perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011 bahawa program khas itu akan segera dilaksanakan dan melibatkan semua jentera pemuda.
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa berucap merasmikan perhimpunan Agung sayap-sayap parti itu pada malam Selasa memberi pengiktirafan pada sayap pemuda sebagai 'panglima dan hulubalang' bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Menurut Khairy, “rangka dan strategi itu sudah siap, saya akan pastikan apa yang menjadi cabaran bagi pemuda tadi akan dilaksanakan dan dilunaskan dengan baik dan sempurna.”
Menjawab pertanyaan bagaimana pemuda akan realisasikan penganugerahan itu, Khairy berkata, “ianya satu pengiktirfan bukan untuk kita seronok, bukan untuk kita syok sendiri dengan penganugerahan dan pengiktirfan panglima itu tetapi sebenarnya satu amanah, ada kerja yang akan dimulakan selepas sahaja perhimpunan agung ini.”
“Kita akan adakan kursus khas untuk tugas gerak kerja pilihan raya dan ianya melibatkan setiap bahagian meliputi setiap peti undi, mereka akan tahu tugas masing-masing,” tambahnya.
Khairy juga menganggap pengiktirafan itu merupakan satu cabaran dan amanah sekaligus telah mengangkat taraf dan juga darjat pemuda.
Katanya, “kalau suatu ketika dahulu mungkin kita ini sebagai soldadu biasa yang hanya menaikkan bendera, tampal poster dan sebagainya tetapi apabila diberi pengiktirafan sebagai panglima dan hulubalang, kalau dalam istilah perang atau ketenteraan adalah mereka yang ada tanggungjawab yang besar dengan tugas yang berat untuk memerintah pasukan perang atau bala tentera.”
“Kita terima ini secara positif dan ini juga pengiktirafan bahawa kita bukan lagi pelakon-pelakon sampingan tetapi sebenarnya adalah diberi tugas dibarisan hadapan untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya akan datang,” tambahnya.
Beliau juga menyifatkan pengiktirafan itu adalah hasil dari kerja-kerja pemuda selama ini untuk memastikan bahawa BN dan UMNO dapat diterima dan menjadi pilihan orang muda.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO menyambut baik ucapan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muyiddin Yassin terutamanya penekanan yang telah diberikan mengenai perjuangan UMNO untuk agama, bangsa dan negara yang masih lagi relevan.
Katanya, “apa yang dibangkitkan ialah isu-isu yang menimbulkan kerisauan dikalangan orang Melayu kerana beliau nak ingatkan generasi muda terutamanya pemuda dan puteri bahawa UMNO perlu terus hidup dan perjuangan UMNO mesti kita teruskan supaya bangsa kita terus dibela.”
“Ini adalah satu peringatan pada kita bahawa warisan perjuangan keramat ini sebenarnya terletak di atas bahu kita sebagai generasi muda dalam UMNO dan kita ada satu tanggungjawab yang begitu besar untuk memastikan kelangsungan perjuangan ini dapat diteruskan,” katanya.
Katanya lagi, “bagi saya satu amanah yang besar dan juga sepertimana amanat Presiden yang banyak sentuh tentang persiapan untuk pilihan raya. Ini adalah isyarat yang jelas kepada setiap sayap untuk berada pada tahap siapsiagaan yang tinggi bagi menghadapi pilihan raya akan datang.”
Sementara itu Naib Ketua Pergeakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Razali Ibrahim mahu setiap pemuda termasuk dirinya sendiri yang mendengar ucapan Timbalan Presiden itu supaya tidak melupakan pesanan tersebut apabila keluar dari dewan persidangan.
Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang sikap sesetengah perwakilan yang mendengar kemudian melupakan segala amanat yang diucapkan oleh pucuk pimpinan parti.
“Saya percaya perkara itu adalah perkara yang sering bermain, saya ingin menyeru kalau ada yang berhasrat untuk mendengar dan melupakannya kita tidak boleh halang tapi biarlah yang mendengar dan melupakan itu bukan kita,” kata Razali yang ditemui selepas preasmian perhimpuan agung tersebut.
Katanya, “setiap seorang kena janji, kita tidak boleh kuasai orang lain tapi kita boleh kuasai diri kita maka saya harap mereka berjanji dan saya berjanji pada diri saya biarlah apa orang nak cakap dan apa orang nak buat, yang boleh kita kuasai adalah diri kita dan kita pastikan kita bukan tergolong dikalangan orang yang mendengar tadi dan lepas balik kita lupa.”
Tambah beliau, “kita adalah orang mendengar dan balik ini kita bekerja dan janji pada diri adalah janji yang paling besar kalau kita mungkiri.”
Mengulas pengiktirafan yang diberikan Timbalan Presiden UMNO, Razali berkata, “apabila digelar sebagai panglima perang maknanya kita perlu berada di barisan hadapan yang mungkin tidak terfikir pandangan dan harapan pucuk pimpinan malah kalau boleh saya ambil sebagai arahan pucuk pimpinan untuk kita sebenarnya berada di barisan hadapan tanpa kita rasa segan silu atau rasa gusar kerana bila tiba waktunya memang tidak ada lain yang boleh diharap kecuali kepimpinan pemuda.”
Katanya, “perkara ini perlu segera dilaksanakan bukan sahaja diperingkat pusat tetapi diseluruh peringkat sehingga di bahagian dan juga di cawangan. Ini sebenarnya satu amanah walaupun ada yang mengatakan satu pengiktirafan tetapi tanggungjawab, amanah dan tugas yang diberikan itu sangat besar, sudah tentu dalam perhimpunan pemuda esok saya mengharapkan para jurucakap dapat mengariskan yang mana perencanaan dan harapan tersebut dapat kita laksanakan.”
Beliau berkata, “saya seronok dan bangga dengan keberanian ucapan Timbalan Presiden untuk menyatakan apa yang benar, tidak ada siapa pun yang cuba beliau pertahankan dan tidak ada apapun yang beliau cuba sembunyikan selain menyatakan situasi sebenar yang berlaku dalam negara antara realiti dan persepsi.”
“Keberanian ini kita sahut dan saya harap semua yang mendengar akan dapat berfikir sejenak tentang apakah peranan kita dan sudah tentu sebagai ahli parti pemuda UMNO akan menyahut dengan gerak kerja yang lebih tersusun dan kita akan dekati seluruh rakyat generasi muda bagaimana kita dapat yakinkan bahawa keikhlasan kita itu adalah benar, kita tidak buat hanya untuk kepentingan politik hanya untuk mempertahankan kuasa.” ujarnya.
Komen GPB
Ayahanda Muhyiddin sudah arahkan semua Abang Long menjadi Panglima di barisan depan menentang musuh di PRU 13 untuk pastikan ini Putrajaya & kuasa politik Melayu dipertahankan ..
GPB tak sabar pulak nak tunggu amanat Ayahanda besar kepada semua ahlinya ..
Ibu Apek minta pihak tertentu hentikan fitnah anaknya
“Saya kenal siapa anak saya. Jangan cuba mengaibkan keluarga kami,” kata Bidah Ibrahim, 55, ibu penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau terkenal dengan panggilan Apek.
Bidah dalam nada sayu turut meminta pihak yang sengaja memburuk-burukkan imej anaknya berhenti melakukan perbuatan itu.
Ibu kepada lima anak itu kesal kerana menurutnya ada pihak tertentu sengaja mahu menjatuhkan reputasi anaknya yang semakin popular.
“Orang lain tidak boleh sewenang-wenangnya menilai peribadi Khairul Fahmi selepas pelbagai kontroversi yang timbul akibat penyebaran gambar dan kenyataan pihak tertentu di blog hiburan.
“Saya bukan mahu mempertahankan anak sendiri, tetapi saya tahu perangai dan sikapnya, malah dia (Khairul Fahmi) masih seperti dahulu.
“Tidak ada sebarang tanda dia berubah, malah dia selalu menghubungi keluarga meskipun sibuk dengan latihan. Setiap kali ada perlawanan, dia pasti menghubungi saya untuk memohon restu dan mendoakan kejayaannya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Cherang, semalam.
Semalam, Harian Metro melaporkan, Khairul Fahmi sekali lagi dipalit kontroversi berikutan penyebaran lima keping gambarnya bermesra bersama seorang gadis yang kini tersebar luas menerusi beberapa blog hiburan di internet.
Gambar yang dimuat naik di laman portal hiburan terbabit malam Sabtu lalu dilakukan individu tidak dikenali atau kemungkinan dilakukan sendiri gadis berkenaan dipercayai sebagai usaha menjatuhkan reputasi penjaga gol kebangsaan itu.
Selain penyebaran lima keping gambar, dua paparan mesej menerusi Blackberry Messenger (BBM) turut dimuat naik menunjukkan komunikasi yang kononnya dilakukan mereka berdua.
Paparan mesej itu menyatakan Khairul Fahmi dan wanita berkenaan bergaduh disebabkan beberapa hal. Wanita itu juga mengugut mahu mendedahkan hubungan sulit mereka.
Menurut Bidah, dia kecewa dengan sikap pihak yang sengaja mengaibkan anaknya dengan menyebarkan gambar atau kenyataan berkenaan di Internet.
Katanya, sebagai ibu, dia sentiasa memberi nasihat kepada anaknya dan yakin anaknya itu tahu membezakan perkara buruk dan baik.
“Hati ibu mana tidak terguris jika anaknya diaibkan, malah saya kecewa kerana isu ini timbul ketika dia sedang berjuang mengharumkan nama negara. Bagaimanapun, keluarga tetap memberi semangat supaya dia tidak memikirkan masalah berkenaan ketika perlawanan.
“Anak saya baik dengan semua orang dan saya tidak tahu kenapa ada pihak tertentu seperti sengaja memburukkan dia dengan menimbulkan perkara sedemikian,” katanya.
Bidah berkata, Khairul Fahmi yang dipanggil ‘Pok Su’ di kalangan ahli keluarga, penyayang dan banyak menghabiskan masa bersama keluarga ketika tidak menjalani latihan.
Tuesday, November 29, 2011
SAMM tanya apa sumbangan blogger pro kerajaan kepada sukan tanahair ?
Bila panas isu gambar Apek yang didedahkan blog hiburan (di pickup juga blogger pro UMNO ) dan kebetulan pulak skuad Harimau Muda tewas 2 -3 kepada Bahrain yang memang bermain kasar hingga mengakibat ramai kita cedera.
Tapi SAMM cuba politikkan isu kekalahan skuad Harimau Muda ini dengan menuduh blogger Pro UMNO dalang burukkan skuad muda negara ini. Selepas itu tanya pulak apa sumbangan blogger kepada sukan tanahair .
Kalau SAMM cuba nak tarik sokongan penyokong fanatik Harimau Malaya , apa kejadahnya pulak blogger politik pro UMNO dipersalahkan ? GPB dan ramai lagi rakan2 blogger semuanya sayangkan skuad Harimau ini dan sentiasa menghangat perlawanan pasukan kita ini di blog .
Tentang sumbangan ?? , GPB nak tanya apa sumbangan SAMM pulak kepada bola sepak negara ? Entah pergi stadium pun tak , maklumlah hanya sibuk melalak di ceramah saja .
Sikap sesetengah pihak termasuklah blogger yang penyokong kerajaan dan juga akhbar Kosmo yang menghina pasukan kebangsaan setelah kekalahan kepada Bahrain adalah sangat tidak wajar. Blogger Umno tersebut telah menyentuh peribadi salah seorang pemain kebangsaan manakala akhbar kosmo dalam tajuk utama sukan hari ini mengatakan "Harimau Malaya memalukan negara".
Apakah sumbangan blogger dan juga penulis akhbar Kosmo ini kepada sukan tanahair sehingga tergamak berkata demikian? Pasukan Harimau Muda Layak ke peringkat kumpulan kelayakkan sukan Olimpik juga sebenarnya telah membuktikan pasukan ini adalah produk terbaik negara. KLIK DI SINI
Apek kesal ada pihak cuba jatuhkan dirinya , minta tampilkan bukti sebenar
Penjaga gawang gol skuad Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex hari ini mencabar mana-mana pihak yang menyebarkan kandungan Blackberry Messenger (BBM) yang memburuk-burukkannya agar tampil membuktikan kebenaran mereka.
Apex yang dihubungi oleh sebuah lama blog hiburan terkenal, Oh! Bulan, lewat tengahari tadi berkata, memang benar beliau mengenali Shida Harmi, namun perkenalan dan hubungan antara mereka tidak lebih dari sekadar kawan biasa.
“Andai kata dakwaan tersebut adalah betul, sila tampil ke hadapan dan tunjukkan bukti kukuh,” tegas Khairul Fahmi.
“Saya memang mengenali Shida Harmi. Dia bukannya skandal seperti yang diperkatakan oleh orang lain, sebaliknya dia hanya kawan biasa.
“Saya mengenali Shida sekitar awal tahun ini, kalau tak silap bulan March. Ketika itu, saya masih belum bertunang lagi. Gambar itu pula diambil semasa kami karaoke,” jelas Apex panjang lebar kepada blog hiburan tersebut.
Apex melahirkan rasa kesalnya dengan cubaan pihak-pihak tertentu yang cuba mencalarkan reputasinya ketika dirinya cuba memberikan fokus 100 peratus terhadap latihan dan perlawanan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu yang akan datang.
“Saya kesal apabila diri ini kerap dikaitkan dengan pelbagai kontroversi yang tidak henti-henti. Sesetengah orang di luar sana tidak henti-henti mencari kesalahan saya.
“Kalau cerita seperti ini keluar, memang tak menang tangan saya nak jawab panggilan telefon. Apa pun, saya perlu fokus kepada perlawanan akan datang. Game makin dekat ni!,” tegasnya.
Selain itu, beliau turut hairan tentang bagaimana gambar-gambar tersebut boleh jatuh ke tangan media dan yakin bahawa ia bukanlah dihantar oleh Shida Harmi sendiri.
“Saya tak pasti macam mana gambar ini boleh sampai ke pihak media. Tapi, saya tak rasa Shida sengaja buat macam ni, nak syak sesiapa pun tak boleh. Saya perlu hubungi dia terlebih dahulu sebab nak siasat dengan lebih jelas,” katanya lagi kepada laman web yang sama.
Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi yang tidak enak didengar, Apex tetap menjanjikan persembahan yang terbaik di setiap perlawanan agar semangat Harimau Muda sentiasa tersemat di kalangan peminat bola sepak tanahair.
Sunday, November 27, 2011
M'sia VS Bahrain , Kaka Malaysia a.k.a Nazmi Faiz Mansor jaringkan gol
Keputusan sekarang Kelayakan Sukan Olimpik Zon Asia Malaysia menentang Bahrain , skuad Harimau Muda kita di depan 1 -0 selepas Nazmi Faiz Mansor menjaring gol pertama sebentar tadi.
Menarik gol oleh pemain muda berusia 17 tahun ini , Nazmi Faiz Mansor selepas melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti terus menerjah gawang gol Bahrain . GPB harap pasukan kita akan menang dalam perlawanan hidup mati ini bagi merebut tiket ke Sukan Olimpik 2012 .
Saturday, November 26, 2011
Salam Maal Hijrah 1433
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulilah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MAHA PENCIPTA SEKALIAN ALAM. Semoga iman kita bertambah mantap, amalan bertambah, perjuangan menegakkan syiar Islam dimantapkan, seiring dengan peredaran zaman yang semakin mencabar ini.
Sempena tahun baru hijrah ini , GPB ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1433 kepada semua umat Islam di negara ini.
Selain itu , marilah sama-sama kita ingat mengingati kepada perkara yang membawa kepada sesuatu yang baik.
Pengertian AWAL MUHARRAM
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting :
~ 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
~ 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku :
~ Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
~ Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
~ Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
~ Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
~ Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
~ Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
~ Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
~ Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
~ Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
~ Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
~ Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
~ Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
~ Hari pertama Allah menciptakan alam.
~ Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
~ Hari pertama Allah menurunkan hujan.
~ Allah menjadikan 'Arasy.
~ Allah menjadikan Luh Mahfuz.
~ Allah menjadikan alam.
~ Allah menjadikan Malaikat Jibril.
~ Nabi Isa diangkat ke langit.
Amalan-Amalan Sunat :
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam seperti :-
~ Berpuasa.
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
~ Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
~ Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3x
~ Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3x
Semoga dapat kita berkongsi kepada semua. InsyaAllah.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433.
Fakri kecewa peminat Malaysia , nak kutuk biarlah berpada-pada
SAYA juga ada perasaan, sesiapa pun pastinya terkilan jika dikutuk sebegitu rupa.“Mulut orang memang susah nak ditutup, jadi saya tidak peduli dengan kutukan itu dan menganggapnya sebagai suatu cabaran buat saya.”
Demikian respons ringkas penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saaraini ketika menjawab segala tohmahan dan kejian yang dihamburkan kepadanya ketika ini.
Kegagalan Ahmad Fakri, 22, dalam menyempurnakan beberapa peluang terhidang ketika tewas 0-2 kepada Syria dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin, ternyata mengundang kemarahan majoriti peminat fanatik bola sepak tempatan yang lantang mengecam pemain Negeri Sembilan itu secara terbuka, tidak kira dari tepi padang mahupun di laman sosial Facebook.
Ternyata, peminat tempatan masih belum dapat melupakan ‘dosa’ Ahmad Fakri yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menewaskan Indonesia sekali gus mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini.
Sama ada sedar atau pun tidak, mungkin ada yang terlupa dengan jasa pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu yang berjaya meledak gol tunggal ketika menewaskan Myanmar pada pusingan separuh akhir, sekali gus menempah slot untuk beraksi di final Sukan SEA 2011.
Malah, mungkin ramai juga yang tidak percaya betapa Ahmad Fakri sebenarnya merupakan antara penyerang termuda terbaik yang dimiliki negara selain Thamil Arasu ketika ini, gara-gara kecederaan yang menimpa Syahrul Azwari Ibrahim dan Izzaq Faris Ramlan.
“Apa salah saya sebenarnya? Bukannya saya sengaja tidak mahu menjaringkan gol, cuma saya kurang bernasib baik.
“Hendak kutuk pun biarlah berpada-pada dan ada batasnya, namun setakat ini saya masih mampu bersabar,” katanya kecewa.
Menurut Ahmad Fakri, dia berazam untuk membuktikan sesuatu sekiranya diturunkan Ong Kim Swee ketika menentang Bahrain, Ahad ini.
“Jika saya berjaya menjaringkan gol ketika menentang Bahrain nanti, sudah tentu ia memberikan moti- vasi yang lebih baik buat saya.
“Cuma pada masa sama, saya tetap berharap supaya penyokong faham dengan kesungguhan saya setiap kali beraksi. Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat saya, sudah tentu ia tidak semudah dijangkakan,” katanya yang memohon dimengertikan.
** GPB nasihat kepada Fakri , tak nak orang maki anda , score gol je lawan Bahrain ini dan manfaat segala peluang terhidang ..
Thursday, November 24, 2011
PANAS ! Pengakuan berani bekas isteri tentang sikap jantan totok PAS !
Apabila GPB memuatkan artikel mengenai seorang jantan PAS bergelar suami yang mana sanggup menceraikan isterinya jika memangkah UMNO di facebooknya , ada seorang bekas Muslimat PAS telah menghantar komen ke blog GPB .
kisah seorang ustazah dipukul suami.. KLIK DI SINI
Di bawah ini merupakan pengakuan beliau tentang pengalamannya berdepan sikap seorang suami hidung belang & berkopiah putih yang menyokong taksub PAS . Kepada anak gadis luar sana , kalau pilih lelaki taksub PAS, macam ini la mungkin jadi kepada anda.
Jantan Pas mmg jantan sial dan gila betina. Kalau ada ibu tunggal, mereka hina, xkan tolong, tapi pantang nampak anak dara berdahi licin. Memang jantan sial. Bila dah ceraikan isteri, xnak beri nafkah. Si isteri terpaksa naik turun mahkamah syariah tuntut nafkah utk anak2.
Dan si jantan ni senang2 fitnah kata bekas isteri tu nusyuz, derhaka, perempuan jalang dan lain-lain. Bila anak2 yg dijaga bekas isteri tu nakal, dia kata, itulah hasil didikan ibunya yang jahat.
Tapi bila anak tu dah besar, jadi orang berguna, grad lak tu, dia mengaku itulah anaknya, dia telah bersusah payah selama ni menghidupkan anaknya. Betullah, jantan Pas mmg jantan yg x boleh dijadikan pemimpin di peringkat rumahtangga, apatah lagi di peringkat negara. Hancur lah Malaysia kalau mereka jadi kerajaan.
Bekas Muslimat Pas Yg Mintak Cerai Drp Suami, AJK Pas.
Tony PuaKA kantoi ! penipuan kandungan peraturan susu KR1M dibongkarkan
Dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kononnya susu rumusan tumbesaran bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 kerana mengandungi lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan adalah tidak benar dan hanya bertujuan memutarbelitkan fakta semata-mata.
Hasil pemeriksaan Kementerian Kesihatan terhadap susu tersebut mendapati, kandungan produk itu tidak berbahaya kepada kesihatan dan kandungan vitamin A dalam produk susu itu adalah sebanyak 3240 I.U bagi setiap 100 gram. Ia tidak melebihi daripada had sebenar iaitu sebanyak 5,000 I.U bagi kuantiti yang sama.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihak kilang yang mengeluarkan produk itu juga didapati melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan dan mempunyai sijil ISO 9001:2008
“Mengikut peraturan kandungan susu rumusan bayi, had maksimum vitamin A yang dibenarkan ialah sebanyak 500 I.U,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini.
Baru-baru ini, Tony mendakwa, kandungan vitamin A dalam susu itu adalah 6012 I.U bagi setiap 100kcal atau 802 peratus di atas had maksimum yang dibenarkan.
Jelas Tiong Lai, tindakan Setiausaha Publisiti DAP itu mengelirukan rakyat dengan mengemukakan peraturan kandungan susu rumusan ‘tumbesaran’ (growing formula) itu dengan peraturan susu rumusan bayi (infant formula).
Wednesday, November 23, 2011
Kelayakan Olimpik 2012 : Skuad Malaysia tewas 2 - 0 kepada Syria
Misi skuad Malaysia U 23 kita untuk Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia nampaknya semakin sukar selepas tewas 2-0 kepada Syria sebentar tadi .
Mungkin faktor keletihan selepas perlawanan akhir Sukan Sea bertemu Indonesia menyebabkan permainan skuad kita nampak tidak menjadi . Tapi GPB lihat striker kita terus menghampakan peluang yang terhidang di depan gol lawan di samping pertahanan kita melepaskan gol mudah .
Seorang penyokong Malaysia hilang semasa final Sukan Sea 2011
Berita baru terima:
Kedutaan Malaysia di Jakarta baru memaklumkan bahawa, seorang penyokong rakyat Malaysia hilang selepas menonton final bola sepak di stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Nama :Ahmad Fidaus bin Arham.
IC No. :850512055293.
Hanya jumpa beg baju and walet.
Mohon disebarkan dalam fb, twitter dan mana-mana media alternatif lain.
** GPB mendoakan beliau dalam keadaan selamat dan segera dijumpai
Sukan Sea 2011 : RM 17 ribu bonus untuk pemain Tim Indonesia
JAKARTA, KOMPAS.com — Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) memberikan bonus Rp 50 juta ( RM 18 ribu ) kepada setiap pemain tim nasional U-23 atas keberhasilan mereka meraih medali perak di cabang sepak bola SEA Games XXVI. Penyerahan bonus tersebut diserahkan oleh PSSI dalam ac
Kerana kalah bola sepak , bendera Malaysia jadi mangsa peminat fanatik Indonesia
Tindakan yang cukup tidak bertamadun sekali puak-puak Indon dalam gambar ini. Hanya kerana kalah bola sepak Sukan Sea sudah dianggap seperti kalah final World Cup . GPB tidak katak semua tapi sesetengah peminat mereka yang tidak boleh terima kenyataan dan benci sangat negara kita.
Biasa lah kalah dan menang itu adat pertandingan . Malaysia pun pernah kalah seperti contoh di mana kita tewas kepada Singapura semasa Kelayakan Piala Dunia di depan puluhan ribu penyokong setia.
Dalama mana2 pertandingapun hanya seorang sahaja Juara dan terima la hakikat bahawa kini negara Malaysia merupakan pasukan terkuat di Asia Tenggara
Tuesday, November 22, 2011
Video penyokong Malaysia meraikan kemenangan final Sukan Sea 2011
Komen Pemimpin No 2 Negara kita ....
Dari Gelora Bung Karno ke LCCT, rakyat sambut kepulangan wira negara !
SEPANG – Mynewshub.my telah berada di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) seawal jam 3.00 pagi tadi bagi menunggu kepulangan Skuad Harimau Muda yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta, semalam.
Setibanya di lapangan terbang berkenaan, dianggarkan lebih seribu penyokong dan peminat bola sepak tanahair sudah berkumpul di situ bagi meraikan wira-wira muda yang berjaya memalukan Skuad Garuda dua kali di tempat sendiri.
Sorakan dan nyanyian semangat tidak putus-putus dinyanyikan, diiringi paluan gendang yang menunjukkan kebanggaan yang tidak terkata sambil menunggu kepulangan anak-anak muda yang bakal menentukan masa depan sukan bola sepak negara.
Bagaimanapun, kami terpaksa menunggu sehingga jam 8 pagi ini untuk bertemu dengan mereka yang tiba dengan wajah ceria meskipun keletihan setelah berjuang bermati-matian demi memartabatkan nama Malaysia sebagai antara pasukan bola sepak yang perlu digeruni pasukan lawan.
Diketuai oleh Pengurus pasukan Harimau Muda, Datuk Hamidin Mohd Amin, yang diiringi jurulatih pasukan, Ong Kim Swee, mereka melangkah keluar dari balai ketibaan LCCT dengan disambut sorakan dan jeritan kegembiraan ribuan penyokong yang menanti lebih enam jam di situ.
Hamidin menjelaskan bahawa kepulangan mereka agak lewat dari waktu yang dijadualkan ekoran terpaksa menaiki ‘barracuda’ untuk kembali ke hotel penginapan sebelum bergegas ke lapangan terbang untuk kembali ke tanahair.
Ekoran layanan yang sangat tidak memuaskan dan kesukaran yang dihadapi oleh delegasi skuad Harimau Muda itu, beliau bercadang untuk membuat bantahan rasmi kepada pihak penganjur Sukan SEA, Indonesia.
Kim Swee pula menjelaskan bahawa beliau sangat yakin bahawa anak-anak didiknya itu mempunyai semangat yang kental untuk menghadapi tekanan dan provokasi melampau dari penyokong-penyokong negara jiran.
Beliau juga percaya bahawa kemenangan yang amat bermakna ini membuktikan bahawa skuad Harimau Muda mampu pergi lebih jauh selepas ini.
Bagi Ketua Pasukan Harimau Muda, Baddrol Bakhtiar, yang menjadi wira menjaringkan gol penalti yang paling berharga dan dramatik semalam, beliau melahirkan rasa syukur atas kemenangan tersebut dan yakin bahawa rakan-rakan sepasukannya mampu menghadapi pelbagai rintangan lagi selepas ini.
Justeru itu, Mynewshub.my amat berbangga untuk berkongsi kegembiraan penyokong-penyokong skuads bola sepak tanahair yang menunggu selama lebih enam jam di LCCT untuk menemui sekawanan harimau yang telah membaham garuda semalam di gelanggang sendiri!
sumber : MYNEWSHUB
Kapten Malaysia antara yang beraksi cemerlang
Pasukan negara terpaksa naik Barakuda selepas tamat perlawanan
Tanah Tumpah Darahku ...sanggup tunggu beberapa jam pun tak pa
GPB salute la Apek semalam beraksi ...
Lepas ini Ong akan dapat Datuk la sepertimana Rajagopal
Selepas ini ada la artis mana yang nak himpit wira negara ini ...
Video saat pemain negara dikalungkan " Ibu Segala Pingat di Sukan Sea
Video saat semua wira negara dikalungkan pingat emas oleh Menteri Belia dan Sukan , Datuk Seri Ahmad Shabery Chik . Kemenangan pingat emas yang juga " Ibu Segala Pingat " cukup mendebarkan sekali malam tadi.
Walaupun pelbagai tekanan dan provokasi dilakukan penyokong Indonesia terhadap pasukan kita , tetapi pemain kita tidak menghiraukannya dan mengerah kudrat semaksimum mungkin semalam untuk menewaskan Sang Garuda di depa puluhan ribu peminat mereka . Syabas semua pemain , adalah wira negara !
Video Sang Garuda tersungkur di kaki Harimau di Gelora Bung Karno
Akhirnya pingat emas Sukan Sea kekal di tangan Malayai . Skuad Harimau Malaya menewaskan Sang Garuda Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir bola sepak Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi
Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan 30 minit.Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35 yang datang bak seekor Harimau bagi menanduk bola terus menerjah jaring .
Monday, November 21, 2011
Misi tumbangkan Garuda sekali lagi di Gelora Bung Karno
Adakah skuad muda Harimau Malaya mampu menewaskan skuad Garuda di depan puluhan ribu peminat fanatik mereka malam ini ?? Jika permainan semasa menewaskan mereka di peringkat kumpulan dipamerkan , harapan untuk menang cukup cerah .
Ketiadaan Izzaq Faris di aksi final ini , pasti kini tumpuan terarah kepada Syahrul Azwari & Fakri Saarani untuk meledakkan gol . Selain itu , tidak dilupakan juga Kapten Badrol Baktiar juga boleh menghasilkan gol menerusi rembatan jarak jauhnya .
Selamat berjuang Harimau Malaysia ...
Rakyat Malaysia di setiap ceruk dari Perlis sampai ke Sabah sentiasa menyokong dibelakang anda malam ini
MALAYSIA BOLEH !!
" BN Pilihan Orang muda " kini sudah gemparkan pembangkang !
Kelmarin GPB berada di PWTC mengikut KMS1M dan pada sebelah petangnya Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan slogan BN Pilihan Orang Muda untuk Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia di depan lebih 3000 orang perwakilan kedua-dua sayap itu yang mewakili setiap bahagian seluruh negara.
GPB berpendapat slogan ini tepat pada masanya di mana jelas terbukti undi golongan muda merupakan penentu utama kemenangan dalam PRU13 akan datang. Pemuda dan Puteri UMNO memerlukan pendekatan baru dan mungkin ini merupakan salah satu transformasi politik untuk pastikan parti kita menjadi pilihan orang muda.
Karnival Kerjaya Pemuda BN merupakan salah satu pendekatan direct mendekati orang muda selain membantu mereka mendapat pekerjaan . Program-program seperti inilah mampu mengubah minda orang muda untuk jadikan BN sebagai pilihan mereka .
Bagi pihak pembangkang pulak , tak sampai 24 jam slogan ini dirasmikan sudah ada Pemuda mereka yang panas punggung dan turut sama melancarkan strategi parti mereka juga. KLIK DI SINI
Ayuh semua penyokong kuat UMNO dan BN , kita pastikan orang muda jadi parti kita sebagai pilihan mereka !
Sunday, November 20, 2011
Saturday, November 19, 2011
Tahniah skuad Harimau Malaya , layak ke perlawanan akhir Sukan Sea 2011
Gol jaringan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke 85 akhirnya telah membawa skuad Harimau Malaya yang juga juara bertahan ke perlawanan akhir selepas menewaskan Myanmar 1 -0 . Memang game tadi cukup mendebarkan tapi pemain kita kental bertahan dan berjaya juga jaringkan gol .
Syabas dan tahniah skuad muda negara !
Benarkah gambar ular tedung ini di Putrajaya ?
Ada kawan GPB menunjukkan gambar seekor Ular tedung sela yg dikatakan ditemui oleh seseorang 2-3 hari lepas iaitu di Presint 15 , Putrajaya . Tetapi malangnya pihak bomba tidak berjaya lagi memberkas ular .
Kalau dilihat panjang dan size nya memang agak besar !
Mungkin ada pembaca2 yang tinggal di Putrajaya dapat mengesahkan benarkan ada ular sebesar ini di Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia ini .
Friday, November 18, 2011
BN Perlis guna formula calon kitar semula untuk kemenangan di PRU 13
Barisan Nasional (BN) Perlis mungkin meletakkan calon “kitar semula” pada pilihan raya umum ke-13 jika calon berkenaan boleh membantu membawa kemenangan, kata pengerusinya, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu hari ini.
Menurutnya, apa yang lebih penting ialah setiap calon BN perlu diterima rakyat dan para pengundi serta calon itu berupaya membantu kemenangan BN walaupun ada yang melihat faktor umur sebagai penghalang calon tertentu.
"Mungkin akan berlaku “re-cycle” atau kitar semula calon yang bermakna bekas wakil rakyat juga boleh dicalonkan semula jika berpotensi membawa kemenangan,” katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas kriteria calon BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau yang juga Menteri Besar Perlis mengambil contoh dirinya yang dicalonkan semula pada pilihan raya umum lalu setelah berehat selama satu penggal apabila tidak lagi menjadi wakil rakyat. - Bernama
15 gadis dibogelkan gara-gara nak jadi model
KUALA LUMPUR: Tertarik untuk menjadi model profesional dengan pendapatan lumayan, seorang lelaki menyamar penguji bakat memperdaya sekurang-kurangnya 15 gadis untuk dirakam gambar bogel sebelum melakukan hubungan seks dengan mereka sejak awal tahun ini.
Lelaki terbabit yang berusia 30-an dan menyamar penguji bakat di sebuah syarikat peragawati terkenal ‘mengumpan’ mangsa melalui laman sosial dengan menawarkan pendapatan lumayan dengan hanya bergaya di depan kamera.
Terbaru, dua pelajar masing-masing berusia 18 dan 19 tahun menjadi mangsa lelaki terbabit sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, kelmarin.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, dalam kejadian jam 2 petang, 30 Oktober lalu, kedua-dua mangsa yang mengenali lelaki terbabit melalui laman sembang sosial diminta ke tingkat tujuh sebuah hotel di ibu kota untuk sesi uji bakat.
“Kedua-dua mangsa yang berminat menjadi model profesional tanpa ragu-ragu pergi ke sesi uji bakat berkenaan secara berasingan. Sebaik tiba di sebuah bilik di hotel berkenaan yang kononnya digunakan untuk sesi uji bakat itu, suspek mengarahkan mangsa menanggalkan pakaian
Read more: http://celahgelegar.blogspot.com/2011/11/sesi-model-serah-tubuh.html#ixzz1dxYEWzmi
Video gol kemenangan Malaysia menewaskan Indonesia 1 - 0
Tahniah skuad Harimau Malaya yang berjaya mematahkan sayap Garuda di Gelora Bung Karno malam tadi dengan kemenangan 1 -0 hasil jaringan Mohd Syahrul Azwari Ibrahim di minit ke 17 .
GPB yakin skuad negara kita mampu pertahankan pingat emas Sukan Sea ke 26 ini di Jakarta - Palembang .
Wednesday, November 16, 2011
Gambar terkini kereta terbaru model Proton Espire
Mantop !! Lampu depan nampak cukup sporty dan colour kuning itu pun sudah nampak macam kereta Bumblebee Transformer ..
GPB dikhabarkan Proton Espire ini akan dilancarkan tahun 2012 dan kalau boleh harga yang ditawarkan itu berpatutan la .
PANAS ! Lelaki buaya darat ambil kesempatan hisap tetek mangsa pengsan
Giller la… seorang lelaki mengambil kesempatan diatas seorang perempuan yang pengsan setelah bergaduh.
saksikan video adegan tersebut dibawah
Seorang perempuan terbaring di sebuah restaurant, pakaiannya terangkat dan terang-terang terdedah buah dada perempuan tersebut. Datang seorang lelaki bukan nyer nak tolong, tetapi datang mengambil kesempatan dimana merangkul di leher perempuan tersebut dan menjilat buah tetek perempuan tersebut.
Pejalan kaki yang lalu lalang pulak tidak mengendahkan langsung tindakan lelaki tersebut. Ade yang tengok jer…wth!!
Sumber: KERIS PUSAKA
Tuesday, November 15, 2011
Naib Presiden UMNO pulak diserang fitnah Pakatan menjelang PAU 2011
Game plan Anwar dan konco-konconya nampakanya kini dalam mood menyerang UMNO . Selepas Ketua Wanita UMNO , DS Shahrizat diserang sampai diminta letak jawatan , kini giliran Naib Presiden UMNO pulak diserang segenap penjuru media portal haprak Pakatan
UMNO merupakan parti tunjang BN perlu diburukkan semaksium mungkin menjelang PRU 13 mengikut strategi Pakatan kerana sokongan terhadap parti ini semakin meningkat dikalangan generasi muda Melayu .
Terbaru 2 orang Naib Presiden UMNO yang juga pemimpin kanan PM iaitu DS Shafie Afdal & DS Zahid Hamidi telah difitnah oleh Pakatan . Zahid Hamidi dituduh menaiki jet peribadi ke Mekah yang sebenarnya milik kawannya .
Manakala Shafie Afdal pulak dituduh melakukan penyelewengan dalam pemberian kontrak projek pembangunan luar bandar di Sabah.
jawapan Shafie Afdal tentnag fitnah terbaru terhadap dirinya ..
Adakah serangan ini dilakukan untuk memalukan pemimpin kanan UMNO menjelang Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini ?
PANAS ! Dalam hutan pun ada tempat jual tubuh !
Seorang lelaki warga emas dikenali sebagai ‘Pak Uban’ menjadikan sebuah pondok dalam kawasan hutan di Batu 16, Jalan Mawai, dekat sini, sebagai tempat pelacuran.
Namun, tindakan lelaki berusia 65 tahun itu terbongkar apabila dia ditahan polis dalam satu serbuan jam 6.30 petang, kelmarin.
Turut ditahan adalah tiga wanita warga asing berusia 29 hingga 36 tahun.
Dalam serbuan itu, polis merampas wang tunai RM2,421; empat cakera padat digital (DVD) lucah; lima telefon; lima bungkus kondom dan ubat pencegah kehamilan.
Timbalan Ketua Polis Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, pihaknya melakukan intipan sejak dua minggu lalu selepas menerima maklumat berhubung kewujudan sindiket pelacuran itu yang beroperasi kira-kira satu kilometer ke dalam hutan dari Jalan Utama Mawai.
Menurutnya, lelaki terbabit menyediakan sebuah pondok kecil untuk perkhidmatan seks, di samping sebuah lagi pondok untuk pelanggannya berehat.
“Lelaki terbabit mengaku mengendalikan tiga wanita warga asing itu ketika ditahan, selain mengenakan bayaran RM50 untuk setiap perkhidmatan ditawarkan kepada orang ramai termasuk penduduk setempat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, semalam.
Muhammad berkata, pihaknya juga mendapati semua wanita terbabit mempunyai dokumen perjalanan sah dan lengkap untuk tujuan sosial.
“Ketiga-tiga wanita ini direman selama 14 hari sehingga 25 November depan dan disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
“Manakala lelaki terbabit direman selama tujuh hari sehingga 20 November depan dan disiasat mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan,” katanya.
Serbuan ke sarang maksiat itu diketuai Ketua Balai Polis Mawai, Sarjan Ibrahim Mamat bersama enam anggotanya.
Monday, November 14, 2011
Rupanya Gamers Jepun cukup daring & seksi bila main layan game !
Macam - macam style ada bila berada di depan PC atau laptop. Di negara Jepun yang bukan saja seakan syurga game tapi juga syurga gamers yang seksi dan daring !
Mungkin sebab panas dan syok layan game seorang diri dalam bilik , itu yang sampai tak sempat pakai baju ..haha.....Harap jangan la ditiru aksi ini di negara kita .
sumber gambar : KLIK DI SINI
Mungkin sebab panas dan syok layan game seorang diri dalam bilik , itu yang sampai tak sempat pakai baju ..haha.....Harap jangan la ditiru aksi ini di negara kita .
sumber gambar : KLIK DI SINI