KUALA LUMPUR – Populariti laman sosial Facebook yang luar biasa turut menjadikan ia satu medium untuk memasarkan pelbagai barangan termasuk yang kurang sihat seperti wanita dan pelacuran.
Mungkin disebabkan tumpuan luar biasa masyarakat ke Facebook, maka tanpa segan dan silu sesetengah bapa ayam memilih untuk memasarkan ‘produk’ mereka di laman berkenaan.
Tinjauan Mynewshub.my menemukan sebuah Fan Page bertajuk Malaysia No 1 Call Girl Service . 3C Agent : 0129599***.
Setakat ini sudah lebih 1,000 pengguna Facebook yang memilih untuk Like page berkenaan.
Mungkin kesemua mereka itu memerlukan kemas kini secara berterusan akan di mana dan bila mereka boleh menerima ‘bekalan ayam’.
Apa yang menarik, si bapa ayam yang menawarkan khidmat tempahan pelacur itu pula yang merungut di dinding Facebook kerana ‘tidak menang tangan’ melayan kerenah pelanggannya yang mahu perkhidmatan yang pantas di tengah-tengah kesesakan jalan ibukota.
Pengendali akaun Facebook syarikat itu yang hanya dikenali sebagai Agent 3C, meminta agar pelanggannya memahami suasana trafik yang sesak dan tidak mengharapkannya mampu menghantar gadis yang ditempah dalam tempoh yang terlalu singkat.
“Banyak customer (pelanggan) mahu cepat . Tetapi trafik kuala lumpur sesak tiap tiap hari .harap kamu boleh fahami. Jangan suruh saya hantar dalam 10 minit. its imposibble (ia mustahil) ,” katanya pada Ahad lalu di sini.
Baru-baru ini, Mynewshub.my menerima kiriman emel dari seorang pembaca yang memberitahu kewujudan sebuah agensi yang menawarkan khidmat wanita pelayan di ibu negara secara terbuka di laman Facebook.
Agensi yang hanya dikenali sebagai 3C itu menawarkan gadis-gadis jelita warga asing untuk dijadikan teman kepada sesiapa yang berminat mengikut tempoh tempahan dan negara asal ‘teman-teman segera’ yang terpilih.
Menurut maklumat di laman tersebut, agensi terbabit membekalkan khidmat-khidmat gadis dari China, Thailand dan Indonesia mengikut harga yang telah ditetapkan dari RM180 hingga RM700 mengikut jumlah jam diinginkan.
Selain akaun Facebook, ‘Malaysia No 1 Call Girl Service’ berkenaan, agensi 3C itu juga turut mempromosikan ‘perniagaan’ mereka di blog rasmi mereka, ‘No 1 Malaysia Escort Service 2011’.
Dipercayai setelah agen tersebut menyatakan bahawa pelanggan boleh buat sesuka hati saja kepada gadis-gadis tersebut, ramai ‘lelaki hidung belang’ yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka.
“Yes, Good service. Can do whatever u want” katanya agen 3C yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor itu.
Meskipun laman web itu menyiarkan nombor telefon bimbit untuk dihubungi bagi urusan ‘perniagaan’ tersebut, nombor yang tertera gagal dihubungi oleh beberapa individu yang merungut di dindingnya.
“Where r u in KL? U r mobile not working (Di mana lokasi anda di KL? Mobil (telefon) anda tidak berfungsi.
“I call so many times but number is not in service u have any other number? (Saya hubungi banyak kali tapi nombor tiada dalam perkhidmatan anda ada nombor lain?,” komen Koteswararo Vaddavalli di laman Facebook tersebut.
“I call xdapat la..” kata kucing hodoh pula di dinding yang sama.
Aktiviti ini dan yang seumpamanya dengannya perlu mendapat perhatian pihak berkuasa kerana Facebook digunakan anggota masyarakat pelbagai usia termasuk yang masih bersekolah.
–Mynewshub.my
dasyat hang sampai dapat kesan aktiviti ni... mantap lah...
ReplyDeletetapi aku was was.. hang dapat kesan secara tak sengaja ke atau hang cari? ha ha ha ha
apa pun Bro Gua sokong kita kena banteras benda macam ni.... sat aku Call 99...ops..call Girls tu tanya..ha ha ha
Ibarat meniaga.....siapa nak rugi.Ada kesempatan sapu keliling lah
ReplyDeletetak payah ambil tahu. semua ni tipu muslihat. runtuhkan agama terutama org melayu. kerja puak laknat, jesuit atas sokongan pr. kes seks jadi popular sampai bebudak pun tahu apa itu liwat! apa itu kongkek! jatuhkan moral secara halus. selepas ini yah berapa banyak lagi kes seks seks seks,,,,
ReplyDeleteFacebook yang sesuai untuk orang-orang UMNO sebab mereka memang gila sex. Patut dilinkkan pada semua blogger puak2 UMNO.
ReplyDeleteKO POST BENDA MCM NI KT BLOG SEBAB KO NAK DPT DUIT DARI NEWS FEEDS. tak payah la , kalo ko sendiri pun pena raba budak kecik!. end.
ReplyDeletebeautiful escort girls from Ukraine in KL
ReplyDelete+7 915 080 28 57
http://escort-girls-kl.blogspot.com/
try me,,,0125546137
ReplyDelete