Pages

Monday, September 5, 2011

Mat Sabu penakut rupanya berdebat pasal Komunis




"Yang pasti,saya sedar hari ini PAS pilih timbalan presiden yang bacul dan tiada maruah.Takut sebab salah".

"Tewas sebelum bertempur"


Begitulah reaksi Ketua Pemuda UMNO Malaysia ,Khairy Jamaluddin apabila Mohamad Sabu menyerahkan peranan berdebat dengannya berkaitan isu kemerdekaan kepada pihak lain


Mohamad Sabu pagi ini berkata beliau menyerahkan tugas kepada pemuda PAS Johor untuk berdebat dengan Khairy Jamaluddin berhubung isu itu kerana kedua-dua sayap PAS dan UMNO itu lebih sesuai berbuat demikian.


Dalam tulisan yg beliau di laman twitter,Khairy berkata beliau tidak ada masalah berdebat dengan Ketua Pemuda PAS dan beliau menyifatkan Mat Sabu "takut dan lari".

Itulah jadi apabila Timbalan Presiden PAS sendiri kecut nak berdebat dan hanya menyerahkan kepada pemuda PAS untuk menjadi kambing hitam dan mangsa sekiranya Khairy dilihat lebih menyerlah dan berjaya meyakinkan kebenaran hakiki tentang isu ini.

Khairy juga sebelum ini pernah berdebat dengan Naib Presiden PAS Dato' Husam Musa mengenai isu hudud dan qisas yang dilihat telah memalukan PAS di gelanggang sendiri.

Khairy juga ditohmah oleh penyokong Pakatan Rakyat kerana tidak layak berdebat dengan Mohamad Sabu kerana bukan seorang menteri tetapi Khairy dengan sinisnya menjawab:


"Woi ,korang lupa ka Sabu itu kalah pilihan raya,YB pun tidak".


Komen GPB

Cakap dalam ceramah saja berani tetapi bila diajak berdebat lari !! ... 

Kesian kepada Tuan Ibrahim yang angkuh masa ajak UMNO berdebat tentang siapa pejuang merdeka sebenar tetapi tak sangka Mat Sabu lari lebih dulu ..hahaha

2 comments:

  1. ini semua drama je bro..tak payah layan sangat..semua ni permainan pas dap pkr..dorang saja nak alih isu bersih yg kantoi hari tu dan buat isu baru.

    ReplyDelete
  2. lebih baik korang cerita pasal cincin RM 24 juta.ada berani..itupun rekod sejarah jugak

    ReplyDelete