Pages
▼
Friday, September 16, 2011
ISA hapus : GMI ambil kesempatan kelapaq duit pampasan pulak ..
Tak sampai 24 jam Najib umum hapus ISA , sudah ada puak-puak nak ambil kesempatan . Mungkin kerana pertubuhan itu tidak relevan lagi sebab perjuangannya sudah mati bila ISA dimahsuhkan .
Tidak lain tidak bukan ialah GMI di mana mereka nak tuntut pampasan duit pulak kepada semua tahanan yang pernah kena tahan ISA .Malah orang yang terbabit kerja menyiksa mereka juga hendaklah dihadapkan ke mahkamah .
Ini bermakna Tok Him Perkasa, Ezam Md Nor , Lokman Nor Adam yang pernah ditahan ISA akan dapat la duit pampasan ini ?? Atau mereka ini dikecualikan sebab sokong kerajaan dan menentang Pakatan ?
Pampasan ini mungkin hanya akan diberikan bila Anwar jadi PM Malaysia ...hahaha
KUALA LUMPUR, 16 Sept - Gerakan Mansuh ISA (GMI) menuntut kerajaan membayar pampasan kepada tahanan-tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, yang terpaksa berhadapan dengan penganiayaan dan penyeksaan ketika ditahan tanpa perbicaraan.
Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kerajaan bukan sewajarnya hanya mengambil kira pertimbangan kewangan, tetapi juga perlu membayar pampasan ke atas apa jua kesan psikologi dan emosi dialami oleh mereka yang ditahan di bawah ISA.
"Kesemua mangsa ISA harus dibayar gratuiti yang sewajarnya kepada mereka yang ditahan dan anggota keluarga mereka," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Malah beliau juga menuntut agar pihak-pihak yang terbabit dalam kerja-kerja menyeksa dan menganiaya tahanan ISA dihadapkan di mahkamah.
GMI mengadakan kempen perhimpunan menuntut ISA dimansuhkan di ibu negara pada 2009.
Tunggu dan lihat. Sekiranya negara semakin huru hara kerana tiada lagi ISA maka PM Najib mesti dipersalahkan turun temurun.
ReplyDelete