Pages
▼
Monday, July 18, 2011
Ahli Parlimen Jerantut tunjuk contoh baik , undur diri beri peluang muka baru PRU 13
JERANTUT 17 Julai - Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (gambar) berhasrat mengundurkan diri daripada arena politik dan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) Ke-13.
Beliau berkata, hasrat tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini dan merasai sudah memadai menerajui Parlimen Jerantut selama tiga penggal.
''Keputusan mengundurkan diri dan tidak mahu bertanding lagi pada PRU Ke-13 muktamad. Saya ingin berehat, lagipun usia sudah melebihi 60 tahun dan rasanya sudah cukup mengurus serta memimpin UMNO di sini.
''Banyak projek pembangunan di daerah ini telah menempa kejayaan hasil perjuangan UMNO khususnya kemudahan asas termasuk pendidikan dan sosial di pedalaman Hulu Tembeling yang mengubah kehidupan serta memenuhi kebajikan penduduk," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Liga Bola Sepak dan Bola Jaring peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, di Pusat Perkhidmatan Pertanian Tun Razak (PPPTR) Tekam di sini, semalam.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail; Ketua Wanita UMNO Jerantut, Norhelan Mahmud dan Setiausaha UMNO Jerantut, Datuk Ghazali Sulaiman.
Menurutnya, keputusan itu mendapat persetujuan daripada Badan Perhubungan UMNO Pahang dan tindakan itu bagi membolehkan pemimpin muda mengambil alih kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut.
''Selama tiga penggal memimpin di sini, agenda mengukuhkan perpaduan semua parti komponen BN termasuk UMNO telah berjaya saya laksanakan di samping mengembalikan keyakinan golongan muda pada kerajaan hari ini," katanya.
Komen GPB
Macam ini baru " gentleman" dan contoh seorang pemimpin . Sudah 3 penggal memimpin sebagai wakil rakyat , akhirnya mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada pemimpin muda dan muka baru .
Kepada pemimpin di atas itu yang rasa sudah lama ...pakat pikiaq la sebelum anda dijatuhkan dalam pilihanraya ...
No comments:
Post a Comment