Pages

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan dari Blog GPB


Alhamdulillah... bulan  Ramadhan datang lagi. Bulan yang dengan penuh rahmat dan keberkatan.

Rasulullah SAW seringkali berdoa:

“Ya..Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami ) sehingga bertemu dengan Ramadhan.”

Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan. Kerana sabda Rasulullah s.a.w:

Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah.”

Maksudnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya (dosa kecil).


Akhirnya sekali ,  GPB ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca ..

Saturday, July 30, 2011

PANAS ! Jawapan KEMENTAH dalam isu Scorpene & Sukhoi , Pakatan memang PEMBOHONG !



Isu pemilikan Kapal Selam Scorpene oleh ATM dimanipulasi dan di fitnah  semaksimum oleh puak-puak FUCKATAN .  Ia diulang-ulang dari dulu  sampai sekarang dengan merekacipta isu sehingga lah nak membawa seorang peguam tajaan Soros dari Perancis kononnya kerajaan membayar komisyen RM 500 juta. 


Mereka spin isu pembelian kapal selam ini seperti  membeli sebuah perabot di apom balik di pasar malam  tanpa melalui proseder dan tatacaranya .  Sepatutnya isu kononnya komisyen seperti ini hendak dijawab dengan cepat , tetapi  kita lambat untuk memberitahu rakyat hal sebenar . 


Ikuti penjelasan ATM yang memang membunuh habis rekayasa komisyen Scorpene Chegubard, SUARAM , Anwar , Saifuddin Nasusion ............


Kementerian Pertahanan hari ini ingin memberi penjelasan berhubung kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu tentang perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM dan kapal selam Scorpene oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Kementerian Pertahanan mendapati bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat terutama oleh parti-parti politik tertentu mengenai perolehan kelengkapan tersebut sejak akhir-akhir ini telah menimbulkan banyak kekeliruan dan salah faham di dalam masyarakat.

Selain itu, ia juga menimbulkan persepsi negatif dan prasangka bahawa perolehan kelengkapan untuk keperluan Angkatan Tentera Malaysia telah dilaksanakan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan, tidak telus dan membazir.

Di sini, pihak Kementerian ingin memaklumkan bahawa semua rundingan perolehan adalah dijalankan mengikut Tatacara Perlaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara oleh pegawai-pegawai kerajaan. Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian-penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan Angkatan Tentera Malaysia.

Selain itu, rujukan juga dibuat kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut. Semua terma-terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan kontrak hanya akan ditandatangani selepas kelulusan Kementerian Kewangan diperolehi.

Berhubung dengan perolehan kapal selam Scorpene, Kementerian Pertahanan ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya kerajaan telah membayar komisen sebanyak RM540 juta kepada Encik Abd Razak Baginda merupakan satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Kementerian juga ingin menegaskan bahawa dalam soal perolehan kapal selam Scorpene, TIDAK ADA sebarang komisen yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd. seperti yang didakwa. Ini kerana perolehan kapal selam telah dibuat secara rundingan terus – selaras dengan tatacara perolehan kerajaan – dengan syarikat pembuat iaitu ARMARIS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing.

Sebaliknya, syarikat Perimekar Sdn. Bhd. yang didakwa menerima komisen, sebenarnya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun. Nilai kontrak tersebut adalah sebanyak EURO 114.96 juta, yang dibayar secara berperingkat-peringkat mengikut kemajuan pelaksanaan projek.

Perimekar Sdn Bhd dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd.

Skop kerja perkhidmatan sokongan adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kemudahan kediaman beserta kelengkapan untuk tim projek bagi 27 keluarga di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh enam tahun.

2. Menyediakan pejabat urusan dan kediaman beserta kelengkapan bagi krew kapal selam TLDM seramai 156 orang untuk tempoh empat tahun di Perancis dan Sepanyol.

3. Menyediakan insurans kesihatan bagi anggota serta keluarga tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

4. Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO 60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

5. Membiayai kos penerbangan pergi dan balik bagi setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia pada setiap 4 bulan (tiga kali setahun).

6. Lain-lain keperluan tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

Perkhidmatan koordinasi pula melibatkan:

1. Bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia yang berpotensi untuk menyertai program off-set.

2. Membantu kontraktor utama dalam memberi maklumat tentang prosedur kerajaan berhubung perlaksanaan kontrak.

3. Menyelaras latihan krew kapal selam antara kontraktor dengan kerajaan.

4. Menyediakan laporan koordinasi setiap enam bulan.

Jumlah kontrak EURO 114.96 juta bukanlah merupakan keuntungan bersih milik syarikat Perimekar Sdn Bhd., sebaliknya jumlah ini adalah meliputi segala pembayaran kos langsung bagi skop perkhidmatan sokongan dan tanggungan ke atas kos tidak langsung bagi perkhidmatan koordinasi seperti yang ditetapkan dalam kontrak tersebut.

Kementerian Pertahanan membuat keputusan untuk melantik sebuah syarikat tempatan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi kerana kaedah tersebut dianggap lebih sesuai dan berkesan. Ia juga bagi tujuan melicinkan kerja-kerja Tim Projek membuat pemantauan ke atas pembinaan dan latihan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol.

Selain itu, segala perbelanjaan untuk projek kapal selam ini dapat dikawal dan dijadualkan manakala perbelanjaan di luar jangka (cost over-run) dapat dielakkan memandangkan pelaksanaan projek perolehan kapal selam memakan tempoh masa yang panjang iaitu selama enam tahun serta melibatkan bilangan anggota yang ramai.

Berdasarkan kepada keperluan tersebut, maka syarikat Perimekar Sdn. Bhd. telah dilantik untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan mengikut skop kerja yang ditetapkan.

Tentang perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM pula, Kementerian Pertahanan ingin menyatakan bahawa perolehan adalah dibuat secara rundingan terus dengan Rosoboronexport, syarikat milik negara Russia.

Rundingan terus ini adalah selari dengan dasar negara Rusia dan negara-negara lain yang mempunyai polisi bagi mengawasi penjualan peralatan ketenteraan keluaran syarikat negara masing-masing agar tidak terlepas kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan senario tersebut, semua kontrak-kontrak perolehan peralatan pertahanan ditandatangani oleh wakil Kementerian Pertahanan bagi pihak Kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat Principal negara asing, termasuk dalam soal pembelian pesawat Sukhoi. Perolehan pesawat ini juga mematuhi Tatacara Perlaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

Dalam soal pembelian pesawat Sukhoi, syarikat Rosboronexport telah melantik sebuah syarikat tempatan untuk memudahkan urusan mereka di negara ini. Justeru, Kementerian ingin menegaskan bahawa sebarang urusan perniagaan antara Rosboronexport dan syarikat tempatan yang dilantik adalah merupakan urusan perniagaan biasa semata-mata dan sama sekali tidak melibatkan Kerajaan Malaysia.

Dengan penjelasan ini, maka Kementerian Pertahanan berharap agar semua pihak memahami keadaan sebenar dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dan boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia.


Cawangan Perhubungan Awam
Kementerian Pertahanan Malaysia
Kuala Lumpur

Friday, July 22, 2011

Harimau Muda lebih hebat , berjaya kekang Chelsea hanya menang 1 -0






 1 - 0 sahaja Chelsea boleh makan skuad Malaysia yang rata-rata dibarisi pemain skuad Olimpik .  Syabas diucapkan kepada pasukan negara !   Nasib baik gol Drogba sahaja yang menyelamatkan pauskan gergasi EPL ini .

Barisan pertahanan Malaysia menentang Chelsea ini cukup kemas dan mantap dibarisi otai lama Hafiz Zamani & Subramaniam . 



Monday, July 18, 2011

Ahli Parlimen Jerantut tunjuk contoh baik , undur diri beri peluang muka baru PRU 13




JERANTUT 17 Julai - Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (gambar) berhasrat mengundurkan diri daripada arena politik dan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) Ke-13.

Beliau berkata, hasrat tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini dan merasai sudah memadai menerajui Parlimen Jerantut selama tiga penggal.

''Keputusan mengundurkan diri dan tidak mahu bertanding lagi pada PRU Ke-13 muktamad. Saya ingin berehat, lagipun usia sudah melebihi 60 tahun dan rasanya sudah cukup mengurus serta memimpin UMNO di sini.

''Banyak projek pembangunan di daerah ini telah menempa kejayaan hasil perjuangan UMNO khususnya kemudahan asas termasuk pendidikan dan sosial di pedalaman Hulu Tembeling yang mengubah kehidupan serta memenuhi kebajikan penduduk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Liga Bola Sepak dan Bola Jaring peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, di Pusat Perkhidmatan Pertanian Tun Razak (PPPTR) Tekam di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail; Ketua Wanita UMNO Jerantut, Norhelan Mahmud dan Setiausaha UMNO Jerantut, Datuk Ghazali Sulaiman.

Menurutnya, keputusan itu mendapat persetujuan daripada Badan Perhubungan UMNO Pahang dan tindakan itu bagi membolehkan pemimpin muda mengambil alih kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut.

''Selama tiga penggal memimpin di sini, agenda mengukuhkan perpaduan semua parti komponen BN termasuk UMNO telah berjaya saya laksanakan di samping mengembalikan keyakinan golongan muda pada kerajaan hari ini," katanya.

Komen GPB

Macam ini  baru " gentleman" dan contoh  seorang pemimpin . Sudah 3 penggal memimpin sebagai wakil rakyat , akhirnya mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada pemimpin muda dan muka baru .

Kepada pemimpin di atas itu yang rasa sudah lama ...pakat pikiaq la sebelum anda dijatuhkan dalam pilihanraya ...

Sunday, July 17, 2011

Malaysia tewas kepada Liverpool, 3 gol dah dianggap kejayaan besar




Kelab gergasi  bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpoool terpaksa berhempas pulas sebelum dapat  mengalahkan Malaysia 6-3 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil. Separuh masa pertama kedudukan adalah 1 -1 .





Walaupun tewas dengan jurang 3 gol , tetapi pada 10 minit terakhir kedudukan adalah  4 -3 yang cukup mencemaskan anak-anak buah Kenny Daglish . Cuma GPB harap benteng pertahanan kita dapat diperbaiki sebelum menentang Singapura ini .






 Penjaring: Malaysia - Safiq Rahim (minit ke-42), Mohd Safee Mohd Sali (79 & 81).

Liverpool: Charlie Adam (26)), David Ngoc (57 & 58), Maxi Rodriguez (74 & 90), Dirt Kuyt (93).

Senarai Pemain: MALAYSIA: Mohd Sharbinee Allawee (Khairul Fahmi Che Mat), Mahali Jasuli, Mohd Asraruddin Putra, Mohammad Fadhli Mohd Shas (Mohd Rizal Fahmi), Shafiq Rahim (C) (Ismail Faruqi), Amar Rohidan (K. Gurusamy Govandar), Ahmad Fakri Shaarani (Shahrizal Mohd Saad), Abdul Hadi Yahaya (Izzaq Faris Ramlan) (Mohd Safee Mohd Sali), S. Kunalan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Muslim Ahmad.

LIVERPOOL: Separuh Masa: Brad Jones, Jonathon Flanagan, Raul Meireles, Daniel Agger, Andy Carroll, Joe Cole, Jack Robinson, Jay Spearing, Conor Coady, Jamie Carragher (Ketua Pasukan), Charlie Adam.


Separuh Masa Kedua: Martin Kelly, Christian Poulsen, Jonjo Shelvey, Alberto Aqualini, Maxi Rodriguez, Sotirios Kyrgiakos, Dirk Kuyt, Emiliano Insua, Dany Wilson, David Ngoc, Peter Gulacsi (Martin Hansen).

Saturday, July 16, 2011

Sambutan pasukan Liverpool ke Malaysia hebat , 67,000 tiket sudah dijual

Nampaknya sambutan terhadap pasukan Liverpool ke Malaysia nampaknya paling meriah berbanding 3 pasukan lain dari segi penjualan tiket . Ramai juga lah peminat2 Liverpool di negara ini dan lebih menarik lagi ini merupakan kunjungan pertama pasukan dari England ini ke Malaysia .

GPB harap pasukan negara kita dapat pamerkan aksi terbaik selepas kekalahan kepada Arsenal 4- 0.



KUALA LUMPUR 15 Julai – Jualan tiket bagi baki dua perlawanan persahabatan membabitkan dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Malaysia, amat memberangsangkan, kata penganjur ProEvents International.

"Sambutan daripada peminat amat baik,” kata Pengarah Urusan ProEvents San Boon Wah di sini hari ini.

Beliau mendedahkan bagi perlawanan membabitkan Liverpool esok, kira-kira 67,000 tiket sudah dijual setakat ini.



"Jumlah itu lebih tinggi daripada perlawanan Manchester United (Jelajah Asia) pada 2009.

"Antara sebab utama kenapa perlawanan Liverpool mendapat sambutan hangat ialah kerana pasukan itu beraksi buat pertama kali di Malaysia,” katanya.




Bagi perlawanan Chelsea pada 21 Julai di Stadium Nasional di Bukit Jalil, sebanyak 45,000 tiket sudah dijual setakat ini, katanya.

"Tiket bagi kedua-dua perlawanan masih ada,” katanya dan menurutnya 83,000 keping tiket dicetak bagi setiap perlawanan.

Perlawanan antara Liverpool FC dan Harimau Malaya akan bermula pada 5.45 petang esok, manakala perlawanan Chelsea-Harimau Muda akan bermula pada 8.45 malam, 21 Julai. – Bernama

Skuad Malaysia pakai baju jersi Biru menentang Liverpool terkena badi BERSIH





Dalam pada itu, Rajagobal turut menegaskan bahawa skuad Harimau Malaya akan kembali memakai jersi biru petang esok setelah ternyata jersi kuning berterusan tidak membawa tuah.


"Lawan Indonesia, Taiwan dan Arsenal kita tewas dengan jersi kuning. Kita pun tak pernah menang dengan jersi kuning dan kamu boleh lihat ba- gaimana pemain kita tak bertenaga semalam (kelmarin).


"Tetapi ini bukan satu kepercayaan. Ia lebih kepada psikologi. Rio Ferdinand (pemain Manchester United) akan melompat di terowong masuk padang setiap kali beraksi. Pemain lain pun ada cara mereka.






"Begitu juga dengan saya. Apabila kita pakai jersi biru, lihatlah kita ber- aksi begitu yakin dan garang sehingga menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF 2010," jelas Ra- jagobal.


Difahamkan, skuad kebangsaan terpaksa memakai jersi kuning malam kelmarin kerana Arsenal hanya membawa jersi kedua mereka berwarna biru untuk aksi tersebut.






Komen PB 

Jersi kuning tidak akan dipakai pasukan Malaysia dalam perlawanan menentang Liverpool nanti . Seperti badi saja colour kuning ini kepada skuad negara.

Adakah kerana badi BERSHIT Ambiga dan juak-juaknya ?  hahaha

Thursday, July 14, 2011

Ranking terbaru Blogger Pro Kerajaan / BN , blogger Penang kuasai carta !



Ini ranking terbaru Alexa  30 teratas untuk blogger2 Pro Kerajaan  . Semakin banyak isu , semakin naik lah rangking blogger Pro sebelah kita ini  .  Isu Bersih dan  lakonan Anwar sakit menjadi isu paling hits sekali dalam bulan ini .

Menariknya carta kali ini blogger2 dari Pulau Pinang menguasai carta 20 blogger teratas seperti MPP , Blog MIM , Empayar Pemuda,  Anak Seberang, Pisau.net , dan GPB sendiri .

Sumbangan blogger2 pro kerajaan kepada penyampaian maklumat dan pendedahan penipu Pakatan cukup berkesan sekali.

Anak-anak muda Melayu menolak Anwar ,PAS dan benci tahap gaban kepada  DAP kerana baca blog pro BN lah  dan ditambah lagi sebaran dalam facebook.  

Syabas semua barisan pejuang2 Melayu yang sayangkan bangsa , agama dan negara ....

Wednesday, July 13, 2011

Live ! Malaysia 0 VS Arsenal 2 ada di sini ....




Live antara Malaysia menentang skuad Arsene Wenger iaitu Arsenal memang tiada di TV mahupun di Astro . Tetapi jangan bimbang anda boleh menontonya juga di internet . Klik di bawah ini



atau

Friday, July 8, 2011

Kelayakan Olimpik 2012 :Malaysia bakal berdepan Jepun, Bahrain & Syria





Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Jepun, Bahrain dan Syria bagi pusingan ketiga Zon Asia kelayakan Olimpik London 2012.

Walaupun banyak pihak melihat skuad negara berdepan  laluan berliku dalam pusingan ketiga ini , tetapi GPB yakin jika kita mampu membuat kejutan terhadap negara seperti  Bahrain & Syria  ini ,  insyallah tangga kedua di peringkat mampu digapai .

Jika kita pamerkan aksi seperti menentang Lubnan , tak mustahil Bahrain & Syria mampu ditewaskan sekaligus menduduki tempat kedua layak ke peringkat Play off.

Teruskan perjuangan Sang Harimau Malaya !

Tuesday, July 5, 2011

Gol pemain Malaysia Aidil Zafuan tersenarai 10 gol terbaik dunia minggu ini


1. Rodolph Austin (assist Diego Guastavino) (Sarpsborg v Brann, June 27, 2011)

2. Monica Ocampo (Mexico v England, June 29, 2011)

3. Lee Trundle (Aalesund v Neath, June 30, 2011)

4. Andriy Yarmolenko (Dynamo Kiev v Astra Ploiesti, July 1, 2011)

5. ‪Heather O’Reilly (United States v Colombia, July 2, 2011)

6. ‪Darlington Nagbe (Sporting Kansas City v Portland Timbers, July 2, 2011)

7. Andy Najar (DC United v Philadelphia Union, July 2, 2011)

8. Mohd Aidil Zafuan (Taiwan v Malaysia, July 3, 2011)

9. Marta (Brazil v Norway, July 3, 2011) (pictured)

10. Jonas Svensson (Rosenborg vs Sarpsborg, July 3, 2011)


Sunday, July 3, 2011

Suami gersang jadikan isteri sebagai mangsa ...



AMPANG: Hanya kerana bengang isteri tidak mahu tinggal bersama, seorang lelaki berusia lewat 30-an menikam isterinya beberapa kali dengan pisau kecil selain menumbuk leher wanita terbabit, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, wanita berusia 36 tahun itu membuat laporan polis berhubung tindakan suaminya menyerangnya di rumah keluarganya di Pandan Jaya, di sini.


Menurut sumber, bertindak atas laporan mangsa, polis menghubungi lelaki terbabit supaya tampil memberikan keterangan di menyebabkan dia berang.

“Mungkin marah dengan isterinya yang membuat laporan terhadapnya menyebabkan dia mengekori mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumah,” katanya.


Difahamkan, sebaik mangsa turun dari teksi, lelaki terbabit memaki-hamun mangsa dan menikam tangan kiri mangsa bertubi-tubi. Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.