Pages
▼
Thursday, June 9, 2011
Projek BBCC : UDA memang tak pejuangkan agenda Bumiputra
PB bila baca kenyataan Nur Jazlan dalam jawapan medianya , memang sah la UDA sekarang tidak pejuangkan orang Melayu Bumiputra lagi .
Semua perlu sedar bahawa kedudukan UDA Holdings Bhd pada waktu ini, bukanlah sama seperti 40 tahun lalu, di mana ketika itu, UDA adalah sebuah syarikat pemaju hartanah yang terkemuka.
Ketika ini, UDA Holdings Bhd mengalami masalah kewangan serta bank tanah yang amat kritikal kerana selepas UDA Holdings Bhd disenaraikan dalam Bursa Saham, syarikat ini, langsung tidak menerima suntikan kewangan atau bank tanah daripada kerajaan secara langsung.
Akibat keadaan ini, UDA Holdings Bhd tidak mampu lagi untuk memperjuangkan agenda Bumiputera seperti digariskan sebelum ini, dalam penubuhannya.
UDA Holdings Bhd tidak sama seperti 40 tahun lalu, syarikat ini, tidak mampu lagi bersaing dengan syarikat hartanah swasta yang ada pada waktu ini, menyebabkan fungsinya kurang lagi dihormati seperti dulu.
- Nur Jazlan
UDA yang diasaskan oleh Tun Razak untuk membantu orang Melayu sebagai pemaju di dalam bandar nampaknya sudah tinggal nama . Hal ini kerana sekarang ini mereka lebih mementingkan keuntungan sepertimana syarikat2 korporat yang lain . Ditambah Pengerusinya Nur Jazlan sendiri akui beliau adalah daripada latar belakaang korporat dan sudah tentunya beliau berfikiran bisnes dan keuntungan .
Bila bising isu BBCC hendak diberikan projek kepada syarikat asing dari China , memang tak patut la kerana UDA sewajar mengutamakan syarikat tempatan Bumiputra.
Walaupun pelbagai alasan oleh Nur Jazlan berikan kononnya Masa Depan UDA terancam sepertimana dia merintih di dalam Utusan Malaysia , itu seperti wayang hindustan sahaja . Lebih dangkal sekali beliau seperti melondehkan semua masalah UDA kepada semua orang dan supaya orang simpati terhadapnya .
Kalau projek billion ringgit BBCC ini beri kepada pemaju dari syarikat China , apa yang akan dapat kepada kontraktor Bumiputra ? Terus melopong la tengok syarikat asing mai negara kita buat projek .Tak mustahil pemaju dari China ini akan lantik sub kontraktor Cina tempatan atau tidak pun dari Singapura.
Jika siapnya BBCC ini ... agak-agak berapa ramai Melayu kaya boleh sewa lot kedai dan beli aset di kawasan ini ? Jadi , memang patut la orang marah kat UDA kerana beri projek ini kepada syarikat luar dan sudah tak ada ke syarikat tempatan yang layak .
Bila diminta Jazlan dedahkan 11 nama syarikat tempatan Bumiputra yang masuk tender projek ini , dia tak berani dedahkan . Kalau Jazlan cakap syarikat tempatan tiada modal besar ....satu kenyataan lawak la dan beliau ingat syarikat di negara ini lekeh sangat ka . Kalau modal mereka sikit , syarikat tempatan ini boleh bergabung dan membentuk konsortium atau join venture sepertimana MMC-GAMUDA yang sedang membina projek PLBE Ipoh - Padang Besar.
Jadi , tak payah la Jazlan berdolak dalih tentang projek BBCC dan terbukti beliau tidak pentingkan syarikat tempatan Bumiputra dan lebih mengutamakan syarikat asing .
Malu aku ada pemimpin UMNO yang dilantik sebagai Pengerusi sebuah syarikat GLC tetapi tidak mempunyai semangat membantu syarikat Bumiputra sendiri ...
No comments:
Post a Comment