Pages

Thursday, June 16, 2011

Minuman Berbican boleh diminum , bebas daripada alkohol




Keputusan ujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebuah makmal swasta di sini mendapati minuman jenama Barbican bebas daripada elemen alkohol.

Pengarah Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Al Yateem berkata, laporan itu diterima pada 7 Jun selepas syarikat itu menghantar sampel minuman edaran pihaknya ke UKM pada 1 Jun lalu.

Perkembangan positif ini membuktikan Barbican bebas alkohol dan selamat diminum oleh pengguna beragama Islam.


Saya harap orang ramai terutama pengguna yang beragama Islam tidak perlu bimbang lagi untuk meminum Barbican,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.







Media sebelum ini melaporkan, syarikat tersebut menjadi syarikat kedua selepas Malaysia Iranian Corporation Sdn. Bhd. yang tampil menegaskan bahawa produk edaran mereka bebas alkohol dan boleh diminum oleh pengguna beragama Islam.

1 comment:

  1. dulu masa kecik2 ada blajo...kalau bila nak minum tu terlintas dlm fikiran minum arak walaupun air yg kita nak minum tu air kosong je...jatuh hukum haram minum air tu...
    skrg ni botol2 minumam pun dh mcm botol arak.. mesti masa nk minum tu ada terlintas mcm minum arak...cam ne ek? ustaz2 sila komen...

    ReplyDelete