Pages
▼
Wednesday, June 29, 2011
Jom tengok samada Mat Sabu berani tak mai Penang esok malam ?
GPB tulis artikel mengenai risalah ceramah BERSIH di Tapak Ekspo Sbrg Jaya ini . KLIK DI SINI. Tetapi kenyataan terbaru oleh Ketua Polis PP adalah memberi amaran kepada agar jangan sesiapa sertai perhimpunan itu kerana ada kaitan dengan himpunan haram BERSIH .
Polis Pulau Pinang memberi amaran mengenai tindakan keras yang akan diambil terhadap pihak yang menyertai dua perhimpunan haram yang dijadual berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong dan Tapak Ekspo Seberang Jaya pada 8 malam esok.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, kedua-dua perhimpunan yang akan diadakan esok mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram yang bakal dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai ini.
"Polis mendapat perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret iaitu (mengikut) Seksyen 98, Kanun Prosedur Jenayah, notis pemberitahuan mengenai larangan (mengadakan perhimpunan haram itu) yang diserahkan kepada pihak penganjur dan ditampal di kedua-dua lokasi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ayub turut memberi peringatan akan menggunakan kuasa yang ada mengikut undang-undang bagi memastikan perhimpunan itu tidak berlangsung.
"Saya merayu semua pihak supaya mematuhi perintah mahkamah ini dan seterusnya memberi amaran kepada sesiapa yang melanggarnya akan berdepan tindakan polis," katanya.
Katanya, difahamkan, kedua-dua perhimpunan haram berkenaan bakal dihadiri Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, Datuk Ambiga Sreenevasan dan turut dijangka hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng; Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
POLIS P.Pinang sudah cekup 1 buah bas bahawa penyokong dan pemimpin PSM yang cuba hidupkan semula pengaruh komunis di Tol Sg Dua , kita tunggu la sapa lagi akan kena tidur lokap pada malam esok ...hahaha
No comments:
Post a Comment