Projek Spice berdekatan PISA yang dicadangkan mahu dibina oleh Kerajaan regim Guan Eng terus ditikaikan oleh pelbagai pihak . Terbaru Gerakan Pulau Pinang melondehkan pelbagai penyelewengan sehinggakan kerajaan negeri melanggar peratusan undang-undang.
Tenyata kerajaan regim DAP sanggup menolak undang2 dan peraturan sedia ada demi kerakusan mereka untuk meluluskan projek terbabiit untuk kayakan kroni2 DAP .
Kalau undang2 pun sanggup apek ultra kiasu ini redah, inikan pulak mereka cuba menyorok rahsia kepentingan premis judi terbabit . Walaupun mereka melaung-laungkan ketelusan , tetapi telus apa pulak .
GEORGETOWN - Kerajaan Negeri dibidas kerana begitu berahsia dan menyorok pelbagai maklumat daripada pengetahuan umum mengenai cadangan projek Pusat KonvensyenAntarabangsa Pulau Pinang (Spice) bernilai RM300 juta.
Ketua Biro Kerajaan Tempatan parti Gerakan Pulau Pinang, Teh Leong Meng berkata, banyak perkara yang menimbulkan keraguan dan tanda tanya selepas kerajaan mengumumkan pembinaan projek itu atas sebahagian tapak Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (Pisa).
Beliau berkata, Kerajaan Negeri didapati melanggar peraturan dan undang-undang apabila bersetuju dengan syarat pemaju projek agar dibenarkan membina 1,500 unit rumah tambahan dalam projek perumahannya di Pulau Pinang.
Persetujuan itu menunjukkan Kerajaan Negeri sudah melanggar peraturan dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta Dasar-Dasar danGaris Panduan (Jabatan Perancangan Bandar) Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana pemaju membina rumah melebihi kepadatan yang dibenarkan mengikut keluasan tanah dan kawasan tertentu.
“Tindakan itu akan menjadi ikutan pemaju projek lain pada masa akan datang untuk meletakkan syarat tertentu walaupun ia menyalahi peraturan atau undang-undang.
“Kerajaan Negeri sepatutnya menguatkuasakan undang-undang untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan bukan melanggarnya dengan mengikut kehendak syarikat pemaju,” katanya pada sidang media di Bilik Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, semalam.
Menurutnya, kos projek itu juga terlalu tinggi (RM300 juta) walaupun hanya menggunakan tapak yang lebih kecil berbanding Pisa RM105 juta dengan keluasan lebih besar.
“Projek Spice tiga kali ganda lebih mahal dari Pisa sedangkan ia terletak dalam kawasan projek Pisa. Kita tidak tahu apa bentuk pembangunan yang dirancangkan sedangkan Pisa mengandungi tiga bangunan besar iaitu stadium, pusat akuatik dan bangunan letak kereta lima tingkat,” katanya.
mkin semak d sesak la kwasan dkt pisa y dh mmg tiap2 ari jem x ingat. . berlambak2 umah kdai dan pejabat dkt kwasan 2 kosong. . xkn nk koleksi projek x brape menjadi?
ReplyDelete