Walaupun cuba dihalang oleh sekumpulan pemuda PKR namun akhirnya Datuk Sharzly Eskay berjaya melapafkan sumpah laknat yang antara lain mengatakan bahawa jika beliau memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim maka laknat Allah akan menimpanya. Sumpah tersebut dilafazkan di Masjid Amrul Al As Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.25 petang Jumaat.
Turut serta menemani Eskay adalah Tan Sri Rahim Tambhy Chik serta Datuk Shuib Lazim. Datuk Eskay dikawal ketat berikutan ancaman yang diterimanya sehingga terpaksa memakai baju kalis peluru semasa menghadiri majlis sumpah laknat tersebut.
Beliau yang tiba di majlis kira-kira jam 4.15 petang itu menunaikan solat sunat sebelum melafazkan sumpah laknat tersebut. Kandungan sumpah laknat tersebut seperti berikut;
"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Melafazkan kalimah shahadah sebanyak tiga kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011.
Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."
sumber : agenda daily
Unjuran dialog untuk DSAI jikalau dia nak bersumpah... tak perlu susah payah Press Sec dia buat...
ReplyDelete___________________________
"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Melafazkan kalimah shahadah sebanyak tiga kali). Pada hari ini, ( Tarikhh dan Bulan ) 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya DATO SERI ANWAR iBRAHIM
berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku Datuk Seri Anwar Ibrahim TIDAK berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011 seperti yang disebarkan dalam media
Saya , Datuk Seri Anwar Ibrahim BUKANLAH pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah dan bohong , maka Allah akan melaknat akan aku."
_____________________________
Inilah dialog sumpah laknat yang dinanti-nantikan semua. Masjid Besar Shah Alam sedang menanti.
___________________
Sumpah Jam Omega Seamaster Chronograph
___________________
awat yg depa takut sangat eskay buat sumpah laknat...memang dia lah tu....takut kerana salah...wit wit wit
ReplyDeleteaku pun hairan melayu sekarang begitu mudah diperbodohkan oleh anwar...termasuk alim ulamak...
ReplyDeletebilalah melayu nak maju pemikiran...
bro..video hitam putih ko percaya ke? lawak gila.. lu pikir la sendiri.. ini zaman teknologi la zaman hitam putih zaman p ramlee la bro.. x real la video to.. setakat hitam putih sape nak percaya.. bagi la video yg berkualiti.. yg rekod pon si eskay takkan tak ada duit nak beli video cam yg canggih beb.. tidak logik..
ReplyDeletejanganlah terlalu taksub dengan UMNO. UMNO tidak relevan skrg kerana pemimpin parti yang tidak betol. org yang memilih UMNO ada kepentingan.
ReplyDelete